Friday, May 17, 2013

Persediaan nak ke #Boco8 Laman Budaya, Shah Alam

Kepada yang masih tak tau lagi, #zineskizo akan muncul di #boco8 pada 18hb May 2013 di Laman Budaya Shah Alam. Kami tak ada booth sendiri selain menumpang kasih dengan seseorang yang sudi menjemput kami. Demi memenuhi jemputan tersebut, kami (apasal gua guna 'kami' plak ni? Macam laa ramai pun?), telah bertungkus-lumus menyediakan stok-stok zine dan tshirt free, demia perjuangan pada hari Sabtu itu nantik.
Keadaan bilik yang berterabur sejak seminggu lepas

Stok #zineskizo yang dah siap, tapi telah dirembat orang melalui POS

Isi kandungan #Five yang masih perlukan kelipatan

#Sick yang belum dan telah dilipat, menunggu giliran untuk dipotong tepi

Semak-samun yang dihadapi oleh gua saban hari
Apapun, stok yang kami bawak nantik tak banyak. Kami mula minggu lepas ingat nak jual 30 keping jer. Promo punya promo, dah tinggal 14 jer untuk esok. Jadi, sesiapa yang berhajat, sila cepat!!!