Showing posts with label #BTSkizo. Show all posts
Showing posts with label #BTSkizo. Show all posts

Friday, March 21, 2014

Minizine sempena #SerembanTunnel di Bandar Tasik Selatan #BTSkizo

#BTSkizo in the making

Setelah berhempas-pulas dan peningsaiko, gua decided releasekan
#BTSkizo vol#1 ni guna tulisaaaaan jer... Macam biasa

Antara pages minizine #BTSkizo

Cover #BTSkizo
Sekali lagi, #zineskizo mengganas dengan mengeluarkan satu lagi prodak saikotik dalam arena seni zine tanahair: #BTSkizo . Namanya yang pelik ini adalah sempena lokasi terbaru persinggahan #zineskizo dalam misi mengumpul dana untuk #ZineskizoApologeticTOUR di STESEN KOMUTER BANDAR TASIK SELATAN atau mudah dikenali sebagai BTS. Gua lepak kat korner jejantas tu, tempat yang selalu ada busker dan pengemis tu. Huhu.
Apapun, konsep #BTSkizo tak banyak beza dengan evolusi minizine #SerembanTunnel yakni "Masih Tak Puas dengan TaipoGrafi". Cuma untuk isu pertama ni, gua tulis jer semua tanpa susunsusun buat corak lembu atau unta macam yang dalam minizine kat Seremban. Simboliknya di sini ialah konon nak tiru gaya Al-Quran atau buku novel, yang kalau kita buka, hanyalah sekadar tulisan yang tidak kita fahami. Kita kena paksa diri dan baca.
Dalam isu ini, setiap ayat dalam page itu adalah standalone quot. Tapi ia dicantumcantum sehingga memenuhkan ruang dalam sebuah page hingga jadi sebuah statement yang rambang. Sekali lagi, ini adalah meniru konsep AlQuran yang mana setiap ayatnya adalah hikmah dan jika ayat-ayat tu dicantum-cantum, ia menghasilkan hikmah yang baru.
Minizine ni biasanya diberi PERCUMA jer pada sesapa yang beli prodak #zineskizo atau sesapa yang sudi singgah dan ambik tahu amender yang berlonggok-longgok atas jalan ni. Harapannya masih sama iaitu menyebarkan budaya zine dan menunjukkan betapa mudahnya nak buat (mini)zine.

Selamat mencuba!

Thursday, March 20, 2014

#zineskizo di Stesen Komuter Bandar Tasik Selatan

Bukan rahsia lagi...
Suasana biasa dari sudut mata gua...

Suasana luar biasa bagu kebanyakan masyarakat Malaysia...

Pandangan ke arah tasik, dari smoking area, Terminal Bersepadu Selatan

Antara pengunjung awal #zineskizo di BTS. Supported by Kimok of #KomplotSeni

Apis, local pada BTS agak kagum dengan scene zine yang amat asing padanya

Kawan-kawan Twitter dan peminat seni zine yang turut sapot

Awek-awek yang selalu melepak sekali dengan gua. Wani, Hujan dan Fareza
Teka sendiri yang mana satu mana satu

Biasanya gua ke BTS naik kemuter...So kalau nampak tu...

Sesampai jer, ritual gua ialah pekena kopi kat Nasi Kandar TBS

Lepas minum, terus bentang hamparan merah keramat #zineskizo



Antara kawan-kawan dan kastemer yang tak lepas peluang
rakam suasana BTS di petang hari. Yang kanan sekali ialah
Uncle Kenny, busker yang main harmonika, tu...

Biasanya gua akan stay hingga last komuter, pukul 1100pm.
Atau sebaik barang-barang sold-out. Selalu gak soldout.

Kalau dari komuter, camnilah pandangannya korner tempat
keramat #zineskizo di stesen komuter Bandar Tasik Selatan ni

Reverse angle pulak

Ni pemandangan dari atas. LOL

Biasanya hamparan merah ni akan dihiasi dengan minizine
yang berwarna warni.

...dan ia dijaga oleh gambar sejenis jin penunggu yang agak saikotik
jika ditenung masa badmood.

Lagi kawan-kawan yang sudi melepak sekali...