Showing posts with label Sepetang degan Azil. Show all posts
Showing posts with label Sepetang degan Azil. Show all posts

Sunday, April 3, 2011

Sepetang dengan Azil 4


Aku rasa penerjahan cynic dah cukup. Kita beralih ke Meshuggah pulak.

Azil terus duduk tegak.


Meshuggahhhhhh

Band daripada Sweden.
Apahal pulak dengan Meshuggah?
Sebab Meshuggah membawa muzik: Meshuggah-music! Korang pernah dengar tak genre ni?
Sekarang ni, band-band baru yang wujud ni...semua lelohong Meshuggah.
Leluhurla,  ia dipanggil leluhur...
hahahahaha

post-metal ialah contoh muzik yang diinspirasi oleh Meshuggah-music.


Contoh band post-metal?
KORN, Tools, Deftones, System Of A Down,
into the mood, disrhythmia, behold the arctopus, blotted science, leftbrain, sleep terror,...haaaa...the architect..pofony, dari sweden...

dahdahdah zil!
Dari Europe, Illogicist; Italy.


Ok lek-lek-lek!
..Textures dari Netherland...Dari Scotland...


Meshuggah!


*Meshuggah ialah katakunci untuk menyedarkan Azil kalau dia tersawan dengan menyebut informasi secara rawak. Azil ada masalah ini. Kalau kau rasa aku dah banyak idea, Azil lagi ultra kompleks. Tengok tu...masih meroyan lagi..."


Meshuggahh...!
Azil terdiam sekejap. Aku menaip

"Tu dia panggil jazz time-signature...Berapo kali berapo..."


Lekleklek...
Tu yang ultra kompleks, tu...
"Apa itu Meshuggah-music?" kata Azil dan terus termenung kembali...

The mouth licking what you've bled (Alive DVD, Montreal Canada)


Meshuggah....!

....hasil cetusan idea daripada dua muzik genius: Federik Thordendhal dan Tomas Haake...

Hahaha...Azil meroyan lagi. 

Aku dah panik. Air sebaldi tak mampu menyedarkannya. Dia dok meracau-racau menyebut-nyebut informasi muzik yang aku tak pahami. Ada haribulan. Ada nama lagu. Ada lineup...

Interview terpaksa dihentikan sementara....

Saturday, April 2, 2011

Sepetang dengan Azil 3


lineup cynic:


paul masvidal  gitar, lead, vokalis
sean reinert drum
sean malone bass
jason gorbel rhythm, lead


sean malone masa rekoding dia pakai chapman stick dengan fretless bass. drop D tuning.
sein reinert, instruktor, pensyarah/pengarah di Miami Dade University USA, direktor untuk soundtrack macam filem, short movie.
paul masvidal ialah guru kepada Santiago Dorbles (Aghora)


Pulak...


..Dalam bidang fusion. Dia ngajar fusion.


Hahahaha

Lepas berpecah, Paul dengan Sean reinert meneruskan legasi cynic dengan menubuhkan band bernama Portal. Muzik, macam cynic, mengene-

ngenege
ngengengah
mengenengahkan konsep yang bernama shoegaze
Contoh?
Pernah dengar santana feautring michelle branch? 
Tajuk lagu?
Lupo la lagu eh?

Band Portal tu pakai vokalis pompuan. Arona Abrams soro (suara) mezzo-soprano.


Mana kau tau, semua ni Zil?
Fanatik, kahkahkah...

Dari segi...teknikaliti....sean malone ambik pHd. sekarang profesor di University Oregon, USA dalam bidang muzik teoriiii, dengan apo?

Apo??
Ontah....

Teori ar, teori...


Hahaha

Friday, April 1, 2011

Sepetang dengan Azil 2

king of those who know (based on persian poetry)
 cynic




kenapa menarik band ni? Apa yang diketengahkan?
Sebab muzik dia, tersendiri jawapan eh. Yang ada originaliti. Band pertama yang memperkenalkan genre extreme fusion; blend muzik metal dengan jazz fusion.


Jazz fusion tu apa?
Muzik jazz ah..sambil ketawa
Muzik jazz memang komplek. Muzik yang improvais dan kompleks.

contoh yang pop-pop, jazz?
sheila majid tu pop jazz, sebonar, eh..(ketawa)
pop jazz ni dikategorikan sebagai rhythm and blues (RnB). Jazz nak masuk ke mainstream, kena rebranding jadi RnB. Sebab jazz dalam arena mainstream adalah muzik keras (yang sukar diterima)
So cynic ada element Rnb, ada elemen jazz, fusion. Fusion ni, macam jazz yang progresif.


Progresif tu amender?
muzik yang mengene-
nge-ne-nge
menengah
mengenenenagahgah
hahaha

muzik mengenengahkan elemen yang tak berpaten. kata Azil sambil termenung jauh.
Aku mengambil nafas sekejap.

