Sunday, December 2, 2012

Hantu Di KYPM Kuantan, Pahang 2


Malam tu, kali terakhir gua check jam ialah pukul 1030malam. Tah kenapa malam tu gua mengantuk gila babi. Gua pikir, besok pun Isnin, kerja pun dah setel, takde salah kalau gua membuta awal. Gua pun ke bilik air untuk cuci muka dan gosok gigi macam budak-budak kolej yang skema.

Sebaik gua sampai ke bilik dari bilik air, gua baru nak masuk bilik. Masa gua tengah berdiri depan pintu bilik sebab tengah juggling baldi kecik berisi toiletris antara tangan yang nak memulas tombol pintu, belakang tengkuk gua terasa macam ada hembusan angin lembut. Gua tak saspek apa-apa lagi. Gua buat cam biasa.

Lebih kurang pukul sebelas malam, time gua tengah mamai-mamai nak tido, pintu bilik gua diketuk. Kalau ketuk pempelan, takpe. Ni ketuk dengan kasar dan macam ada kecemasan. Gua takdelah menggelabah nak cepat bukak, tapi masa gua tengah kelam kabut betulkan ikatan kain sarung nak bukak pintu, bunyi ketukan tadi berhenti. Pastu gua cam terdengar bunyi macam orang ketawa di luar bilik. Babi. Gua saspek mesti bebudak ni saja mengacau gua. Gua lekk. Gua dah dekat dengan pintu bilik. Gua pun bukak. Tapi takde orang.

Gua takde syak apa-apa sebab dalam kepala masa tu, cuma ingat nak tido jer. Gua tutup pintu dan kembali ke katil. Masa gua tengah baring atas katil tu, kepalahotak gua terpikir-pikir sama ada gua dah kunci atau tidak pintu bilik tadi. Gua rasa cam malas nak bangun dan terus melelapkan mata dengan enaknya.

Tak lama lepas tu, gua terjaga. Walaupun terjaga, gua masih dalam posisi memeluk bantal macam masa gua mula-mula tidor tadi. Gua cuma bukak mata jer. Dan dalam mamai-mamai tu, gua terdengar macam bunyi pintu bilik gua dibuka perlahan-lahan. Bunyi kriuk engsel pintu yang selama ni mikro pada pendengaran, tetiba berbunyi amat bingit. Gua yang tengah meniarap atas katil, dengan bontot mengadap arah pintu, tetiba terasa desiran angin sejuk, menyelubungi bilik. Gua mencarut-carut dalam hati sebab taknak dabelcheck kunci pintu sebelum tido tadi. Tetiba gua mula terasa macam aura ada orang belakang gua. Dekaaaaaat betul. Gua pejam mata. Gua bawak mengucap. Tapi ucapan gua hilang fokus sebab perasaan keauraan yang gua rasa kat belakang gua tadi, kini bertukar menjadi uadara hembusan yang memang gua komfem ditiup perlahan-lahan ke tengkuk gua yang sedang meniarap atas katil masa tu...

Gua pejamkan mata. Time-time tu lah gua terbayang muka senior petang tadi yang bercerita pasal kejadian di bilik sebelah. Gua mula teringat kisah pertemuan gua dengan 'jiran' gua minggu lepas. Dan sekarang, gua sedang alami apa yang'senior hantu' tu cerita kat gua. Patutkah gua berpaling? Sebab dalam cerita dia tu, aura yang dia rasa tu cuma mainan perasaannya saja? Atau, patutkah gua pura-pura tidur dan biarkan apa saja kat belakang gua ni bla sebab gua memang komfem gua rasa macam ada orang hembus belakang tengkuk gua, tadi? Patutkah gua azan tiba-tiba dan berlari ke arah pintu dengan sekuat hati?

Eh? Ada tangan kat bahu gua? Gua ushar. Tangan itu berlumuran darah. Dan ia bergerak perlahan-lahan nak mencengkam leher gua. Gua ingat gua nak mula azan masa tu. Lepas tu semua jadi gelap.

Tiba-tiba, gua rasa bahu gua ditepuk. Gua baru nak masuk verse kedua azan bila muka gua disapu dengan air. Barulah perspektif gua pulih. Barulah gua perasan yang gua sedang dikelilingi oleh teman-teman seasrama, sambil Ustaz Rosdi, ketua warden duduk menyangkung depan gua. Dialah yang sapu air kat muka gua tadi. Gua rasa tak sedap hati. Member-member mula menghujani gua dengan soalan. Gua tetiba rasa malas. Gua pun sambung pengsan.

Ambik masa jugak trauma bayangan-bayangan wajah senior dari bilik sebelah, tangan yang berlumuran darah dan perasaan takut dan panik yang gua alami pada malam Isnin tu untuk hilang. Tak lama lepas tu, gua pindah bilik. Gua masuk bilik baru. Kalini ada roommate. Dan gua agak komfiden bahawa hantu takkan kacau jenis set-set camni.






