Tuesday, July 27, 2010

Baru dapat gaji (Ana Skizofrenia)

Kiter menyimpan resit dalam poket. Ahh. Raser nak buang. Buang jer lah resit ni...Buat penuh poket jer...Dah lah takde ruang ni..Cheiiii

Kadangkala kita rasa lapang. Hati rasa riang. Bagaikan dunia ini ana yang punya. Boleh pergi ke mana saja. Boleh makan apa saja. Boleh juga berpuasa. Tapi rugi lerrr..

Dan esok pun macam semakin lapang juger. Maklumlah, duit masih aderr. Kiter riang rierr. Kadangkala sampai tak ingat dunia.

Namun ader juger yang bermuram durjer. Dapatnyer sedikit, keluarnya habis semuerr. Tepakser berjimat cermat hingga ke bulan seterusnyer. Dan bila dapat duit, pun cam harini jugerrr. Dapatnyer sedikit, keluarnya semuerrr. Tapi takper. Asalkan teruskan useher, pasti berjayerr. Kiter dulu pun susah jugak. Tapi kiter bangkit dan berusaha dan boleh lepaklepak kat cafe macam ni petang-petang masa dapat gaji.

Di saat kiter, tengah main raser-raser atau kenaper-kenaper, elok juger kita pekenerr, kopi secawan duerrr


Dari jauh ader sepasang materr. Memerhatikan kiter. Melihat kita meneguk kopi. Merenung papan skrin handphone yang berbunyi. Kiter tak perasan sebab kiter happy. Kiter nak tengok saper call kiterr. Eh? Member? Nak jawab ke tak? Ke nak layan ringtone ni sambil flash-flash handphone ke arah balakbalak yuppies kat sebelah ni? Hehe. Syoknyer dunieerr. Dan sepasang mater terus memerhati. Dan semakin menghampiri. Dan menghampiri. Dan..semuanya gelap.

Kelihatan seekor alien tergolek di atas pavement kaki lima di langgar oleh lori sampah. Pedestrian nampak, tapi buat tak tau jer sebab ingat itu ialah prank "BangBangBoom" atau sebagainya. Alien itu terkapai-kapai menjelirkan lidahnya yang panjang ke arah kiterr..

Kiter tak perasan. Kiter tengah layan member kat handphone. Menu pun dah sampai dan kiter buatbuat busy dengan mengepit handphone kat bahu sambil membuat pesanan. Kiter busy la, nantik call balik, k. Kita memesan order. Lidah alien cuba mencapai bahu kiter.
Kiter menoleh dan...


Yes! Tempat ni ader Wifi...

Friday, July 23, 2010

Kapelhud

Couplehood. Semua orang suka bercouple. Berpasang-pasangan. Dah memang kitaran semulajadi manusia, lepas setel saradiri, tempat tinggal, makan, kebanyakan akan mencari sex. Main. Kasi air yang berkumpul tu keluar. Membiak. Dan kebanyakan kita akan mencari makna untuk perlakuan semulajadi ini. Ada yang menganggap ia satu kesatuan yang murni dan luhur yang berteraskan sifat saling mempercayai dan kasih sayang. Ada juga yang melihat ia tak lebih dari kitaran biologi dalam memastikan keterusan spesis. Ramai yang mula menganggap ia sebagai jalan pintas untuk dadah bernama populariti. Ada juga yang menganggapnya sebagai produk yang boleh dibuat duit.Makna-makna inilah yang selalu dijadikan alasan oleh pasangan untuk masuk ke alam kapelhud. "Last-last sumer orang akan kawin, so perjalanan yang panjang tu, eloklah kita mulakan sekarang, dengan berkapel-kapel" ujar seorang student awek kat sebuah IPTS yang ditemubual baru-baru ini.

Budaya berkapel dah semakin menular di Malaysia. Bila aku pakai perkataan menular, maknanya aku menganggap budaya ini tak baik. Walaupun aku sendiri terjebak, namun apa yang tak baik tetap tak baik. Rokok itu tak baik, walaupun aku masih merokok. Bila set moral kita betul, barulah kita tahu apa yang betul dan apa yang salah. Barulah kita boleh betulkan diri sendiri. Barulah datang semangat nak bertaubat. Semangat ingin KEMBALI. Tindakan pembetulan takkan berkesan jika orang yang dibetulkan tak rasa dia perlu diperbetulkan. Sebab dia tak rasa dia buat salah. Sebab dia tak rasa budaya berkapel ni salah. Sebab "..setanderrd la, kapel-kapel ni bang. Tak kapel kang, tak laku pulak. Lagipun rugi, la. Muda datang sekali. Selalu tengok orang kapel-kapel pegang tangan, gurau-gurau, cam bestt la pulak. Kita pun nak try arr kapel-kapel ni" sambung awek student tu lagi. Dia melambai-lambai ke arah sekumpulan budak lelaki yang hensem-hensem yang sedang berjalan masuk ke dewan kuliah. Twisted awek ni rupanya. Nampak jer bertudung. Aku ingat nak dapatkan respons yang Islamik sikit sebab dia pakai tudung, supaya karangan aku bias ke satu arah. Ni, dia yang happening.

