Showing posts with label Iklan. Show all posts
Showing posts with label Iklan. Show all posts

Thursday, March 20, 2014

#zineskizo di Stesen Komuter Bandar Tasik Selatan

Bukan rahsia lagi...
Suasana biasa dari sudut mata gua...

Suasana luar biasa bagu kebanyakan masyarakat Malaysia...

Pandangan ke arah tasik, dari smoking area, Terminal Bersepadu Selatan

Antara pengunjung awal #zineskizo di BTS. Supported by Kimok of #KomplotSeni

Apis, local pada BTS agak kagum dengan scene zine yang amat asing padanya

Kawan-kawan Twitter dan peminat seni zine yang turut sapot

Awek-awek yang selalu melepak sekali dengan gua. Wani, Hujan dan Fareza
Teka sendiri yang mana satu mana satu

Biasanya gua ke BTS naik kemuter...So kalau nampak tu...

Sesampai jer, ritual gua ialah pekena kopi kat Nasi Kandar TBS

Lepas minum, terus bentang hamparan merah keramat #zineskizo



Antara kawan-kawan dan kastemer yang tak lepas peluang
rakam suasana BTS di petang hari. Yang kanan sekali ialah
Uncle Kenny, busker yang main harmonika, tu...

Biasanya gua akan stay hingga last komuter, pukul 1100pm.
Atau sebaik barang-barang sold-out. Selalu gak soldout.

Kalau dari komuter, camnilah pandangannya korner tempat
keramat #zineskizo di stesen komuter Bandar Tasik Selatan ni

Reverse angle pulak

Ni pemandangan dari atas. LOL

Biasanya hamparan merah ni akan dihiasi dengan minizine
yang berwarna warni.

...dan ia dijaga oleh gambar sejenis jin penunggu yang agak saikotik
jika ditenung masa badmood.

Lagi kawan-kawan yang sudi melepak sekali...


Friday, November 30, 2012

#ZineSkizo #SICK

#ZineSkizo #SICK

Walaupun gua tak berapa aktif dengan Facebook, nak tak nak gua terpaksa jugak menyusupkan diri gua yang tak berapa senang kalau disusupkan ke dalam ruang saiber yang dikatakan menjadi alat CIA dalam mengkaji kaitan antara kau dengan terorisma, ini. Gua tak kesah. Diorang nak check bontot gua pun gua tak pedulik. Gua takde apa nak sorok dan gua tak salah. Salah ke gua bercakap? Salah ke gua kongsi perasaan gua? Lu takde perasaan, memanglah takde benda yang nak dikongsikan. Memanglah senyaaap jer.

Apa-apa hal pun, ni dia link ke FB page akuskizo yang unggul dan subliminal tu. Sila LIKE dan order #ZineSkizo dari gua secepat mungkin.

Klik gambar untuk ke FB page akuskizo. Sila LIKE

Terus terang gua cakap, gua tak berapa nak hapdet page kat FB tu. Yang gua rajin hapdet ialah twitter. Tapi dalam twitter pulak, gua randomkan tuit-tuit tu, agar gua sendiri tak dapat nak trace gua tengah pikir apa masa gua menaip natang tu. Tapi sebab gua lebih bijak dari gua, kalau lu nak tau hapdet pasal zine ni kat twitter, search ajer tag #ZineSkizo dalam twitter tu atau gugel ajer tag tu.

Klik gambar untuk ke Twitter page #ZineSkizo 

Apa-apahal pun, gua nak ambik peluang dalam post ni untuk mengucapkan terima kasih kepada semua rakan Twitter yang memesan zine ni dan secara tidak langsung beri gua sebab untuk melanjutkan lagi evolusi hidupan seni abstrak yang semakin pupus ini. Gua ingat industri zine, bahan bacaan DIY dan perjuangan kebebasan untuk hidup bebas dari kapitalisma melampau dah takde. Ada lagi. Tapi kalini pejuangnya memang dah betul-betul underground. Masakan tidak? Dah dunia upside down, ye tak?

