Showing posts with label band yang skizo. Show all posts
Showing posts with label band yang skizo. Show all posts

Sunday, February 27, 2011

Bassist yang skizo



Hi. I'm Mamat. At least that's what they are calling me. They found me when I was minding my own business at a park one day. They said:
"Hei, man look. We want YOU as the bassist of our band!". 
So I said: "Yeah, man. OK"

I moved in to Abu's place back in 2000. We met each other at the Food Not Bombs programme happening during that time. Abu and Bobo have this band called akuskizo and I'm supposed to be the bassist of the band. I never knew how to play a guitar, let alone knowing what a bass guitar is. Abu taught me everything. And I think people like the way I'm playing the guitar. So I've been doin it ever since.

Then came that Roro dude. I don't like him. He's taking the limelight that I think should be Abu's. I also don't mind Bobo. But not Roro.

(Roro menelan air liur keringnya. Kami cuak. Apasal Mamat ni?)


"Why not"

Because I don't like him. Call me a prejudice but I don't like him. I'm OK with it so far only because Abu said so. Abu's friend is a friend of mine. Just don't leave me alone with that guy in a room.


"What'd you do?"

I dunno. Maybe strangle myself.


"Better chant Asyhaduanlaa eela ha illal lahh... before you do! Say it now!"

Asyhaduanlaaaeelaa...

(gotcha!-hehehe)

Friday, February 25, 2011

drummer yang skizo




Salam. Nama saya Atan. Saya ni sedara Abu. Apsal semua orang dok agungkan Abu? Ada apa dengan Abu? Siapa Abu? Siapa yang nak tahu?

Harini saya nak bercerita tentang anda. Ya! Anda.

Anda yang sedang membaca entry ini. Anda yang sedang tahapahapantah dibuatnya dalam blogosphere ini, mencari sesuatu untuk diberikan erti, yang dah baca perenggan ni, sampai ke sini. Tahukah anda bahawa anda sedang melakukan perubahan dalam hidup anda, pada saat ini? Ya! Anda sedang berubah!

Anda bukanlah orang yang sama dengan anda yang semalam. Anda pada hari ini adalah anda yang baru! Kenapa? Ye! Kerana anda sedang membaca ayat-ayat ini.

Anda sedang berubah dari satu perkataan ke perkataan yang lain. Anda sedang berubah dari satu perenggan ke perenggan yang lain. Tahukah anda apa yang anda sedang lakukan? Ye! Anda sedang membaca!

Dan bukankah MEMBACA itu amalan MULIA? Maka ANDA IALAH SEORANG Yang MULIA! Kenapa? Kenapa anda seorang yang mulia? Kerana anda dah baca sampai di sini. Anda patut berpuas hati. Dah 200 lebih perkataan yang anda dah baca. Dan apa yang anda dapat? Ye! Apa yang anda dapat dari perubahan-perubahan dalam kemuliaan ini?

Ye!



Ye!


(Atan ada sawan babi. Interview terpaksa dihentikan untuk mengejutkan Atan semula.)

Ehhem!
Kat mana kita tadi?

Ye!


Anda patut berpuashati dengan diri anda sendiri kerana anda seorang yang penyabar dan baik hati. Anda adalah seorang pembaca yang unggul kerana cuba memahami entry ini sampai membaca nya hingga ke hujung sebegini. Anda tak rasa begitu? Adakah anda tak rasa berpuashati dengan diri anda sendiri? Adakah anda rasa tak paus hati dengan saya?

Ye!



Ye!


(Atan sawan sekali lagi. Kami dah malas dah)

Wednesday, February 23, 2011

lead guitar yang skizo





Wa Bobo. Wa lead gitar untuk akuskizo. Wa mula join ug sejak lepas SPM dek pengaruh Abu. Abu pulak terpengaruh dek abang dia. Abang dia yang kat London tu. Bukan yang kat hospital gila tu. Yang kat hospital gila tu buat apa.

Abu ngan wa dah kenal sejak form four lagi. MAsa tu, kitorang study kat MRSM Serting. Wa terjebak dengan ug secara serius lepas dengar lagu Creep dari Radiohead. Wa ni sebenarnya berjiwa ballad. Tapi sebab awek Abu ngan awek gua satu bilik dan awek gua pulak terpengaruh dengan awek Abu yang suka dengan ug, maka wa terpaksalah melupakan band macam Mega, Olan dan UK's dan beralih kepada band macam Strife, EarthCrisis dan Carburator Dung. Dari situ wa mula belajar main gitar style powerchord dengan series. Lepas SPM, wa selalu lepak dengan Abu dan abang dia dan kami selalulah jam lagu-lagu underground. Dari situ, Abu dan wa mula buat lagu kitorang sendiri (masa tu beat ada influence funk dari band macam RHCP sebab nak lari dari cliche ug yang tengah kemaruk dengan HC-Rap). Tapi kami tak pernah jam lagu-lagu ni secara serius sebab masa tu kitorang masih tak pasti lagi samada masih bersama atau tidak masa sambung belajar nantik.

