Tuesday, August 18, 2015

Majlis Amal mengumpul dana untuk #PusatJagaanTeduhanZafrah


Kepada orang Muar atau sesiapa saja yang berkelapangan pada 29 Ogos 2015 ini, jemputlah ke Program Meniti Titian Kasih di Pusat Jagaan Teduhan Zafrah di Jalan Temenggung Ahmad, Muar.
Majlis ini bertujuan merapatkan silaturahim, suai kenal dan mengumpul dana untuk pusat jagaan ini.

Untuk keterangan lanjut tentang Pusat Jagaan Teduhan Zafrah, sila klik link ini:  

Boleh juga menyumbang untuk buat wakaf peralatan pusat tersebut i.e wheelchair, katil or etc...
Sukarelawan juga dialu-alukan....


Thursday, August 13, 2015

From Schizophrenia to Hypophrenia

Untuk beberapa minggu kebelakangan ini, aku diserang rasa sedih yang teramat sangat. Biasanya ia datang pada waktu petang, dalam 430pm dan semakin berat semakin hari menghampiri tengah malam. Aku pasti ia bukan kepunyaanku atau ahli keluarga terdekat. Aku juga pasti ia tak berpunca dari orang sekeliling seperti jiran tetangga atau teman sekerja.
Jika ia sekadar rasa takpe juga. 

Pada akhir minggu pertama serangan, aku tak dapat menahan airmata hinggakan bos dan rakan sekerja ada yang perasan. Masuk minggu kedua, tiap malam aku pasti menangis tersedusedu sampai kuyup bantal dan selimut. Dan ini masuk minggu ketiga, aku dah tak tido langsung dan tiap kali aku bersendirian, ia akan menyerang.

Aku search dalam internet dan bertemu dengan terma 'hypophernia' yang kononnya pesakit diserang rasa sedih tanpa sebab. Jika kesedihan berlarutan selama dua minggu, itu dah termasuk sebagai depresi. Aku takmau lalui itu lagi. Bahkan, aku rasa aku tak sembuh sepenuhnya dari episod depresiku yang terakhir. Apa yang terdaya aku buat, hanyalah cuba menopengkan perkara ini sebaiknya dengan senyuman dan menyibukkan diri dengan kerja dan aktiviti.

Tapi, ia semakin mengganas hinggakan aku dah blank taktahu nak buat apa...
Semoga minggu ini aku ketemu puncanya atau apasaja yang dapat menahan serangan itu dari mengapakanku. Dan seperti biasa, aku tak dapat ceritakan semua ini pada sesiapa kerna tiada siapa yang peduli atau mereka hanya banyak bertanya hinggakan ia hanya menambahkan rasa sedih dan keseorangan....

Entahlah...

Monday, August 3, 2015

Melalak di Dataran Underground, Kuala Lumpur

Ada satu petang tu, time gua tengah busking kat BTS, gua didatangi oleh seorang
mamat specky dengan dahi berpeluh-peluh. Dia bagi salam dan terus ayat gua katanya
nak pinjam RM2 dari koleksi busking gua. Gua tanpa banyak soal kasi jerlah. Dah biasa.

Dia ada bagi namecrd tapi gua tak berapa ambik port. Biasa lah jadi orang jalanan ni,
orang kasi macam-macam. Gua takdelah baca ke apa selain menyimpan ajer terus name cardnya.
Tak sampai beberapa minit, beliau kembali mintak nombor fon pulak. Gua hesitate jugak nak
bagi memula tapi kasi jerlah. Bukannya boleh santau orang guna nombor fon pun, kan? ...Kan?

Selang seminggu lepas tu, gua dapat satu sms. Katanya dia Andy mamat yang pinjam gua RM2 haritu. Gua layan jerlah. Katanya dia dah dapat satu slot untuk gua perform kat Dataran Underground
pada hujung bulan. Gua on jer. Tambahan masa tu memang dah nak masuk Ramadhan dan gua memang sentiasa perlukan uang lebih..

Maka sampailah pada tarikh yang ditetapkan, gua pun pergi ke Dataran Underground, Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Gua waswas gak tapi redah jerlah. Sampai-sampai jer terus terserempak dengan Andy dan one thing led to another, sedar-sedar gua tengah melalak atas pentas di event
BUKU BAZAAR yang diadakan setiap bulan di Dataran Underground tu. 

OK gaklah. Gua tak pernah perform unpluged depan orang, nyanyi lagu-lagu pop dari radio.
Kali terakhir gua atas pentas menyumbangkan lagu was 1999, menyanyikan lagu yang dah memang
sumbang (lagu punk).

Apapun, gua tak berapa minat nak jadi penyanyi atau penghibur. Gua pun taknak jadi pemikir.
Yang gua suka ialah jadi manusia yang buatkan orang lain berfikir.
Dan gua tak perlukan semuanya berfikir. 
Dapat sorang dua pun, dah cukup kejayaan buat gua...
Andy tengah perform. Pawer gak suara dia...

Syed Munawar (baju pink), cuba melarikan wajahnya dari di snap oleh gua.

Pengunjung-pengunjung Buku Bazar di Dataran Underground, KL

Saja ambik selfie sebagai bukti... Malang gua takde kaki yang nak
ambikkan gambor time gua perform. Sokay...