Akhir sekali, majulah #ZineSkizo untuk kebebasan minda! #GualuGualuGualuGimam

Sunday, October 16, 2011

CelakaParty's TwtupDARAHCP 29 Okt 2011


dengan kerjasama Kembara Ukhuwah

"Papaku pulang dari kota,
Papaku pergi TwtupDARAH
Twtup darah party celaka
Bolehku berag di sekolah

Pon-pon-pon-pon-pon
Pon Ponn Pon Ponn,
Budak sekolah 
Tak elok tengok porn.

Daripada kita tengok porn
Baik kita pergi derma darah"

Sila ke sini untuk TWTUPDARAHCP
(sebuah program amal by celakaparty)

Thursday, April 14, 2011

Seremban dah ada Skate Park?

Antara pengguna awal sebelum park di launch

ada bowl weyhhh

Ada half pipe bagai!

Mengambil angin....
Seremban dah ada skatepark. Kat Tepian Gelanggang Paroi, Seremban. Tapi menurut skaters tempatan, simen yang digunakan adalah second grade dan sudut ramp serta halfpipe tidak standard. Ini mengakibatkan 2 rakan mereka terkorban (dan merempit sebab kepala lutut tercabut) baru-baru ini.

Pembangunan mendadak di pusat sukan famili ini bermula sejak awal tahun lepas. Sekarang, Tepian gelanggang dah ada gelanggang futsal, court tennis yang decent dan court basketball dan takraw yang baik.

Tapi menurut pengunjung tetap pusat sukan ini, sejak projek pembangunan selesai, mangkuk-mangkuk berbaju batik kat pejabat kat atas tu, dikatakan mengepau pengguna court basketball dan takraw (RM5 satu petang). Ini mengakibatkan kedua-dua gelanggang ini tidak digunakan dan semakin cam sial rupanya sejak musim hujan bebaru ini.

Memandangkan kami takde kabel dengan RTM3, maka terpaksalah kami meminta bantuan abang Scuba untuk melaporkan rungutan kami ini. Semoga pihak bertanggungjawab mengambil masa untuk turun padang dan main skate dengan mereka untuk merasai sendiri kecibaian projek yang telah mereka habiskan duit rakyat ini.




Sunday, February 13, 2011

Prepare your mask: It's Vday!!

Tomorrow is V day
Are you ready?

yeah..we ant you!
those who have suffered and those who cares
the time has come
to join in arms
and to stand up and fight

for what ever it is that you think is right


because tomorrow...
is history

Saturday, February 12, 2011

Movie Minggu ini

No Country For Old Men

Ada yang dah tengok, ada yang belum tengok.
Tengok je laaa

Monday, February 7, 2011

Aku nak Berenti Kerja


Baca dari mula

...Aku membelasah tauke dengan besi hollow tersebut hingga dia mati. Berdecap-decip jugaklah bunyi leher dia masa aku bantai kat situ dulu kasi dia berenti menjerit. Sibbaik bengkel ni terletak jauh ke dalam kampung. Dan saat ni takde orang di sekeliling. Aku cuak. Aku panik. Tapi dalam kesemua keterujaan itu, aku puas hati.

Aku heret bangkainya ke dalam bengkel. AKu dah ada plan untuk halhal sebegini. Mulamula, Aku ambik grinder dan tukar ke mata potong zink. Aku masukkan bangkai tadi ke dalam tong drum spare untuk besi terpakai. Aku buat kerja pemotongan kat dalam tu. Terpercik jugaklah darah kat muka tapi kira OK lah dari bersepah kat dalam bengkel. Aku potong kecik-kecik. Lepas tu, aku masukkan setiap bahagian itu ke dalam plastik sampah dan masukkan plastik-plastik sampah tu ke dalam guni besar. Senang nak menghangkutnya.

Untuk lupuskan bahan bukti, aku kena naik keta lain. Takleh naik keta sendiri. Untuk itu, skil mencuri kereta yang aku dapat masa jadi penjual sistem keselamatan kereta dulu tu amat berguna. Aku curi satu 4WD. Hilux la, baru cool.

