Monday, November 22, 2010

Untuk rakan bloggers dan semua yang anggap nyawa kita ada 3 kredit

Suami Skizo


Malam tu, semua orang dah tido. Abu masih lagi melayan matanya di awang-awangan. Abu dan bininya dalam bilik tidur mereka. Tibatiba, henpon bininya berbunyi. Ada mesej. Abu mengambil henpon itu.

"Kenapa tak jawab msg I? Marah lagi ke? Lenkali I tak nakal lagi"

Dalam kemamaiannya, Abu menyusupkan kembali henpon ke bawah bantal. Namun kepala hotaknya berjalan. Petang tadi memang ada beberapa mesej yang bininya nampak macam reluctant nak jawab sebab dia ada kat depan. Abu menyeluk tangan kanannya ke bawah bantal mencari henpon bininya tadi.

Dia terus membuka inbox mesej. Dia browse ke bawah time tengahari tadi masa mesej pertama tadi sampai. Pukul 1.03tengahari ada satu mesej dari nombor yang sama:


"Hi, Mira. Ingat kat I lagi tak? I Rindukan bau U"

Berderau darah Abu. Dia terus terduduk. Dia baca balik mesej tu. Kemudian dia browse lagi ke semalam, kelmarin dan haritu tengoktengok kalau ada mesej dari nombor yang sama. Dia bukak archive folder. Takde. Abu merilekkan denyutan jantungnya. Dalam kepalanya, dia risaukan kalau yang hantar mesej itu ialah dia...

Abu tak jumpa apa-apa. Dia rilek jap. Tapi dia masih terasa ketidak puashatiannya. Dia bukak sentbox henpon bininya tu pula. Dasss! Ada sebijik mesej dihantar pada 1.03 tengahari ke nombor itu. Abu membuka mesej itu.

"Hubby I ada kat depan tadi. So, kat mana kita tadi?"

Berderau darah Abu sekali lagi sebab terbaca mesej itu sambil terbayang memek muka Mira, masa Mira kantoi menduakan Abu masa diorang kapelkapel dulu..

Abu akui, dia semakin sibuk dua tiga menjak ni. Maklumlah, baru kali kedua kompeninya handle kontrak kerajaan. Kenalah korban masa sikit nak memastikan vietnam dan indon tu sumer buat kerja seperti yang sepatutnya. Jadi Abu semakin selalu balik lambat, kurang masa nak layan kerenah Mira yang memang dibesarkan dalam keluarga yang memanjakannya

Abu takleh tido. Dia pun taknak paranoid. Tapi mesejmesej celaka ini menggalakkan dia menjadi curiga. Dia beralih dan duduk di tepi katil. Mira bini Abu yang tadinya parking dalam pelukan Abu, menarik selimut dan mengalihkan badannya membelakangi Abu pulak tu. Abu makin gila. Dia bangun dan turun ke tingkat bawah. Abu masih menggenggam henpon bininya.

Di sofa, Abu bukak log dalam henpon tu. Dia nak tengok sumer call in, call out, mesej, walhal iklan dari service provider sekalipun. Kemudian dia mengecheck setiap isik dalam inbox. Takde bukti yang menunjukkan bininya dan mamat tu pernah berinteraksi sebelum ini. Abu mula membacking bininya. Tapi setan merewiindkan peristiwa pada malam Abu mengantoikan aweknya itu, 7 tahun dulu...


"Betul, sumpah, Bu. I takde buat benda tak senonoh dengan dia" kata Mira sambil menangis. Abu bercekak pinggang membelakanginya.


"Ahh!!..Abis tu, kenapa bau U lain?" bentak Abu. Mira menguatkan tangisan penafiannya. Nampak cam satu episod penting dalam cerita cinta Melayu la pulak. Ni cerita apa, ni?

Abu menggelengkan kepalanya cuba menghalau flashback yang penuh emosi itu. Keikhlasannya memaafkan kecurangan Mira yang lalu mula dipersoalkan. Dia masih menggodam sentbox henpon Mira pulak.

Dass! Satu lagi mesej pada 430petang dari bininya kepada mamat tu:

"Jauhla. U la datang sini"

Berderau darah Abu sekali lagi. Mau dapat heart attack ni dah sampai tiga kali berderauderau dalam satu artikel camni. Dia takleh percaya mesej camtu ditulis oleh bini yang telah dikahwininya sejak 4 tahun yang lalu. Sebab bahasa I-U, I-U ni mereka dah tinggalkan sejak bertunang. I-U, I-U ni masa diorang berkapel dulu, jer. Jadi, kalau betul bininya yang tulis mesej tu, maka bininya itu sedang kapelkapel dengan mamat tu. Abu mula termakan racun setan. Abu takleh tahan. Dia ke dapur. Dia ushar parang. Mata Abu terpandang pisau. Lalu Abu membuka peti ais dan mengeluarkan secawan nescafe lebihan minum sebelum tidur tadi. Abu meneguk minuman sejuk itu hingga habis. Dia meletakkan mug ke sink. Lepas basuh tangan, Abu terpandang pulak pisau potong daging yang kelihatan memancar dan bercahaya pada ketika itu. Abu baru nak capai pisau tu, tibatiba henpon bininya berbunyi sekali lagi. Mamat ni tak tido ke hantar mesej kat bini orang malam-malam?