Lepas SPM, Abu dan aku masuk kolej kat Pahang ambik Dip. Kat sana kitorang join budak scene Kuantan. Masa tu nasi lemak Simple baru nak naik. Ada sekali tu, masa majlis kahwin abang kepada member kami, diorang ada buat live band. Tah camana Abu ngan aku berkesempatan nak jamming. Abu main dram, aku main gitar. Kitorang bawak lagu Lenny Kravits yang radio friendly sikit sebab masa tu ada ramai sedara mara tuan rumah. Semua orang (orang kampung dan member ug) boleh layan lak lagu yang kitorang bawak. Dari situlah datangnya idea nak buat band dengan serius.

Aku flunk Diploma tu. Tapi Abu OK. Dia sambung belajar sampai ambik Master sekarang ni. Aku pulak balik kampung dan menjadi penganggur. Masa ni lah aku mula bermain band dalam ug secara serius. Berasam dengan Abu, kami keluarkan demo dan mula distribute kat distro-distro kengkawan. Ada jugak orang yang ajak main dalam gig. Lepas 3 kali perform sebagai 2-piece band, kami mula mencari bassist dan vokalis. Masa tulah kami dijumpakan dengan Mamat. Mamat ni kepala hangin sikit. Tapi dia punya skill main slap bass memang takleh celen. Memang aku respek. Tapi budak ni perangai sebijik macam Flea RHCP. Aku rasa semua bassist memang gila-gila sikit kot? Ntahlah. Janji dia main OK, aku tak kisah...

Monday, February 21, 2011

vokalis hensem yg skizo




hai. nama saya roro. saya vokalis kumpulan akuskizo. band member saya yang lain adalah bobo di lead guitar, mamat sebagai bass, dan Atan sebagai drummer. Atan ni sessionist sebenarnya, sementara menggantikan tempat Abu yang tengah semester last sekarang ni. Bobo ialah ketua kepada band ini. Band ni band dia dengan Abu. Aku join diorang pun sebab Abu. Aku satu kolej dengan Abu kat Melaka dulu. Tak kisahlah apa yang orang cakap pasal aku mensia-siakan bakat dalam seni suara aku dengan menganggotai band underground cam akuskizo ni, tapi pada aku, ni ialah pilihan aku dan takde sapa yang boleh rampas hak memilih itu dariku. Eh? Betul ke, Bu?

(Abu menggelengkan kepalanya)

Aku reti jugak main gitar dan aku nak jadi bassist sebenarnya. Tapi sebab Mamat dah memang takleh dipisahkan dari arena per bass an, maka terpaksalah aku jadi vokalis.

(Mamat yang dok main slapping dari tadi terhenti seketika bila mendengar namanya diseru-seru)

Lagipun, aku boleh tarik suara cam Azlan and the typewriter dan suara cam aku ni tengah in sekarang ni. Lagipun budakbudak ni cakap, aku ni ada rupa. Aku seganlah bila diorang cakap camni.

(aku buat aksi nak muntah depan Roro. Abu ketawa)

Tapi aku rasa memang betul pun. Sebab bila kitorang perform kat mana-mana, awek mesti kerumun aku. Ada yang kata minat la, ada yang kata nak nombor phone la. Ramai gak yang ajak main. Tapi sebagai seorang undergrounder yang true dan seorang Melayu yang masih menjaga adab susila ketimuran, aku takdelah ambik kesempatan ke atas mereka ni. Diorang ni aku anggap macam adik-adik dan kengkawan satu kelas. Takkanlah aku nak kena senyawakan semua orang yang aku jumpa, ye tak? Kecutlah skrotum aku. Lagipun, pada aku, hidup ini lebih daripada sekadar bersenyawa dan main band ajer. Hidup ni kena ceria dan saling hormat menghormati, tak kira la kita skin ke, metal ke, grunge ke, haper ke. Scene kita ni kecik. Pusing-pusing, muka tu jugaklah yang kita jumpa. Kang kalau kejap geligeli sana, kejap pancut sini, takde bezalah kitorang dalam underground ni dengan dunia mainstream. Tapi ni pendapat aku jerlah. Setakat ni, OK lagi. Cuma aku harap awek-awek underground zaman sekarang janganlah seksi-seksi sangat. Dula setakat pakai baju baby-tee ajer. Lately ni semakin banyak pangkal dada dan buntut yang disorong kat depan aku. Aku mula jadi keliru. Sepandaipandai aku melompat, takut akhirnya aku jatuh ke tanah jua...Itu ajer...Sekian...Majulah band akuskizo untuk underground!