Showing posts with label suicidal. Show all posts
Showing posts with label suicidal. Show all posts

Monday, December 30, 2013

Terima Kasih, semua...

Tersekat,
Terikat,
Tertekan.

3 keadaan yang boleh buatkan mana-mana organisma untuk masuk ke region 'self-defense' dan membiarkan survival instinct mengawal keadaan. Jika satu-satu organisma tu boleh masuk ke region ini andai didedahkan kepada tiga unsur tersebut selama sedetik, aku patut dah memegang parang di tangan kanan dan kapak di tangan kiri sekarang kerana telah berada dalam keadaan itu selama lebih 5 tahun.

Apa yang membuatkan aku nampak normal hanyalah ubatan dan kekuatan minda. Tanpa dua benda ini, sudah tentulah jumlah orang gila dalam Malaysia dah bertambah seorang dua tahun lalu. Cumanya, sampai bila aku nak bergantung pada ubatan? Dan sampai bilakah mindaku mampu mengawal api yang membara dalam dada, ditambah dengan keadaan hidup dan dunia yang tak nampak macam menuju ke arah yang lebih baik saban hari, ni?

Yang membuatkan ia semakin memuncak ialah, aku tak dapat luahkannya pada sesiapa. Tiap kali aku membuka mulut, mereka cuba menafsir dengan pandangan dan kefahaman mereka sendiri, kemudian menimbulkan kongklusi-kongklusi pramatang. Dan bila aku bertindak luar dari jangkaan mereka (kerana mereka salah faham), mereka kata aku tak serupa bikin. Mungkin cara penyampaianku yang salah. Atau cara otakku berfungsi yang salah. Apapun, yang peliknya, orang selain mereka mudah saja menaakul sebab-musabab perbuatanku.

Dan kini, setelah setahun aku mengambil pendekatan yang tak pernah aku lakukan ini, aku semakin jelas dengan keadaan diri dan mereka yang sekelilingku. Aku semakin terang dengan apakah erti diriku pada mereka dan bagaimana mereka melihat dunia ini. Walaupun kenyataan ini amat memeritkan jiwaku kerana mereka semua adalah orang-orang yang aku sayangi, namun tuhan pastilah lebih menyayangi mereka. Dn sudh pastilah, apa yang Dia tentukan untuk mereka itu adalah yang terbaik. Serupalah juga apa yang Dia dah tentukan untuk aku ini, layak untukku.

Maka terus meneruslah aku memendamkan keadaanku ini, sehingga selama-lamanya.



Thursday, April 26, 2012

Solutions

What will you do when somebody told you that they have a solution to all your problems in life, but with the price of your life itself?
Will you serve in 'heaven', or will you 'rule' in hell?
Will you take the easy way out; blaming on circumstances, people or fate itself, and continue to live as a victim?
Or will you take control, take ownership of the blames, grab the joystick and steer your ways according to your will?
I dunno...i seriously dunno. I aint got the passion anymore.
Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, February 13, 2011

Gambar curi dari FB

Dari Belakang: Kucai, Aku, Ijam (Atan), Adra (virgin)
Dari kiri: Atan dan Aku
Dari kiri: Ajak (Abu) dan Aku
Atan dan Aku
Coming soon...

Thursday, January 13, 2011

The calling

I am calling to those who care, to those who listened and watched. And to those who are willing to do something.
Lets take it all back!


Firestorm by Earth Crisis (1995)
Street by street. Block by block. Taking it all back.
The youth's immersed in poison--turn the tide
counterattack. Violence against violence, let the roundups begin.
A firestorm to purify the bane that society drowns in. No
mercy, no exceptions, a declaration of total war.
The innocents' defense is the reason it's waged for.
Born addicted, beaten
and neglected. Families torn apart, detroyed and abandoned.
Children sell their bodies, from their high they fall to drown.
Demons crazed by greed cut bystanders down.
A chemically tainted welfare generation.
Abslolute complete moral degeneration.
Born addicted, beaten and neglected.
Families torn apart, detroyed and abandoned.
Children sell their bodies, from their high
they fall to drown. Demons crazed by greed cut bystanders down.
Corrupt politicans, corrupt enforcement, drug lords and
dealers; all must fall. The helpless are crying out.
We have risen to their call. A firestorm to purify.


p/s: this entry is inspired by this and this

Friday, November 12, 2010

Wednesday, October 27, 2010

Loneliness Kills

The feeling is real
It won't go even if I put on a mask
Because I face the darkness alone
Smoking does not help anymore
Even the serenity lost its touch
What else to do but to give in? Surrender..










