Thursday, March 21, 2013

TShirt #Zineskizo PERTAMA

Ya. Desas desus itu benar. @akuskizo dah main Tshirt pulak. Dan kalini dengar cerita dia akan kasi free pada sesiapa yang oder #zineskizo isu #SICK dan #Tu7uh pada harga RM50. Sambutan amat menggalakkan di Twitter dan dahalangalang menyeluk dye, beliau yang semakin mesra dengan panggilan "Karlos" telah bersetuju untuk mengiklankan benda alah ini juga di tempat di mana semua ini bermula: blog.

Dari semalam mamat tu dok tuit janji nak titpix kan gambar Tshirt rare buatan sendiri ini tapi dek faktor ajal bateri yang singkat dek mobiliti tuan punyanya yang tinggi, serta faktor #fuckmaxis yang melambatkan apps di smatfonnya mengaplod gambar ke server Twitter, tak tersiar jugak gambar baju-baju istimewa ini.

Walaupun beliau agak busybody serta pancit dek berlari ke sana kemari sibuk memfotostet dan mengejar kerbau yang cuba mengunyah mastercopy isu #Sick petang tadi, dia paksakan juga membuat blogpost ini demi memuaskan fitrah hakiki para pembeli yang telah membank-inkan duit mereka sejak semalam. Ini dia rupa bendalah tu:





 Jadi, kepada sesiapa yang berminat nak mengalami pengalaman berskizo membaca zine paling rare dalam Malaysia, sambil memakai Tshirt pelik berwarna hitam dengan lambang berunsur kasih sayang ini, bolehlah mengoder #zineskizo isu #SICK dan #Tu7uh dengan meninggalkan nama dan alamat ke kosongsatutujuh tigatujuhsatu satuenamlimasembilan (maaf, nak elak spam).

Nak lagi cepat, mention ajer mamat tu kat twitter. Tapi cakapla bebetul. Jangan "Hye" atau "Lol" atau "hahaha" pastu marah gua tak layan lu. 

Friday, March 15, 2013

Ke mana roh kita pergi semasa kita tidur?

Kita tidur.
Harihari kita tidur.
Dikatakan, roh kita keluar dari jasad masa kita tidur.
Pernah terpikir mana kita pergi?

Bacalah #zineskizo isu #Tu7uh. Hubungi @akuskizo di Twitter SEKARANG, sebelum anda tidur hari ini.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, March 8, 2013

Dia Datang...

Kadang-kadang, masa kita rasa macam dah OK, dia tibatiba datang. Dan dia kalau datang bebaik takpe. Biasanya ia tiba dalam keadaan yang tak berapa nak cantik. Time-time kita sedang terdesak, contohnya. Time-time kita sedang terkapai-kapai mendayung perahu separa karam di lautan gelap dengan langit tak berbintang, misalnya.
Nakk lagi best dia datang time kita tak boleh buat apa-apa. Time kedua tangan dan kaki kita terikat. Time kudrat kita tersekat. Mereka akan kata macam-macam. Kata kita banyak alasan, lah. Kata kita putar alamlah. Tapi semua setuju yang adakalanya, walau camana kita dah plan pun, walau camana kita dah timing pun, dia kata dia nak datang, dia sampai.
Bukan kita tak suka dia datang. Bukan kita tak bersyukur dengan tumpuan dan keutamaan yang diberikan dalam mendatangkan ia kepada kita tadi. Cuma adakalanya, timing dia datang tu, walau hanya ada lari dalam microsecond, tetap mengundang kepincangan dalam mood harian.
Dan pada yang dah terkena, pasti takkan banyak cerita lagi dengan orang yang dah kedatangan akan dia itu. Orang yang memahami hanya akan membisu dan merenung tepat, sambil akan mengangguk cepat macam kita dah setuju akan sesuatu, sebelum memberitahhu yang kita kena lalui semua itu seorang diri. Dan kita yang tengah takdapat buat apa-apa pun, terpaksa menerima ajer kehadiran dia dengan redha dan pasrah. Sabar jerlah.
Apapun cara menangani, atau cara didatangi oleh si dia, apa yang kita semua harus ingat ialah kita tak boleh biarkan diri terus dicengkam oleh perasaan terhadapnya. Kerana memendam rasa pada dia, time dia takde, adalah membuangmasa. Sebab pertama ialah kita akan fokus jugak pada dia time dia datang nantik, samada kita suka atau tidak. Kedua ialah sebab kita jer sibuk-sibuk risaukan dia, sedangkan dia anggap kita hanyalah sesuatu yang dijumpa, on the way ke sesuatu. Kita juga tak pernah tahu apa motifnya datang pada kita, sedangkan ramai lagi orang yang lebih layak didatangi olehnya. Yang penting, masa yang ada pada kita sekarang, kita guna untuk tidak buangmasa. Eh?

Published with Blogger-droid v2.0.10