Budaya berkapel akan mengakibatkan pergaulan antara lelaki dan pompuan. Perkataan kapel itu sendiri dah membayangkan perhubungan antara dua budak ini adalah lebih dari sekadar kawan. Lesen untuk pegang tangan, panggilan "ayang" atau "manja" atau sehingga ke tahap commolot atau mula main usik-usik kemaluan. Pompuan sepatutnya paham benda ni. Kerana dalam persetujuan itu nantik, pompuan yang akan dimasuki. Dan ada kemungkinan sesuatu tertinggal didalam dan membesar. Dan kebebasan pompuan akan terbatas dan satu hal pulak si pompuan ni nak kena buang atau keluarkan dan jaga benda kat dalam diri dia tu. Jangan salah paham. Masa berkapel, benda tu tak diingini. Dalam kebanyakan kes, benda tu hanya diingini untuk orang yang KAAAWIN, bukan KAAAPEL.
Aku malas nak cerita perhubungan sejenis sebab ni tak termasuk sebagai makhluk. Tapi basicnya sama macam kat atas. Sakitla diorang tu. Aku bermohon perlindungan keatas diriku dan keluargaku dari diuji sedemikian rupa dan aku doakan mereka kembali bertaubat. Bukan syirik punn...Boleh lagi tuuu..

So, aku kolot. Aku orthodox. Memang. Aku advanced, sebenarnya. Aku tak suka buang masa dengan kapel-kapel ni, sebab dalam agama aku, perhubungan seorang lelaki dengan seorang perempuan yang bukan mahram sampai tahap pegang-pegang tangan ialah dengan akad nikah. Kalau dah pegang kang, memang aku spring punyer. Takleh pikir aper dah. Buat apa buang masa dengan ber dating kalau sama-sama dah tau masing-masing nak apa? Tu sebab aku kata budaya berkapel ni tak elok. Jangan bullshitlah kata pasal kasih sayang ke, nak mengenali you dengan lebih DALAM ke, atau kesian kat you KESEPIAN kat kota REMBAU ni ke...Cuba tanya diri sendiri, apa yang aku ndak dengan keluar berdating dengan mamat ni? Adakah aku nak membina keluarga aku dengan dia? Adakah aku perlukan dia sebagai moral support untuk melayan tantrum aku setiap bulan? Awek student tu tersenyum. "Abang ni hensem laa" kata awek tu pendek. Dah ke situ pulak awek ni.

Aku taknak cerita pun side kebaikan berkapel ni macam karangan-karangan perbincangan yang lain sebab aku takmau point aku tu diseleweng oleh makhluk yang kuat melancap. Tak pasal-pasal jer aku dapat saham. Korang yang pancut, aku yang kena sebat. Karangan ni memang anti kapelhud.

So, marilah kita betulkan pemikiran kita dan berubah. Takde sapa yang sempurna tapi semua kena tahu apa yang dianggap kesempurnaan. Perjalanan ke arah itu memang jauh, dan tah sampai tah tidak, jadi eloklah kita mula bergerak dari sekarang. Sebab kita akan ditanya nantik dan apa yang kita boleh gunakan sebagai alasan ialah effort ajer..Untung-untung lepasss.


Wallahu'alam.

Monday, July 19, 2010

Underground, gig dan zine


Sejak aku terjerat membuat blog berkenaan dengan zine Schizophrenic ni, aku perasan satu benda: komuniti zine dalam scene underground Malaysia nampaknya macam slow. Makin underground dalam dunia underground. Sungguhpun aku sendiri menghilangkan diri seplohdoploh tahun ni, tapi aku tengok, scene zine macam kurang sambutan. Tak evolve macam scene muzik atau art atau extreme sport. Dah kurang jumlah zine yang dijual di pintu gig. Budak-budak tercengang-cengang bila dapat flyers pasal zine. Ada yang ingat flyers ni untuk gig dan CD ajer. Ada yang taktau apa itu zine. Kebanyakannya buat muka macam: kena bayar ke ni?