Perjalanan ke tempat pelupusan pun sekejap ajer. Setelah mengheret guni itu sejauh seratus meter ke dalam semak di tepi jalan yang sunyi, aku nak bukak guni nak masukkan aluk yang ada telur lalat. Masa aku tengah sibuk sibuk tu, aku terdengar bunyi soksek kat belakang. Aku berenti kejap dan ushar line.

Aku nampak...

A) Ada orang tengah beromen.

B) Ada orang tengah nak buang bangkai tauke dia jugak cam aku



C) Takde apa-apa. Cuma bunyi dari seekor burung wakwak


Tuesday, February 1, 2011

Happy See And Why Twenty Eleven



Is it a sin? Is it OK for me to say such a wish? Is it forbidden for me to read about what the fengshui masters has to say about what the year of the rabbit has to offer? What's all the fuss about this horrorscope and zodiac thingy anyway?
In a nutshell, the chinese calendar represents the cycle of 'luck' in one's life. The cycle rotates every twelve years. Don't ask me why. So every twelve years, a person's luck is rotating according to the stage they are in.

The gregorian calendar represents the cycle of which the moon completes its orbit around the earth. One cycle is called a month. Throughout this cycle we can observe the sun's reflection on the moon from crescent to full circle to crescent again. Famous gregorian theories about astrological power over human fate is explored in the zodiacs. Leo, Sagittaurus, symbolizes each person's characteristics based on the position of the moon when they were born into this earth. This knowledge is actually individualistic by nature like the Tajul Muluk or the Rahsia Tarikh Lahir Anda.

Same goes for the Indian, Aztec, Eqyptian, or even the mat pancing owned pocket-sized tide-calendar. Kids can access useful informations about their well being and fate daily by subscribing to some hororscope and daily jokes sites via the internet. Next thing we know we are voting from the leisure of our living room.

In Islam also have our own calendar and timeline and it fits well in every major calendars that I've analyzed.

It starts with akil baligh.
Then marriage life. Becoming a parent.
Becoming a mukmin.
Then dead.
Then barzakh.
Then mahsyar.
Then the Hisab.
Then the London Bridge is falling down

I'm still in stage 2.


So, happy see and why, to everybody! When ever or what ever we are.

Thursday, January 27, 2011

Kem yang skizo by TukangKomen


Ini contribution dari 'ubermench' gua. A very personal and recent one...

Aku heran. Selalu dia tak camni. Dia yang aku tau bukan camni. Lagipun, tulisan dia di blog adalah setiap hari. Dan dia kata dia update dari CC. Mesti dia ada duit nak bayar hutang aku...

Bukan aku perlu sangat pun duit tu. Tapi aku cuma harap agar setiap kali aku menalipon tu, angkatlah. Janganlah biarkan aku pulak yang skizo. Memanglah aku talipon nak tanya pasal apa plan kau dengan hutang kau pada aku, itu ajer. Kau pun tau aku takleh nak desak kau sangat sebab aku yang bodoh gi pinjamkan duit kat kau apasal? Aku takleh lah nak terasa lebihlebih pasal tu dan menyampakkan silaturrahim serta segala kenangan manis kita bersama sewaktu di U dulu semata-mata ketidak beringgita-an mu? Mungkin harini hari kau. Aku sudah pastinya takmau esok itu adalah hari aku pulak...

Apa-apahel pun, aku doakan agar Allah selesaikan segala masalah kau dan mencurahkan limpah rahmat serta rezeki dunia akhirat kepada kita semua dan semoga itu semua menambahkan lagi takwa kita pada Nya.

Selagi kau bernyawa, aku harap kau bayar ler. Tapi bila kita semua dah mati nanti, aku HALALkan ajer.

yang benar,
014-tekan-tekan-tak-hangkat






ruangan henfon ditutup. tak puas hati jangan call. sms jer. nantik aku post.
out

Wednesday, January 26, 2011

Akuskizo menskizo lazo

KahKahKah. gggg

Ada ke orang tanya 'aku' camana nak buat zine?

