Saturday, January 9, 2021
Port gua busking kat Melaka
On weekdays, selepas Isya' gua pegi busking kat Melaka. Kalau tengok kat gambar ni, gua biasa lepak kat pokok ketiga dari yang bertanda P tu.
Gua dah try melalak kat Red Square, kat Jonker Walk, kat depan tepi kincir air, dan gua dapati, yang paling seswai untuk style gua yang tak pakai amp atau microphone ni adalah kat sini. Partly sebab tandas dekat sebab meraung kuatkuat ni kadang kadang buatkan gua rasa nak terkencing, dan partly sebab bila malam area ni yang paling ramai orang lalu lalang.
Kebanyakan pakgad dan pekerja kedai kedai kat area ni dah kenal gua dan Alhamdulillah mereka OK dan selalu gak menghulur.
Cerita pasal menghulur, kat Melaka gua dapati yang ramai bagi duit adalah kaum Cina. Melayu biasanya samada sekadar bagi Like (thumb up) atau kasi singgit tapi request lagu macam-macam. Maaflah kalau tersinggung tapi ini adalah pengajaran juga pada gua yang Melayu ni agar jadi pemurah pada golongan jalanan. Gua tengok masingmasing beli ituini, bawak paperbag mekdi bayar GST tapi nak menghulur singgit pun takde. Takpelah. Kat BTS pun trend yang sama. Gua dah try nyanyi 100% lagu Melayu pun, yang menghulur tetap kaum cina. Mungkin juga orang Melayu fikir yang orang macam gua takyah dibantu atau mereka sendiri takde duit lebih.
Biasanya bila gua busking akan ada orang melepak di kiri kanan pavement ni layan lagu atau tunggu orang. Ada juga masanya mereka kerumun gua dekat dekat macam gua jual ubat.
Apapun, Alhamdulillah... Ada gak port..