Friday, July 15, 2011

Jiran yang skizo


Atan tak pernah kisah. Dah 2 tahun dia pindah ke taman ni. Pergi kerja, balik kerja. Hujung minggu keluar town. Takpun balik rumah mak dia kat kampung. Dalam hal kejiranan, Atan yang dikira sebagai seorang yang peramah jugakla di kampungnya ni pun, sekadar kenal jiran sebelah menyebelah ajer. Apalagi nak perasan pola bunyi yang bermain di sekitarnya. Atan tak pernah kisah. Sehinggalah satu petang tu, Azil tanya kat dia:


"Eh, apo bondo orang bolakang umah kau, botukaang yo kojo, eh tu?" tanya Azil dengan muka series. Atan menoleh ke belakang. Ye tak ye jugak. Baru Atan perasan bunyi macam orang memecahkan dinding batu or something. Kejap-kejap bunyi grinder. Kejap-kejap kang, bunyi macam compressor pun ada. Manjang ada ajer, bunyi-bunyian yang datang dari rumah belakang.


"Dia renovate rumah..." jawab Atan pendek. Memang betul pun. Kot? Atan assume ajer sebab tiap kali dia lalu depan rumah belakang rumah dia, ada ajer timbunan pasir, kereta tolak, scope, seakan-akan tuan rumah tengah renovate.


"Dah lamo raso eh dio renovet. Den porasan, tiap kali den datang umah kau, mesti ado, yo bunyi-bunyi dari rumah bolakang, tu. Den tak pueh hati, laa" kata Azil. Dia mengurut dagunya ala gaya pemikir-pemikir, gitu. Atan tak suka dengan rupa Azil yang macam tu. Kali terakhir dia buat muka camtu, mereka terpaksa diambil dari Balai Polis Damansara oleh ibu bapa mereka...

bersambung malam ni...

Thursday, July 14, 2011

Balas Dendam yang skizo

Dah lama dah gua geram dengan mamat tu. Tapi harini dia dah melampau. Ada ke dia mempermainkan maruah mak bapak gua depan seluruh kelas? Arwah guru silat gua dulu pesan. sebelum perang, kita dakwah dulu. Wa dah sound dia agar dia menarik balik kata-kata dia dan membuat pengumuman maaf secara terbuka. Tapi dia degil. Dan sebab itulah gua berada dalam semak ni. Menunggu dia balik dari mengaji. Harini, gua akan selesaikan. Hahaha

Lama jugak gua dok mengendap dalam semak jalan ke rumah dia tu. Tengahari tu hujan. Jadi petang tu, pacat agak mengganas sikit. Gila dowh! Dua ekor berjaya naik sampai pinggang gua. Nyaris gua nak terjerit terperanjat. Sibbaik Acik Temah hujung kampung yang kebetulan lalu time tu tak perasan gua sokseksoksek dalam semak.

.
.
.

Mamat tu lalu tepat pada masanya. Dia baru balik mengaji. Gua? Dah tentulah gua ponteng ngaji arini sebab gua dok dalam semak, ni kan? Lu boleh dendiam tak?

Gua tunggu timing yang tepat. Bila mamat tu melepasi je garisan imaginasi yang gua dah set dalam pikiran gua, gua terkam keluar dan terus menghayun kayu berpaku tu ke muka dia. Paku tepat mengenai pipi dia. Gua cuba nak tarik tak boleh! Pulak! Mamat tu pegang kayu gua. Gua terperanjat dan lepaskan kayu. Dia meraung. Kesakitan agaknya. Memanglah kesakitan, tongong! Takkan terharu pulak!

By the time raungan mamat tu 3suku nak abis, gua terus sepak betis kanan dia. Agaknya dalam panik-panik tu gua boleh sepak tang keras pulak. Walaupun gua sakit, mamat tu nampak lagi sakit. Dia melutut. Tangannya masih cuba mencabut kayu berpaku yang melekat kat muka dia. Darah membasahi baju dan kawasan dia meronta-ronta tu. Tangtang tu jugak lah gua baru tau gua ni alah pada darah. Pandangan gua jadi berpinar. Gua macam nak pitam. Gua meraba-raba mencari bearing. Gua perasan mamat tu dah berjaya mencabut kayu berpaku tadi sebab dia sedang menghayun kayu tersebut ke arah gua dan...


...Gua tak berapa suka mana arahnya jalan cerita ni. Jadi gua tamatkan di sini saja. Sigh...

Wednesday, July 13, 2011

pagi rabu yang normal

Dah siap pakai kasut dah...
Dah ready nak jalan dah...
Hujan pulak turun...
Samurai berpayung
Hujan dowh
Gua bangun awal arini. Konon nak mulakan hari baru dengan semangat baru. Harihari azam macamni. Pagini tak terkecuali. Semuanya ok setakat tadi. Gua dah siap berkasut dah (pix 1). Tangtangtuu ujan mula turun.
(pix 2-5) sibbaik gua ada plan b! : plastik dan payung! In no time, gua dah bertukar menjadi samurai berpayung yg ditaja oleh kurnia insurance
(pix 6-10) dalam perjalanan melintasi kawasan padang, persimpangan rantau-sg gadut-ttj yg terkenal, jalan. Sempat jugak gua camwhore 2-3 bijik. Kepada anda diluar sana, jangan camwhore ditepi jalan raya.
Sesampai di stesen, terus bertukar. Kedengaran bunyi tren terlepas. Gua pasrah. Dahalangalang, kasi tachap sikit kening, betulkan parking, etc. Dah siap, kuar beli tiket. Next train: 718am

sambungan