Sampai ada yang sound kenaper kata fanatik tapi tak join editor lain masa dijemput untuk buat e-zine?
Kenapa jawapan kepada jemputan demi jemputan kepada menghasilkan zine fotostet mahupun elektronik tidak dijawab bahkan dibalas dengan entry-entry tahapahapa dalam blog inspired by zine nya, ni? kenaper cakap cam bagus kat pbp tapi cam lain plakkss kat sini.

Amender, ni? Amender, ni?

KahKahKah. gggg




Ok-Series.

Aku kasi jawapan dalam bullet form. Tapi di machine gun kan.

1) Aku sudah menyediakan isu seterusnya, sambungan daripada Schizophrenic#5. Jangan tak caya. Ia adalah sebuah buku hitam yang aku plan nak pasarkan style contengconteng jual ART dia. Tapi sebab aku kena build aku punya potential market, serta penerimaan kepada konsep yang aku bawakan demi memastikan ia terpasar setelah di launch nantik agak pelik, maka aku terpaksalah menggunakan medium yang hot dipasaran sementara aku nyiapkan manuskripnya dengan bermain: blog, FB, twit, update dan refresh lagi sekali.

2) In fact aku dah siapkan pun isu#7 yakni Schizophrenic 7. Ia 'kononnya' adalah sebuah manifestasi evolusi pengembaraan seorang aku dalam zine ni yang bermula dari seorang budak dalam underground kepada seorang yang kewali-walian sikit. Cuma aku tak pernah cerita pasal benda ni sebab biasa, la. Masyarakat belum boleh menerimanya lagi. Diorang baru tahap dah biasa tengok cleavage dan pangkal paha artis jer. Lagipun aku memang pasti fan zine Schizophrenic belum perasan akan kewujudan blog pasal zine kesayangan mereka ini. Bwekkk!!!


3) Zine Schizophrenic memang takde cerita pasal underground, hujung minggu ni gig start pukul berapa, band atau zine reviews. Takde cerita pasal ethic atau bullshit, pun. Zine ni adalah manifestasi seni dari aku. Kau suka, hambik. Tak suka, beli untuk kawan kau.

4) A'ah, ada satu masa kejap haritu aku nak jual dalam bentuk salinan fotostet macam duludulu. Kononnya DIY laaa. Cheyyy. Aku jual kat depan pintu gig. Aku percaya; selain orang yang sekadar duduk depan laptop mengupdate FB ajer dengan geng underground yang lain, ada jugak mamat-mamat yang percaya bahawa ada sesuatu yang lebih istimewa di luar sana. Dan kengkadang kita nak jugak tengok underground diterima macam orang terima rambut punk, bangfes dan hujan, atau melihat orang baca zine Schizophrenic dalam LRT atau di stesen komuter atau semasa menunggu di klinik atau di atas meja kedai kopi mak Limah di Rembau. Dilihat cebisan zine tu tersebar hingga helaian kepingan seni itu digunakan sebagai pembalut makanan untuk anak-anak di rumah. Kertas A4 tu bang...

5) Aku obses dengan konsep skizofrenia. Ramai kengkawan masa aku study dulu yang bertuah dapat penyakit ni. Dan aku membiasakan diri aku dengan mereka. Nak wat camner? Dah itu housemate aku? Lagipun diorang anak lord, maka terjamin jugaklah pengisian keperutan aku time-time tak berduit di hujung minggu di U. Akibat dari ini, banyak cebisan dalam diari aku yang berkisar tentang konflik aku dengan mereka-mereka ( x7) ni. Ada jugak yang bipolar. Ada yang diabetes. Tetraseksual pun ada. Kengkadang aku rasa cam aku study kat hospital gila.

6) Kau dah makan ke belom? Aku lapar laa.

7) Aku nak goreng lagi sampai 10 tapi aku rasa aku kasi satu last cukup la.

8) Ye. Memang benar. Bagus. Tapi cara memandangnya yang betul ialah pbp dan tukangkomen itu adalah subset kepada akuskizo. Haha. Skizo? Aku pun skizo jugak kengkadang. Skang aku dah tahap kristos.