Dalam muzikal termnya, lebih kepada teknik. Tapi yang menariknya pada cynic, ada elemen soul, walaupun muziknya kompleks. Ada feel, emoition. Cuba baca lirik ni:


King Of Those Who Know

From the mountain top
He looks upon the crowds
Mindful among the mindless
Unbound

King of those who know
I’m sheltering the fears
The loneliness exposed
An ocean born of tears
For the world

The churchyard bells
Ring mine for just today
Save me from hope
That I’ll be saved

King of those who know
My thirst unquenchable
The rain could become gold
And share my box of bones
In the ground

We raise the vibratory level so high
That all untruth will fall
Of it’s own dead weight

King of those who know
I’ve taken off my clothes
The diamond crushed the stone
And gave the world a heart

Our karma’s all been burned
The molecules emerge
In a world beyond this world
We dare, speak the word

King of those who know
Into the pure abodes






apa yang menarik tentang klip ni?
ada muzik tersendiri. Takde band yang main muzik camni. Pada 95, diorang berpecah sebabkan masa tu dalam arena underground sendiri takleh terima muzik yang berkonsepkan macam ni.


So sekarang?
Sekarang diorang buat comeback reunion, bertepatan dengan peredaran muzik sekarang.


Kira sekarang orang boleh terima, lah?
Dari tahun 95 dio dah buek soro (suara) macam linkin park, slipknot.
Aku termenung menikmati lagu King of Those Who Know.
Tak paham aku.

Reunion berserta dengan bonus album baru, sejak 95. Bayangkan, Berapa lamo, dah berpocah. Dio buek reunion.


Umno pun buek reunion? Budak MRSM? Budak UIA? Alumni?
Apa yang hebatnya reunion diorang?
Dalam komuniti underground tertunggu-tunggu comeback diorang.

bersambung...

Sepetang dengan Azil 1


Petang tu Azil datang mencemar duli dengan menziarahi aku. Dia datang bukan dengan tangan kosong. Dia bawak sebungkus buah-buahan dan sekeping pendrive. Muka Azil tak ceria. Cam letih pun ada. Spek dia senget ke kiri. Aku suruh dia betulkan. Azil terus masuk ke rumah aku dengan senyap.


Azil ialah mentor kepada aku dalam halhal berkaitan blog. Walaupun dia duduk kat kampung Batu 3, di satu kawasan terpencil di Pedas, N Sembilan bersama maknya, dia tahu serba serbi pasal blog. Dan muzik keras. Ye. Muzik metal. Petang tu Azil akan bercerita pasal metal. Beliau mencucuk pendrivenya ke dalam laptop aku. Dia cuma meniup ajer nescafe o yang aku hidangkan. Panas lagi, katanya. Aku buat manis tu, khas untuk Azil. Dia suka memanis. Dan kopi habbatussaudak.

Perjalanan petang tu dimulakan dengan cynic. Azil tengah gila dengan band ni sekarang. Dulu masa aku mula kerja dulu, dia gila dengan Aghora. Lepas tu Sepultura balik. Lepas tu necrophagist. Sekarang, cynic. Mengetahui kegilaan muzikal Azil amatlah penting sebab ia mempengaruhi raut wajah Azil yang selalunya ceria dan never say no. Serta ia mempengaruhi gaya tulisan aku dalam blog akuskizo ni sebab dia sumber inspirasi aku. Hoi! Bila nak mula, ni?

Azil kelihatan sedang bercakap di talian dengan salah satu dari 7 awek yang diayatnya. Satu lagi kelebihan Azil ialah multi tasking. Dia boleh handle awek lawyer, dokter, pensyarah, operator kilang dan budak form four dengan serentak. Itu cuma yang selalu layan Azil jer tu. Tak citer lagi favorite list Azil, lagi. Tapi petang ni Azil taknak citer pasal list tu. Dia nak citer tentang metal. Yang fuckingnya ialah Azil sedang bercakap dengan aweknya tu.

"Kenapa tak makan lagi
Sambil tengok tv makanlah
Hehehe
Hmhmhmh
ok
Tak boleh!
Cakap orang!
Ok, bye!
Muahhh!

Hah?
Muuuuuuuuuaaaahhhhh!!!!
OK, Kumsalam"

Azil hangup henpon dia.


Kat mana kita tadi?


"Yang ni tepakso layan..." kata Azil sambil berseloroh
"Angin ey lain macam, kit" kata Azil dan bermuka series kembali.

Henponnya berbunyi kembali. Mesej pulak.


Bila nak mula, niii?

Sepetang dengan Azil



Azil aka Chris Cornell

Siri Sepetang dengan Azil telah ditulis dalam masa sejam. Tapi sebab perbincangan itu terlalu panjang, aku pecah-pecahkan dalam beberapa entry supaya aku boleh nampak macam harihari update didepan nuffnang.


enjoy!

Hahahaha.