"I takleh tido la. I teringatkan bau U pada malam tu"

Berderau darah Abu sekali lagi. Dia mula terasa senak di ulu hatinya. Sama ada mamat yang hantar mesej tu saiko, atau Abu yang tengah saiko, Abu menekan butang dan menalipon nombor penghantar mesej itu. Lagu fengtau kedengaran sebagai caller ringtone mamat tu. Abu rasa makin cam cibai. Mamat yang mencurangkan Mira pada masa dulu tu pun kaki fengtau jugak. Ahhhh...Diam kejap boleh tak? Aku nak cakap dalam phone, ni, kata Abu sensorang.

Tak berangakat. Mungkin mamat tu waswas. Takper. Abu bagi mesej:

"U datang la sekarang. Hubby I keluar lah malam ni"


Abu menanti reply mesejnya. Tak sampai seminit, mesej yang ditunggu pun tiba.

"OK. Lagi 20 minit I sampai"


Dada Abu berdebar-debar. Tapi dia nekad. Lelaki Dayus ajer yang membiarkan bininya diganggu lelaki lain tanpa berbuat apa-apa. Lelaki bacul ajer yang membiarkan bininya kembali kepada kekasih lama. Abu tak pedulik apa nak jadi. Dia pergi ke dapur dan mencapai pisau pemotong daging tadi. Kemudian dia bersembunyi di depan gate rumahnya di celahan semak. Abu menunggu.

bersambung...hehehe

Saturday, November 20, 2010

Abang yang skizo

Aku seorang abang. Adikadikku memanggilku abang LONG. Aku ada 6 orang adik. 3 lakilaki, 3 pompuan. Kami semua tinggal dengan ibu kami dalam satu rumah. Bapak kami dah meninggal dunia.Kami adalah contoh keluarga bahagia yang berjaya.

Sebagai seorang abang, aku sedar akan kewajipanku dalam keluarga sebegini. Aku mesti menjadi contoh kepada adik-adik aku yang lain. Aku pun kena jaga reputasi keluarga (yakni mak aku) di depan masyarakat sekeliling mak. Aku kena sentiasa perfect. Dapatlak mak sentiasa menyalahgunakan aku sebagai contoh 'kejayaan' di depan adik-adik aku yang lain. Walaupun ia tak terkeluar dari mulut diorang, tapi aku rasa, tabiat mak yang suka membanding aku terhadap mereka tidaklah disukai oleh mereka. Ini kerana aku bukanlah seorang yang baik. Aku hanyalah baik DEPAN mak ajer. Di belakang mak, AKU-lah budak tu. Dan adikadikku tau. Tapi mereka tak bagitau mak. Sebab mereka tak mau pecahkan bubble mak tentang aku yang indah itu.

Aku tak pedulik pun sebenarnya. Bahkan aku selalu berkongsi segala kejahatan yang aku buat di bandar (kami semua dok kat kampung, tapi moden) dengan adikadik lelakiku. Angah dan Ijam belajar isap rokok dari aku. Angah kuat mencuri sebab dia tertarik dengan kelebihan aku menyonglap barang dari Supermarket. Cuma dia lebih kreatif dengan menyonglap  motor time-time dia sesak. Ijam pulak jadi playboy sebab terpengaruh dengan lifestyle aku masa aku kat U. Cuma Alang ajer yang tak terpengaruh sebab dia masih kat Uitm dan tak bergaul sangat dengan aku. Aku tak pernah cuba mendekati dia sebab aku tau, Alang tu ialah copycat aku. Cuma dia play it safe. Aku suka take risk.

Adikadik pompuan pulak, lately dah makin tak keluar bilik sejak aku ajar diorang berFB dan berblogging. Sampai mak kengkadang terpaksa makan dalam bilik sebab taknak makan sensorang kat dapur. Ada Ningsun, katanya.

Bila dah jadi camni, selalunya kat rumah, mak akan dok sensorang lepas dinner, tengok TV. Angah ngan Ijam serta adikadik pompuan, lepak dalam bilik masingmasing, layan kepala puberty mereka. Maka tinggallah mak dan aku kat ruang tamu. Kami akan selalu berborak dan berdebat pasal rancangan yang kami tonton.

Sebab mak adalah milik aku seorang....Hahahahaha...