Wednesday, December 8, 2010

Saturday, October 23, 2010

Amir, Ijam, aku dan Air Cipap (to my socialist friends)

Ijam
Petang tu Ijam ngan aku kat stesen komuter Seremban. Kami sedang menjinjing beg galas besar berisi keropok lekor yang dipesan oleh mak Ijam. Kami dari KL, baru turun komuter, dan sedang berusaha mengelak-ngelakkan kereta dan motor di sekitar depan Parkson Seremban, sambil mengimbangi beg-beg yang berat tu. Kami terserempak dengan Amir kat trafik light depan Court Mammoth seremban. Amir menegur dulu:

Amir di tempat kerja

"Cilaka kau scuba!" seru Amir fatfatshortshortdarkdark dari jauh. Spek di batang idungnyer nampak terletak letak. Ijam dan aku menumpukan perhatian kami dari kenderaan yang memecut laju, kepada suara yang penuh sumpah seranah itu.

"Assalamualaikum, Amir..."
salamku pada Amir Psychotic Sufferance. Kok ye pun kau ader band gra-en,kor, takdelah sampai camtu lak greeting kau pada aku. Kita kan Melayu? Oh...Dia sosialis...

"Wa'alaikumussalammm"
Amir menjawab. Dia terima salamku dengan muka kesedaran. Hepi pun ada gak.


"Waaahhh. Hepi jer ni? Kau nak ke mana ni?"
tanyaku sambil mengusik-usik beg galas yang disandangnya dan cap terbalik; trademark dia pergikerja.

"Aku nak pegi kerja laaa"
jawab Amir. So assumption aku verified.


"Scuba, zine kau aper cerita? Bila next release?"
usik Amir pada aku. Aku agak panas bila dia terus ke isu zine yang hangat-hangat taik ayam tu.

"OK. Aku tengah carik material lagi untuk issue seterusnyerrr"
jawabku mudah.

"Yang ni, adik kau, ek? Ijam? Sikijam? Apa nama kau, hai budakkk?"
tanya Amir pada Ijam yang dok tersengih cam kerang busuk sebab bertemu dengan vocalist band Grindcore (aku main tembak jer genre ni) paling survival dalam scene Seremban. Mungkin tak keterlaluan mengatakan Psychotic Sufferance is the OTAI. Hehehe.

"Camana kulit pipi kau buleh licin, arr?"
tanya Amir pada Ijam sambil mengusik-usik pipi Ijam yang memang licin dan tak berjerawat dan selalu beliau berlagak depan kitorang. Hakikatnya Ijam masih belum matang. Tu pasal takde jerawat. Ijam menolak-nolak mesra jemari Amir yang cuba mengusik pipinya.

"Ni mesti banyak air cipap ni"
kata Amir lagi.
Ijam dan aku terus melepaskan beg yang berat itu dan ketawa dengan lawak spontan si Amir. There goes Amir again; our socialist friend, again.

Sejak dari tu, hubungan Amir dengan aku menjadi lebih dari sekadar kenalan yang aku kenali di Kodai Sopan, Terminal 1, Seremban

Friday, October 22, 2010

Promo Band Psycho dari Seremban

Pernah dengar band Psychotic Sufferance? Aku tak pernah dengar lagu diorang. Check them out kat sini:
http://www.myspace.com/psychoticsufferance






Kebanyakan band member ni memang Saiko pun. Series!

Aku kawan baik dengan Amir, vocalist dia. Amir ni ada zine gak dulu (Psychotic Arts) yang penuh dengan gambar abstract yang membuatkan aku gila bila melihat xeroxed copy nya. Tapi Amir cool dan hardcore cam aku. In fact, sebelum aku keluarkan AKUSKIZO, aku mintak pendapat dan doa restu dia dulu. Dia masih tetap bekerja sebagai technician bowling Alley kat Parkson Seremban dan menereuskan perjuangannya dalam underground. Ni baru betul-betul true. Bukan macam aku.
Amir tetap seorang loving father. Kau tengok comelnya anak dia tu.

Pengajaran kat sini ialah: True people will stand the test of time (and not losing their identity-or their heads)