Wednesday, May 2, 2012

Amukan BD

*lupa nak post gambar plak dalam post tadi*

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, May 1, 2012

Here Comes the BD

1 May ialah Hari Buruh sedunia. Tapi cuti kali ini, Twitterjaya digemparkan dengan persoalan, ''Apa benda BD, ni?''. Well, takde sapa yang persoalkan sebenarnya, saja jer. Tapi korang taknak tau ke, amendernya BD itu?. Dan apa kaitannya dengan nusan?

Nusan ialah nama timangan kepada rokok kretek seludup-tak-bayar-cukai-takde-gambar-baby-cacat-kat-cover yang orang selalu mistaken dengan Semporna. Nusan ni dah bertahun wujud, dan tak perlu diberi pengenalan lagi. Namun, kepada penggiat baldi mukim Pedas/Miching Negeri Sembilan, asyik-asyik nusan ajer, memang sakit dada. Dan hasil kajian berterusan, serta dedikasi dan sacrifice dari segenap sudut dari barisan penggiat baldi mendapati, cocktail yang di spike dengan BD, buleylaa, pegi dia.

Dengan itu, pihak pengurusan @akuskizo telah bersetuju untuk mengindoktrinasikan #Twitterjaya dengan rokok BD.

Rokok ini yang tibatiba dihisap oleh penulis tatkala kehabisan stok nusan semasa melepak dirumah membernya, nyata telah membawa anjakan paradigma yang dicaricari oleh beliau sellama ini. Sentuhan BD yang menyengat serta direct, sesuai jika dipadankan dengan nusan dan sayur-sayuran lebihan makan malam semalam. Sesuai dijadikan stimulan pelepas stress selepas meeting yang membosankan atau ketika mengayat awek yang nak pinjam lighter. Tanya kat dia: ''Anda tau apa itu BD?''

BD adalah nama arbitrari yang dikurniakan oleh teman penulis. Tiada indikasi yang menunjukkan bahawa 'BD' adalah nama yang tepat kepada rokok seringgit dapat 25 batang ini. Bungkusannya yang conspicous tetapi kemas, dihiasi teliti dengan tulisan hieroglif yang tak difahami oleh penulis. Yang menarik sekali ialah plastik yang membungkus rokok ini, terkandung cop berupa wajah model kepada rokok misteri tetapi power ini.

''Secubit BD mampu memastikan setiap inci balutan anda, berkesan menghasilkan kesan yang sepatutnya'' - #BDQuotes

''Sesedut BD adalah seumpama disiram air sungai Ganghes. Brrrr...'' - #BDQuotes

''jangan sekali sedut bhai, nanti baibai'' - #BDQuotes

Menurut urban legendnya, rokok ini dibalut sendiri dengan tangan oleh kanak-kanak di satu DUN di India (bukan area SamyVellu). Di sana, kerja gulung rokok BD ni, kira ekslusif beb. Rata-rata bebudak kat sana, kalau tak pass SPM, jangan haraplah nak dapat keja kat kilang BD. Kalau dapat jadi pakgad kat kilang pemprosesan BD tu pun dah seribu kali pecah kelapa.

..
.
.

''CHEAP CHILD LABOR IS STILL RAMPANT! LET KIDS BE KIDS! DONT MAKE THEM A SLAVE!'' - #celakaparty

.
.
.

Oleh kerana wajah model di pembalut rokok BD ini amat misterius, serta setiap sedutan BD equivalen kepada paradiso, kami telah melengkapkan urban legend ini kepada ''Bahadur Daiyum''

Untuk keterangan lanjut tentang ''Bahadur Daiyum', siapa dia, mana dia dtaang dan apa kaitannya dia dengan promosi rokok BD ini, sila search #BDygSkizo dalam twitterjaya. Malas nak explain kat sini dua kali.





Disclaimer: 'BD' atau 'bidi' dan 'nusan' adalah kombinasi yang tepat dan merbahaya. Secubit BD dalam bancuhan mampu menumbangkan seekor naga jantan. Brrrr....:*)

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, April 26, 2012

#TwtupDARAHCP 2.0 di Sime Darby Medical Center

Gua malas nak menulis harini, tapi berikut adalah sedikit gambar lucah yang ditangkap semasa program #TwtupDARAHCP berlangsung, Sabtu lepas...
@_psychedelique_ dan @_uculer , membincangkan masa depan
kanak-kanak di Somalia...

Kanak-kanak (terbiar) yang dibiarkan

@amervanburren dan @luciferrrr melawak sebelum
masuk ke tandas

Kengkawan @azmanv2 bersama @chefddj di ketiakkan oleh awek Azmanv2

#celakaparty people, pura-pura tak pasan orang ambik gambor

Aktiviti mengeteh selepas derma darah. Tu anak sapa yang tersengih, tu?

Dah terpaksa gua ambik gambor kali kedua sebab awek belah kiri
tu tak ready tadi

clockwise from left:
@bell_on, @_uculer, @amrulazmi dan @_hanighz

Geng #celakaparty mencelakakan kedai mamak

Gambar A

Gambar B. Cuba cari perbezaan Gambar A dengan gambar ni

Yang kat meja belakang tu, wakil dari #TwtupIPOH
(yang gua ingat si @ANfikry jer)

Gendang gendut tali kecapi, ni sapa nak bayar ni?

Sekotak nusan dan setupperware kek batik kaboom

Next: #TwtupIPOH pada 28 Apr, di PORT, Perak
Gua nak ambik kesempatan ini nak ucapkan TERIMA KASIH kepada yang datang ke majelis dan yang bertungkus lumus menjaya dan mendermakan dara masing-masing. Juga kepada tweeps yang melayan sewel gua masa mempromosikan majelis ni di Twitterjaya. Adios.