To the little kid inside me
hehehe

Tuesday, October 26, 2010

Bila Kesepian Melanda


Kadangkala, bila aura kesepian melanda, aku akan rasa satu macam saja di belakang kepala.
Kemudian aku akan terasa pening yang amat sangat bagaikan keningku bercantum satu.
Dan kemudian suara-suara itu akan keluar.
Mulanya mereka sekadar berbisik.
Kemudian bisikan itu menjadi jelas.
Dan semakin bertambah bilangan yang berkata-kata itu.
Aku akan jadi keliru
dan buntu.
Aku tak keruan.
Aku rasa marah.

Apa lagi yang dapat aku lakukan pada masa itu
Selain...











Membuta.

Tuesday, October 19, 2010

A little something for the blunted

Snapshot dari diari aku tahun 2005-2009

Dah malam, subuh pun menjenguk
Bahang dah hilang, diganti sejuk
Kepala berat, mata mengantuk
Rehatkanlah badan untuk hari esok

Ikutkan badan, Otak yang tak tahan
Otak dah chantek, perut pulak kelaparan
Air dah minum, nasik pun dah makan
Bila nak baring pulak rasa tak sedap badan

Gunung nak didaki
Laut nak diselami
Hati tinggi sampai tergantung kaki
Esok ada lagi
Kalau tak mati

Tenangkanlah hati
Tenteramkanlah emosi
Esok pagipagi
Kita mencari

Monday, October 11, 2010

Anda Mahu Skizo?



Ramai yang tanya: Camana rasanya paranoid tu?
Nak rasa? Camni caranya:

Ada macam-macam cara dan perangai untuk kurangkan tidur

1) Kurangkan tidur (tapi jangan tak tido langsung)

Tidur dalam 3-4 jam jer sehari. Tapi jangan masa tak tido tu korang bantai tengok movie atau TV. Produce something. Lukis atau tulis apa saja yang bermain di kepala hotak korang. Bila tulisan berbau emo, lawan balik dengan lawak. Ini ialah adab pertama.

Tapi bila dah terhidang, makan je laa. Kalau dah tau tak habis, kongsi laa

2) Kurangkan makan (bila makan pun sikit jer)

Bila kurang makan, korang susah nak tido. Kandungan darah pun jadi cair dan ini melancarkan pergerakanya dalam pembuluh darah. Tips#1 dan 2 akan buatkan kendungan oksigen dalam otak berkurangan. Bila dah buat 2 tips pertama ni, korang dinasihatkan jangan memandu. Takut-takut blackout dan menyusahkan bomba dan polis pulak nantik.

Passion jer sex. Passion jer sex. Jumud betul la orang kapir ni

3) Mesti ada passi (passion)

Ia bermula dengan hobi atau minat. Bila aku kata passi, maknanya benda tu kita minat giler. Bukan sekadar nak try atau ikut-ikut. Gunakan masa yang terluang (sebab da kurangkan masa tidur dan makan) untuk meneroka jauh ke dalam hobi ini. Ada yang suka dengan politik. Ada yang suka dengan agama. Jangan suka pada porn pulak. Ni tak membantu sebab ia berlawanan dengan tips# 1 dan 2 (bila dah cum, gerenti nak  makan dan tido. Otak pun sembab jer)

Self-explanatory

4) Bila anda marah, DIAM dan jangan melawan

Pendamkan perasaan marah (tapi jangan jadi pendendam). Gunakan perasaan itu untuk mengkreatifkan kepala hotak kita untuk mencari jalan bagaimana nak elakkan orang dari marah lagi pada kita. Kalau kita amrah bukan sebab salah kita, jangan layan perasaan macam bagus tu sebab ia akan evolve jadi keangkuhan. Skizo yang angkuh sangatlah berbahaya.


5) Banyakkan makan kismis dan minum susu yang macam Anmum (yang galakkan peningkatan neuron)


Kismis dan susu menambahkan bilangan neuron dalam kepala hotak kita. Bila banyak neuron, lagi banyak paranoia menarik yang kita akan dapat. Kita juga akan dapat lihat satu-satu perkara dari angle yang kita sendiri tak sedar kewujudannya. Silap-silap, kita boleh kontrol spektrum cahaya yang kita nak lihat yang melalui retina mata kita. Tu sebab budak-budak U masa tengah exam selalu dapat histeria.


6) Tangguhkan bayaran bayar bil anda (tapi simpan duit tu!)