Aku tak salahkan diri sendiri. Sebab mutu zine underground, sekadar tahapahapantah. Balik-balik dua-tiga artikel tema isu kalini, yang lain dipenuhi dengan interview band yang soalannya tipikal sejak duaploh tahun dulu, beserta definasi-definasi menarik dari kamus, atau mana-mana quote dari mamat sapa ntah pasal apa ntah. Lepas tu ada zine atau gig review. Tu jelah.Kalau ayat-ayatnya bagus, mesej zine pulak tak betul. Banyak benar copy paste dan plagiarism. Terasa kena tipu pulak bila tengok penyendal-penyendal ruang kosong tu adalah benda yang diorang curik dari somewhere. Dah tu cerita pasal benda yang aku kompom si penulis pun takleh nak terangkan kalau ditanya lebih dari 3 kali. Presentation power, ayat dia pulak tunggang-langgang. Naik pening cuba memahami apa benda yang penulis cuba sampaikan. Tak baca kang, rasa macam tak support. Diteruskan membaca kang, tak terlawan pulak bisikan-bisikan prasangka dalam diri ni. Tu yang terskizo kadang-kadang tu...

Kalau yang grafik power, cerita sedap, mutu fotostat pulak cam sial. Terlepas sepatah dua perkataan masa kita tengah masyuk baca sesuatu artikel tu, lah. Gambar abstract yang tak clear, lah. Atau page yang memang takbley baca sebab toner fotostat dah kureng agaknya, lah. Yelah, takkan si penjual nak belek selai-selai nak check kualiti sebelum jual? Zine ajer, maaa

Dan mungkin dek kualiti zine yang tak menentu ini, ditambah lagi dengan pemikiran bahawa zine ni sekali baca jer, pastu dah boring, membuatkan industri zine dalam underground kurang mendapat sambutan. Sambutan ni dari sudut si pembuat dan si pembaca. The whole supply-chain. Tak macam industri T shirt, atau CD atau patches yang produknya boleh diperaga dan dibangga-banggakan kepada kawan. Mana ada orang baca zine duatiga kali macam dia dengar lagu favorite? Mana ada orang buat Tshirt zine kegemarannya? Kahkahkah. Mana ada orang buat tag daripada zine. Dah tahap sarkastik pulak nampaknya...

Seperti otai yang lain, aku pun nak reminisce zaman di mana gig itu ialah satu tempat pertemuan. Tempat gathering misfit-misfit dalam keluarga dan masyarakat. Yang otaknya terlalu advance sampaikan orang pada zaman tu takbley nak catchup. Dan kalau nak shopping stuff underground atau collectible yang rare, memang kena cari kat gig. Datang gig bawak duit, takut ada benda nak beli kang. Kalau takde duit nak masuk, datang jugak gig dan lepak dengan budak-budak jual stuff pun dah fun. Sekarang ni, gig dah lain. Nak jual stuff pun kena bayar duit meja. Padahal meja berlambak kat depan. Underground kebenda ni? Macam kapitalisma bangang jer. Ok, takpe. AKu paham. Duit bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit.


Kalau dulu nak tengok mohawk, kena pegi gig punk. Nak tengok setan , pegi gig metal. Di kalangan budak underground jer aku dapat borak pasal deforestation, abortion, jangan makan McD, kesefahaman antara berlainan genre, etc. Dan kat gigla tempat perdebatan (atau pergaduhan akibat ideologi). Sekarang, semua ni dah ada kat TV dan aku boleh borak kat kedai kopi. Gig dah jadi sekadar tempat orang tayang awek, pakaian dan mendapatkan perhatian. Tu tang gig.

Zine? Aku tak nampak perkembangannya. Paling kuat pun cuma sekelompok budakbudak bahasa, budak wartawan dan orang media yang zine atau buku-bukunya terdapat di sesetengah gig yang harga RM35 ke atas saja. Yang tau pun, dikalangan kawan-kawan atau pengikut blog mereka saja. Akibatnya datang gig jadi hambar. Gig pukul 2 tapi start pukul 4. Banyak masa dihabiskan dengan melepak diluar dewan sebab biasa arr, band dok layan tune gitarrr jer. Mainnya sekejap, tune nya tak masyuk-masyuk. Nak lepak dalam, organizer main lagu tekno. Dia ingat ni CNY ke apa DJ ni? Lepak luar pulak, takde aktiviti. Kalau ada jual stuff pun, mahal-mahal. Majalah glossy, demo yang reganya lagi mahal dari single mainstream. Baik beli majalah kat kedai mamak jer. Tshirt. Dah kusutkan Tshirt, takkan tak beli kot? Takde duit jangan tengok.Member sumer kat dalam. Nak join group orang lain, tahapahapa benda yang diorang borak. Balik-balik innner circle joke. Balik-balik cerita pasal kejadian semalam yang kita takde kena-mengena. Sama perasaan macam kengkawan non Malay kita bercakap dengan mother tongue mereka sesama mereka dan membiarkan kita terpinga-pinga dan pura-pura paham dan senyum macam bangang. Anyway...


Apa saranan aku untuk mengatasi masalah ini? Beli dan bacalah Schizophrenic. Hahaha. Cam biasa. Sekian