Yang gua risau ialah mereka yang mengacau gua. Awwwwww.


Sekian

Hantu Di KYPM Kuantan, Pahang

(Untuk lebih effect, sila playkan audio kat youtube bawah ni sambil baca cerita. Enjoy)



Cerita ni berlaku masa gua kat Kuantan dulu. Senior dari bilik sebelah yang cerita masa gua baru dua hari masuk KYPM program AAD. Senior tu citer, dia dok sorang. Dulu dia ada roommate. Tapi roommate dia mati.

Ceritanya, satu malam roommate dia nak keluar dating dengan awek bisnes. Awek-awek yang ambik bisnes mesti ranggi-ranggi, kata senior tu pada gua. Gua angguk. Roommate dia memang biasa keluar dating memalam. Dia balik biasa pukul 11. Tapi malam tu, yang balik ke bilik, lain macam sikit 'raut' wajahnyew.


 Mulanya senior kita ni tak kesah. Dia selamber rolling atas katil membelakangi mamat tu td sebab masa tu, dia dah nak tido dah...Masa senior kita ni ngadap dinding bilik, dia terasa 'aura' macam ada orang dekaaaaaaaat dengan dia... Dia pejam mata... Gua pun pejam sekali. Lagi dia pejam, lagi 'terasa' aura desingan lembut kat belakangnya. Sekali sekala, macam terasa ada bayu halus yang lalu di leher...Gua garu leher gua. Senior kita dah takbley tahan. Bulu roma di tangan dan paha mula terasa berdiri. Senior kita ni memberanikan diri. Dia kira satu, dua, tiii...


Dia berpaling dan melihat roommate dia berdiri tak berbaju di tepi katilnya. Terperanjat mamat tu sebab senior kita tadi pusing tetiba. Roommate dia ketawakan dia. Tapi senior kita tak puas ati. Malam tu diorang tido dan takde apa-apa yang berlaku. Sampailah pagi tu.Pagi tu pun taklah pagi. Pukul 330pagi. Senior kita ni tadi terjaga sebab ada orang menggegar badannya. Roommatenya rupanya. Apahal ni?Roommatenya yang tadi kejut dia, tetiba senyap dan berdiri. Bilik dah la gelap sebab tutup lampu tido tadi. Senior kita pun nak bangun, nak tanya apahalnya pada mamat tu. Baru dia perasan yang ada benda mengalir dari dadanya. Siap ada benda tercacak, lagi. Baru dia terbau bau hanyir. Dan baru dia perasan yang dadanya ditikam. Dan mamat roommate yang tadi berdiri, sedang ketawa depannya. Gua saspen...

Dia kata dia cabut pisau dari dadanya dan menikam mamat roommatenya pulak. Mereka bergelut dan roommatenya kalah sebab telah hilang banyak darah.(By this time, gua dah pegang gayung yang gua sembunyikan di tepi katil. Manalah tau. Senior tu tak perasan dari sudut di mana dia duduk) Senior tu kata lagi, walaupun roommatenya dah mati, dia tetap tikam 2-3 kali jugak, just to make sure. By this time,gua dah tak berani nak tentang mata dia.

Senior tu berenti cerita kat situ. Gua senyap. Dia senyum. Lepas tu dia bla dari bilik gua. Gua garu kepala...

Lepas pertemuan tetiba dengan jiran gua tu, gua lekk jer. Seminggu jugaklah. Sampailah masa gua outing ke Kuantan. Untuk sesapa yang pernah dok kat asrama time kolej akan tau yang kita tak berapa nak ambik tau pasal orang bilik sebelah, lagi-lagi kalau dia senior. Sama. Gua pun tak berapa nak foloap dengan senior kat bilik sebelah tu. Yang gua tau, biliknya manjang bertutup. Oh yer. Gua outing.

Masa gua outing, gua lepak lunch dengan sorang senior satu course. Dia yang tanya nombor bilik gua. Haaa.Ye. Seperti cerita hantu tipikel yang lain, dia cerita yang bilik sebelah tu KOSONG. Gua tak bagitau lagi cerita gua. Gua lekkk. Dia cerita yang bilik tu dulu terjadi kejadian bunuh. Sorang ditikam berkali-kali, dan sorang lagi bunuh diri. Motif pembunuhan masih disiasat. Gua telan kering mee goreng gua. Senior gua cerita camacam lagilaa pada gua pasal asal usul bilik sebelah. Gua senyaaap. Sampai dia tanya gua takde kena apa-apa ke, pun gua geleng.


Malam tu, cerita hantu ni bermula...