Dan tips inilah trigger point nya. Bila dah buat semua yang di atas, buat yang ni pulak.
-----

Setakat ini dulu tips skizo untuk minggu ini. Tak guna aku terus bagi tips level intermediate kalau tips level dumies pun korang tak amalkan. Korang kena buat semua tips ini serentak untuk hasil yang cepat. Kalau kau student, buat benda-benda ni masa takde duit. Lagi senang paranoidnya.

Jadi, bila dah paranoid, kita buat apa? Kita cuba lawan balik paranoia itu dengan lojik dan akal. Masa tulah nantik kita akan sampai tahap ini

Saturday, September 18, 2010

Schizophrenia dan aku

Satu masa dulu, masa aku jual zine dengan nama Schizophrenic kat satu gig tu, aku diketawakan sebab nama zine aku susah nak sebut atau dieja. Tu yang aku pendekkan jadi AKUSKIZO jer tu kat blog ni. Schizophrenia ialah sejenis penyakit mental. Sapa yang taktau. Kalau dalam issue#1 15 tahun dulu aku kata model skizo Malaysia ialah Mona Fendi, aku nak update blog aku dengan menukar nama itu dengan nama Rashidi. Simbolik sungguh. Beliau ialah mamat dari Gemas yang telah membunuh 4 orang ahli keluarganya pada satu malam atas arahan 'suara ghaib'. Dia ngaku laktu. Last time Mona Fandi ikut suara ghaib, dia mati.Tapi Rashidi lepas. Siap senyum lagi. Memang klasik. John Wayne Gacy pun kalah...
Mana Fendi?
Kau boleh selidik apa sebenarnya schizophrenic ni, tapi kat sini, aku nak bagitau kau orang schizophrenic dari segi Malaysia.

Schizophrenia ialah nama keadaan mental di mana alter ego kita mengambil alih badan kita. Alter ego itu lahir disebabkan oleh trauma, paranoia atau memang orang tu gila. Orang yang disahkan menghidap penyakit ni digelar secara pendek sebagai schizophrenic. Mereka tak dipanggil gila sebab mereka OK pada kebanyakan masa. Tambahan pula, golongan schizophrenic biasanya terdiri dari jenis yang baik dan berguna kepada masyarakat. Dan mereka punyai bakat kepemimpinan. Dan mereka hanya akan menggila bila dalam keadaan yang tertentu saja. Ada yang berada dalam keadaan schizo untuk sementara waktu. Ada yang berkala. Ada juga yang dah sampai tahap dah tak tahu apa yang real dengan yang halusinasi. Tapi kebanyakannya akan terskizo bila terdesak. Desakan yang paling popular di Malaysia kebelakangan ini ialah masalah kewangan, keagamaan dan sex. Maka pada masa tekanan itu memuncak, si pesakit akan berhalusinasi dengan mendengar atau melihat sesuatu yang tiada, atau terus berubah menjadi personaliti yang berbeza. Semua ini dari sudut psikologinya hanyalah sekadar reaksi refleks mekanisme pertahanan emosi si pesakit terhadap stimuli yang diberi.
Hero Skizo Terbaru: Rashidi

Kita kembali ke realiti. Dari pandangan skeptik, schizoprenic adalah golongan pemalas. Mereka dilihat sebagai golongan manusia yang tak tahu berkomunikasi dengan manusia lain, lantas melarikan diri ke dalam dunia mereka sendiri sebab nak elakkan emosi mereka atau orang yang mereka hubungi itu disakiti. Skeptik memandang schizophrenic tak lebih dari seorang penipu yang berlakon di dalam sebuah 'teater kebetulan' yang menakjubkan. Sebuah terma klinikal yang diwujudkan satu ketika dulu kerana nak melepaskan seseorang dari hukuman bunuh. Orang skizo dikatakan telah dikuasai oleh angan-angan mereka sendiri dan tidak dapat mengawal diri mereka dalam angan-angan tersebut, lantas secara tidak sengaja melakukan kesalahan jenayah. Seperti dadah atau mencuri, kegiatan kali pertama itu cemerlang dan terngiang-ngiang di kepala. Selepas yang pertama, kesedaran keagamaan atau lojik kemanusiaan akan mengambil alih dan mereka dorman untuk seketika. Sehinggalah timbul keinginan mahu melakukannya kembali. Dan setelah kali kedua dan ketiga juga cemerlang, kehidupan kedua ini semakin mengambil sebahagian besar dari masa dalam kehidupan seseorang. Lama-kelamaan, ia menjadi habit dan merubah perwatakan seseorang. Oleh kerana habit itu adalah sesuatu yang dirahsiakan selama ini dan ia diikuti memang atas sebab nafsu (ketagihan), seseorang akan cuba mencari hujah untuk menghalalkan perbuatan yang telah mereka lakukan atas alasan emosi seperti kesepian, tekanan, ketakutan atau trauma. Dan alasan sebegini memang popular di kalangan peguam bela. Doktor-doktor pun dah ramai yang nampak potensi akan kepakaran dalam bidang ini di Malaysia. Dah ramai yang menjadi PAKAR SKIZO atau SKIZO itu sendiri.
Hero Skizo pertama
Tambahan dengan tekanan gaya hidup dan desakan kewangan, semakin ramai orang yang berada dalam keadaan terdesak di Malaysia. Kadar jenayah dikatakan semakin menurun, tapi keganasan jenayah yang kadang-kadang berlaku tu semakin merunsingkan. Nilai nyawa dan jasad manusia hanyalah sekadar statistik. Siapa yang lemah dan tercedera, dibunuh dan ditanam. Hanya yang berdaya saing dan membantu dalam mencapai matlamat saja dibiarkan hidup sehingga kerjanya selesai. Bila dah selesai, kita selesaikan dia agar share dia pun kita dapat.

