Sunday, May 5, 2013

Sudahkah anda mengundi?

Gua bukan nak kata apa arr, kan. Walaupun gua ni berjiwa post anarko-punk electronica pop nasyid, gua ialah seorang rakyat Malaysia. Dan sebagai rakyat Malaysia, semua orang tau, 5May2013 ialah hari mengundi.
Gua berdaftar di Sekolah Kebangsaan Pedas, DUN Chembong, Parlimen Rembau. 131 / 26 nombornya. Saluran 3, katanya. Gua sampai kawasan sekolah dengan @podeh, disambut oleh usherer dari khemah BN. Terjumpa sepupu hero hindustan kami; Ijam yang baru saja menjalankan tonggengjawabnya sebagai ra'yat Malaysia. Snipsnap gambar Ijam dengan jari telunjuk kirinya sebagai nak pendekkan cerita.. Langit makin mendung dengan ujan rintikrintik air mula bergelora. @podeh mensarankan agar kitorang terus ajer menyelesaikan pertarungan ini dengan menuju ke arah sekolah.
Selang beberapa tapak sebelum sampai ke medan perjuangan, kami terserempak dengan Khairy Jamaludin, calon BN untuk Parlimen 131, Rembau. Dialah #RembauMostWanted. Diallah yang janji nak buat spital. Dialah yang tak pernah nampak batang idung sejak menang #PRU12 yang lepas. Dialah itu. Dialah ini. Sekarang adalah masa yang baik nak belasah dia. Cucuk idung dan tarik rambut dia. Ijam boleh pegang tangang dan kaki Kj sambil tolak semua bodyguard sebab Ijam debab dan kuat. @podeh pulak boleh menyerang dengan teknik2 Naruto jurus rahsia yang dia pelajari masa mendalamai siri Shippuden, time dia menganggur, dulu. Tetiba ada orang tepuk bahu gua dan PUFF!! Gua kembali ke alam nyata.
Gua kasi hemfon gua kat pembantu-pembantu Khairy Jamaludin dan bersama-sama dengan dua manusia yang paling berpengaruh dalam hidup gua, kami ambik gambar dengan KJ. Please note jari @podeh dan gua yang masih virgin. Hahahaha.
.
.
.
Selesai mengundi, kami terus keluar, cari mak yang tengah sibuk mengalahkan calon bertanding tolong makcikpakcik melintasjalan kat kawasan sekolah, cium tangan, dan terus ke Ibu Bejabat Jentera Mak di batu 4, untuk mentekedarah tengahari. Ujan terus turun dengan lebatnya dan semua berlari-lari manja menyelematkan mekap masing-masing. Payungpayung freebies bermacam kaler pun, mula berkembang... Kempen dah berhenti, ye....
Pepehal pun, majulah #zineskizo untuk @akuskio. Eh? #Bersih5May

P/S: ooops! Sekarang dah masuk pukul 5pm, waktu tamat mengundi... Apa?? Lu ingat SPR tu 7E ke apa?? Lulz...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, May 3, 2013

Adakah anda #Jobho ?

Gua nak promo tshirt member gua yang bertanggungjawab membuat blok untuk Tshirt #zineskizo yang unggul itu. Tak payahlah kita paparkan muka member gua tu, atau meraban pasal apa bendanya #Jobho ni, selain terus ajer ke Tshirtnya.
JOBHO ni adalah perkataan biasa dalam dialek Nismilan. Makna tradisinya hampir sama dengan apa yang mudamudi panggil sebagai poyo, berlagak atau camwhore dalam bahasa media sosialnya. Ia biasanya digunakan dalam ayat-ayat yang menggambarkan perbuatan seseorang yang bangga dengan sesuatu pada dirinya. Entahlah. Gua pun tak reti nak goreng apa lagi pasal asal usul perkataan ni.
Apapun maknanya, member gua ni nak mulakan satu label yang menggunpakai konsep dari perkataan ini sebagai koleksi tshirt buatan kedainya. Impiannya, label #Jobho ini akan menjadi satu brand yang tersohor dikalangan mudamudi yang sukakan gaya.
Sebagai salam permulaan, beliau dengan gua-guanya sekali ingin mempromosikan Tshirt pertama #Jobho.

Lambang #Jobho berwarna putih, di atas Tshirt roundneck yang diperbuat dari kain semi-cotton tak bertulang yang berkualiti. Terdapat dalam tiga warna mukadimah: Hitam, Merah dan Biru Superman. Sesuai dipakai dimana saja, lebih-lebih lagi ke event-event yang memerlukan baju tee yang tak panas dipakai di jalanan, dan tak berkriut nipple kalau dalam tempat air-cond. RM25 sehelai. (sila tambah RM5 untuk wangpos)

Untuk pesanan, sila SMS Irwan di 017-3711659.
Cepat! Sementara stok masih ada

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, April 30, 2013

Baru baik demam, dah demam balik

Sebaik gua kebah demam dan sakit tekak haritu, gua terus mengejar pesanan untuk #zineskizo yang dah bertimbun tertangguh. Alhamdulillah, sebaik habis aktiviti perlipatan, penggamman dan pengguntingan, gua pun demam balik...
Teruskan menyapot #zineskizo!!
Hep,hep!
Horay!

Published with Blogger-droid v2.0.10