Friday, November 1, 2013

Upcoming #zineskizo projects, hailing from #SerembanTunnel

#Zineskizo mempersembahkan: 3 projek terbaru yang dibuat di #SerembanTunnel :
#PsychoticArtzine by Amir of Psychotic Sufferance

Dan dua isu dari #PayaBesarPedas .
Satu sajak, satu lagi artikel.
Tunggu!

#Zineskizo di #Pasarboco

Dah basi, baru nak post. Kalau nak fresh, follow gua di Twitter (@akuskizo)
atau follow jer tag #zineskizo di Twitter jugak.
Pendek kata, gua banyak microblog jer sekarang.
Takde masa arrr

#pasarboco atau #boco9 di Taman Budaya,
Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara, Kuala Lumpur
Trimas to @ezralsya yang sudi berkongsi kasih dengan #zineskizo

Puak @Zinecollector yang semakin mengganas, dewasa ini

Suasana sebelum hujan di tengahari...

Booth @zinecollector dikunjungi awek-wek dari KTPM 

Pemandangan sejurus sebelum hujan (lagi)

@pipiyapong pandang belakang bila gua suruh posing.
Note awek yang belah kiri yang kaver muka tu. LULZ

Steady jer bro ni layan komik.
Gadis-gadis ayu dari Seremban. Dan gitaris yang tak berapa ayu

Dan hujan pun turun

Dari jauh, gua ushar jer jualan #zineskizo . Ahahaha

RakanTangga.
Bukan RukunTetangga.

Ada demo pembutan #zineskizo pada hari itu.
Nak buat kat booth yang dikongsi bersama, agak ganjil.
Gua bentang tikar kat luar kanopi, di tepi longkang.
Baru mula melipat, hujan pun turun.
Gua parking dalam bangunan JKKN.


Demo pembuatan #zineskizo di #pasarboco
Cuba teka mana Nizang of #Moshpit zine?

Cuba teka mana Wally? Eh?

Gua sempat ambik satu jer gambar penyapot #zineskizo

Hujan sampai senja. Lepas Magreb dia jadi renyai-renyai


Sesi camwhore wajib. Sayang, hanya kawan-kawan Seremban
jer yang tak malu *lari*

Tuesday, October 22, 2013

Ada apa dengan #SerembanTunnel

Susah gua nak terangkan apa yang menariknya kat #SerembanTunnel ni. Selain Bro Black dan udara segar dari sungai di bawah jambatan, tak banyak perkara menarik yang ada di sana, jika anda mengharapkan kehappeningan itu pada orang lain. Happening atau tidak sesuatu tempat itu, tak bergantung pada orang lain. Ia bergantung pada anda.

Dah banyak benda yang berlaku kat #SerembanTunnel ni sejak dua bulan gua di sini. Nak senang, lu search ajer tag #SerembanTunnel dalam Twitter dan ushar gambar-gambar yang di titpixkan. Laluan kat jambatan tu yang dulunya dihiasi dengan pengemis dan Bro Black, sekarang dah semakin sesak dengan kehadiran gua yang sering membuatkan inconspicous people, duduk melepak sekali.

Terbaru ialah semangat kebuskingan yang semakin menebal dalam diri Bro Black setelah ada sekali tu, time dia tengah main-main gitar layan kepala, tetiba ada orang selit seploh ringgit kat poket dia. Sejak dari tu, aktiviti menggitar memang rutin setelah kami habis kerja atau pada waktu di antara kerja yang sedang dilakukan.

Video spontan Bro Yus dengan @whitebutton_
jamming lagu Tegar

Point di sini ialah, lu memang rugi kalau tak melepak sekali di sini....