Thursday, April 25, 2013

Gua tak berapa sehat sejak kebelakangan ini...
Lepas demam, sakit tekak. Nina pulak demam. Tonsilitis...
Tapi gua catchup....Lekkkk...

Thursday, April 4, 2013

#ZineSkizo #Sick dan #Tu7uh Mengganas

Sejak pelancarannya haritu, sampailah ke hari ini, malam gua dah tak sama. Biasanya gua boleh jugak menuit cam orang gila mulai tengah malam hingga 4pagi. Sekarang, semuanya jadi kenangan. Apataknya, orang mengoder pakej #zineskizo yang dapat free Tshirt tu tak henti-henti sampaikan jemari gua dah naik kematu dok melipat kertas dan pinggang gua naik krem dok duduk menyangkung (masa nak print Tshirt) lama sangat. Lelama kalau tak kena darah tinggi, mau kena buasir gua ni.
Apapun, gua amat terharu dengan sokongan kengkawan yang tak kasi chan kat gua. Ni dah third batch dan hampir semuanya dah berpunya. Stok gua nak display kat @BJSeremban Ahad ni pun dah kena rembat. Mungkin kerana isu yang dikupas dalam #Tu7uh ni agak hardcore. Atau mungkin sebab Tshirt free ni tak dijual kecuali hanya dengan membeli zine. Entahlah. Apapun, gua dalam komplen-komplen ni, syukur jugaaaaak *hentak dahi kat lantai sebab keletihan*

MAJULAH #ZINESKIZO UNTUK MALAYSIA! HAHAHAHA...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, March 29, 2013

#Zineskizo First Shipment...


Maaf kepada yang telah mengorder #Tu7uh sejak pre-release seminggu lalu. Kami menghadapi masalah teknikal dengan design kavernya dan telah mengakibat kekurang-kick-an semasa program pelancaran #zineskizo di BUKU JALANAN SEREMBAN pada 24 Mac di Lake Garden Seremban Ahad lalu. Apapun alasan kami, kami dah siapkan pesanan adik-adik dan akak-akak semua dan ia akan dihantar sebaik saya habis menghaplod post ini...Cuba tengok video ini....
Sekali lagi, gua mintak mahap dengan kelewatan ini...