Kenapa kita menimbulkan isu ini sekarang? Aku malas nak cerita habis dalam artikel kalini. Cukuplah aku katakan: Ia telah disiratkan di perenggan pertama dengan code name: Rashidi.


Simbolik terlepasnya Rashidi dari hukuman bunuh ialah simbolik LAKUnya alasan schizophrenia dalam sistem kehakiman Malaysia, sebagai tiket untuk melepaskan diri dari hukuman setelah membunuh. Betapa hakim dan juri dah terpengaruh dengan movie dan cara pemikiran barat. Jika orang boleh membunuh dan lepas sebab skizo, maka orang patut boleh membunuh sebab mengantuk, lapar, jeles, perkauman atau apa saja yang menampakkan kenaikan tahap degupan jantung dan tekanan darah.

Simboliknya kisah hakim menolak pengakuan Rashidi membunuh semasa kali pertama Rashidi naik ke kandang adalah simbolik mudahnya skrip di mahkamah nantik. Watak mudah ialah watak menyesal. Kononnya tadi kita dah jadi HULK, maka kita hilang kawalan ke atas diri kita. Kita baik sebenarnya. Kalau nak hukum, hukumlah mamat yang satu lagi yang kat dalam ni yang tengah ketawa ni. Bila hakim dengar kita cakap macam ni dalam kandang, makin senanglah laluan kita sebab kita tak fit untuk dibicara. Kita lepak jer tengok drama dan luahan rasa pihak mangsa. Maka para peguam bela dah ada satu kajian kes yang boleh diguna sebagai rujukan untuk meningkatkan kebarangkalian untuk memenangi kes kat Malaysia. Kita kena ambik tahu nama hakim, peguam bela dan pendakwaraya yang terlibat dalam perbicaraan ini, manalah tau kotkot berguna nantik...

Simbolik penerimaan schizophrenia sebagai alasan membunuh ialah simbolik penerimaan fenomena halusinasi yang sebelum ini diragui kewujudannya. Ini bermakna orang PERCAYA bahawa Rashidi BETULBETUL NAMPAK tulisan atau DENGAR SUARA yang mengarahkan dia membunuh keluarganya. Zaman sekarang, seorang anak Malaysia hanya perlukan motif RM20 untuk membunuh sesiapa saja bahkan ibubapanya. Takyah nak susahsusah special effect macam dalam kes Rashidi. Maka lepas ni tak hairanlah jika seorang pemandu lori ternampak tulisan di awan yang mengarahkannya melanggar lampu merah dan memandu dalam keadaan mabuk semasa di jalan raya.

Simbolik terselamatnya Rashidi dari hukuman MEMBUNUH KELUARGAnya ialah simbolik penerimaan sistem kehakiman negara terhadap tahap keganasan dalam jenayah pesakit mental di Malaysia. Bunuh ialah jenayah paling berat dan membunuh ahli keluarga dan orang tua itu tahap terkutuk.

Simbolik NAMA RASHIDI pun memberi code kepada semua kawan-kawan di luar sana: Inilah JALAN nya.


Jadi mesejnya di sini ialah kepada semua rakyat Malaysia: Awas! Schizophrenia sudah sampai di Malaysia.