Monday, April 18, 2011

Kompleks Sukan Tepian Gelanggang, Paroi.


Convert ajer skatepark jadi BMX vert ride.
Boleh aku sambung prektis toboggan-air..

Pihak akuskizo, berasa amat bertanggungjawab terhadap kebergunaan Kompleks Sukan Tepian Gelanggang, Paroi, Seremban. Pada kami, sebuah tempat yang menelan belanja yang besar dan mensasarkan kepada kebajikan masyarakat, adalah satu tempat yang ideal untuk melatih kerajaan dalam mengambil hati para pengundi. Tambahan pula, rumah mentua aku kat sebelah kompleks ni ajer. Lepas balik kerja, aku selalu bawak my little cute monster berlatih BMX vert ride kat skatepark yang ada kat situ.

Kat sini, kami akan menghuraikan beberapa kemudahan yang disediakan di kompleks tersebut serta saranan dan pandangan kami dalam penambahbaikan mutu perkhidmatan yang disediakan. Sebab, bila rakyat sihat, keluarga akan bermutu. Bila keluarga bermutu, negara akan berdaya saing. Tambahan pula, kalau kita kurang bersenam, bau badan kita cam gampang. Deodoran pun takleh nak cover dah kengkadang. Anyway...

Memandangkan kemudahan sukan yang disediakan kat kompleks tu banyak, maka aku pecahkan entry ini kepada beberapa bahagian. Kiranya, sepanjang minggu ini korang akan dibosankan dengan cerita pasal kompleks ini. Kenapa ye? Haaa. Ada sebabnya. Dan sebab itu, aku akan bagitau (macam biasa) kat hujung siri ini nantik (yang dirancang pada hujung bulan ini).

Harapan aku satu ajer. Semoga duit rakyat yang dilaburkan untuk membina kemudahan yang bagus ini, lebih efisien dan memuaskan hati penggunanya, yakni para rakyat hina dina yang tak mampu nak ambik membership kelab golf atau sebagainya untuk bersukan.

Baiklah. Kita mulakan dengan  part Air Pancut dan Wiring yang akan disiarkan petang ini. Hehehe.


Thursday, April 14, 2011

Seremban dah ada Skate Park?

Antara pengguna awal sebelum park di launch

ada bowl weyhhh

Ada half pipe bagai!

Mengambil angin....
Seremban dah ada skatepark. Kat Tepian Gelanggang Paroi, Seremban. Tapi menurut skaters tempatan, simen yang digunakan adalah second grade dan sudut ramp serta halfpipe tidak standard. Ini mengakibatkan 2 rakan mereka terkorban (dan merempit sebab kepala lutut tercabut) baru-baru ini.

Pembangunan mendadak di pusat sukan famili ini bermula sejak awal tahun lepas. Sekarang, Tepian gelanggang dah ada gelanggang futsal, court tennis yang decent dan court basketball dan takraw yang baik.

Tapi menurut pengunjung tetap pusat sukan ini, sejak projek pembangunan selesai, mangkuk-mangkuk berbaju batik kat pejabat kat atas tu, dikatakan mengepau pengguna court basketball dan takraw (RM5 satu petang). Ini mengakibatkan kedua-dua gelanggang ini tidak digunakan dan semakin cam sial rupanya sejak musim hujan bebaru ini.

Memandangkan kami takde kabel dengan RTM3, maka terpaksalah kami meminta bantuan abang Scuba untuk melaporkan rungutan kami ini. Semoga pihak bertanggungjawab mengambil masa untuk turun padang dan main skate dengan mereka untuk merasai sendiri kecibaian projek yang telah mereka habiskan duit rakyat ini.




Skizo Fans Everywhere!

A fan's car at Rembau recently
He tried to spell 'skizo' but, you know...
We got to give it to him for trying...