Friday, December 10, 2010

Interview dengan Chris Cornell.

Aku berpeluang menginterview seorang skizo baru-baru ni. Kebetulan pulak, aku memang sedang mengkaji tentang Scot WEILAND. SAPA keluarga Weiland, ni?


"Apa kau tau pasal Scott weiland?" tanyaku pada Chris Cornell. Susahlah nak "Chris Cornell" setiap kali. Kita namakan "Chris Cornell" sebagai 'azil' la...


"scott Weiland?" tanya azil blank.

"Apa kau tau pasal Scot?" tanyaku kembali. Azil masih blank. Matanya berpinar-pinar kepitaman.


"Sapa dia dalam Stone Temple Pilot?" tanyaku. Aku memijak kaki azil.

"Dia...dia vokalis" jawab Azil.

"Yelah, dia 'sapa' dalam band tu?" tanyaku lagi sambil mengerutkan keningku dan meng emphasis perkataan 'sapa' tu. Aku meramas-ramas pijakan kakiku di kaki azil.

"Dia frontman band tu.... Dia lyricist........ Dia yang buat lirik dalam band tu..... Dialah kepala. Dia ikut kepala dia. Tapi dia redneck" jawab Azil.

Aku puas hati.


"Band member dia ada yang kejer kedai gitar. Adik beradik keje technician gitar...."sambung Azil dalam nada cemas.

"Scot WEILAND?" tanyaku tak puas hati.

"Scot Weiland..den tak tahu. Scot weilen dengan drummer. Diorang background takdo kono mongono dengan muzik, laa..Tapi ada SKIL" kata Azil menambah. Aku mula tertarik dengan Scot.

"Tom Morello, degree in political science.." kata Azil mula nak mengarut. aku lempang dia sekali.

"Scot ni macam mamat redneck Amerika, la. Tah mano-mano datang, eh. Tetibo yo molotup" Azil meludah ke tepi. Tak menyangka lempangan juga digunakan dalam interview.

"Hekhekhek..Ini 'live' on the spot nyer interview, ni" gelak azil.

Kami semua ketawa.


"Macam citor 'Space Balls', plak..Macam citor antu, tu kan? Scary. movie..." kata azil blank-blank.

"spoof?Spooof?"kataku menambah.

"Hahhh, spoof!"...Kami ketawa sebab aku eja perkataan 'spoof' tadi nampak cam 'barking' plak bila ditaip.

"Tak, Scot Weiland..." Kataku ketawa. Kita kembali kepada topik..Aku menumbuk dada azil. Dia terkedu kesenakan.

"Tu ahh...mamat redneck..." kata azil mengcover...Dah dua kali azil cakap 'redneck'.

"Macam Saleem" kata Abu pula. Abu menerajang keting azil hingga patah dua. Azil meraung kesakitan.


"Saleem?" tanya Azil yang macam ensaiklopedia muzik bergerak itu pun tercengang cam first time dengar nama tu.

"Haaahhh..Saleem Iklaim. Keluar masuk rehab" kata Azil mula membenarkan...Tibatiba dia pitam sekejap.

..

"Tapi Fred Durst belajar nyanyi dengan dia, wooo" kataku yang terinfluence dengan Limp Bizkit. Lagu nookie. Aku melepaskan keganasanku ke atas Azil. Aku keriangan cam budak dapat lolipop dengan kebenaran azil tadi.

"Haaa...Dan sebab ada band cam Limp Bizkit, kita boleh terima Linkin Park..." kata Azil lagi yang tengah terpisat-pisat dalam kepitaman. Azil blackout.


.
.
.




"Limp Bizkit ada bawak lagu mamat gay, George Micheal, tu..." kata Azil menambah. Aku melempang ganas akan azil itu.


Aku dah mula lost dengan topikku untuk mengumpul data pasal Scot weiland. Mamat Stone Temple Pilot.

Sapa, dia? Mamat weiland, ni?

Dia skizo ke aku yang skizo? 5

Sedar-sedar, aku rasa ada orang menekan badanku dari atas. Aku terjaga. Kepalaku juga ditekan ke bawah. Aku cuba nak angkat kepala tapi tak dapat. Apahal plak ni? Aku cuma dapat melihat meja studyku. Aik? Aku ternampak mug. Bau Ali Cafe menusuk hidungku. Bukankah itu mug yang nak digunakan untuk membunuh aku tadi? Perut aku rasa sakit sebab tekanan itu menekan benda yang ada dalam poket baju Melayuku. Rasa macam henpon.

Dua abang polis menekan aku di atas katil. Setelah tanganku digari, barulah aku dibangunkan. Kelihatan dua orang polis lagi di pintu bilikku, sedang mengacukan pistol ke arahku.

"Amender, ni bang?" tanyaku.
"Awak ditahan kerana disyaki membunuh" jawab abang polis kat belakang aku. Aku diusung keluar.

Kat luar bilik, kelihatan beberapa orang polis sedang memenuhi rumah kami. Aku terus diusung keluar rumah. Semasa kami melalui depan bilik housemateku, kelihatan mayatnya telah diangkat ke atas stretcher dan ditutup dengan plastik hitam. Kelihatan juga housemateku yang satu lagi mengushar aku dengan ketakutan. Dia menjauhkan diri dari aku sambil menggelengkan kepalanya.

Bila aku keluar dari rumah jer, lampu flash kamera berkelipkelip ke arahku. Cam artis pulak rasanya. Kelihatan rakan-rakan usrah, jiran dan teman satu U memenuhi kawasan depan rumah aku. Aku diusung dan dibawa masuk ke dalam kereta polis. Aku dibawa ke balai.

.
.
.

Di sudut yang lain...

"Tadi dia sama solat Isyak dengan kitorang. Tapi lepas bagi salam, dia terus balik ke rumah. Saya datang ke mari nak jumpa dia nak bincang pasal paper esok. Bila saya lalu depan bilik housematenya, saya terkejut melihat housematenya terbaring di dalam bilik, dengan mata terbeliak dan lidah terjelir serta tali gitar menjerut lehernya. Saya mula suspek ada sesuatu yang tak kena. Saya teringat kata-kata suspek yang dia kata housematenya tu nak bunuh dia. Tak sangka pulak dialah yang membunuh housematenya. Saya pun talipon abang. Lepas tu baru saya talipon polis" lapor Ali pada seorang wartawan 999 yang cambagus.

"Saya memang dah syak ada sesuatu yang tak kena dengan dia sejak mula lagi" kata housemateku yang mat disko tu pulak.

"Dia tak suka jika kami main gitar malam-malam" katanya lagi.


"Saya suspek dia layan syabu, kak" kata Amat pula.


.
.
.
...Aku hanya diam dalam kereta polis...


bersambung lagi...

ikuti penutup kisah yang panjang dan memboringkan ini lagi, esok...

Wednesday, December 8, 2010