Monday, October 26, 2015

Cerita kosong di pagi Isnin...

Pernah ada satu kali tu, gua melepak dengan geng geng brotherhood. Dorang sedang hangat membincangkan tentang satu ketirisan rahsia dalaman mereka, yang risikonya adalah hilangnya kebebasan setiap ahli dalam brotherhood. Dan kisahnya ketirisan itu berpunca dari salah sorang kawan lama kami yang terkenal juga dengan kepala anginnya.
Kata kepala mereka, dia akan pegi cari kawan lama kami tu dan declare dia keluar dari brotherhood. Yang lain cuma diam. Gua yang taktau ujungpangkal, jadi terpanggil setelah dapati hukuman yang dijatuhkan adalah putus sedara dan gua kenal kawan lama kami tu walau camana hangin pun takkan jeorpadize brotherhood or orang lain, mula bersuara. Gua tanya apa background cerita ni dan setelah diamati, mendapati bahawa cerita ketirisan itu berpunca dari sorang mamat yang baru join brotherhood. Check punya check, call punya call, test punya test, memang ternyata mamat baru tu yang buat fitnah sebab jeles dengan privillege otai otai ni kasi pada kawan lama tu.

Apa jadi lepas tu tak penting. Point kat sini ialah pasal kenal. Adakah anda mengenali teman anda? Adakah dia macam kawan lama kami yang kepala hangin tapi tak reti nak defend diri tadi? Atau mamat yang baru join yang buat cerita nak bagi dia nampak in, tu?

Kedua ialah pasal kepercayaan. Adakah kita percaya pada orang/perkara/pegangan yang betul?

Ketiga ialah walau dimana kita berada, bila kita rasa ada benda tak kena, kita kena clarify dengan bersuara. Jangan senyap jer walau ia takde kena mengena dengan kita, atau tak kena pada tempatnya. Yang perlu diperhalusi adalah cara....

Thursday, September 17, 2015

#WayangPiknik #Anur Nak Ke Sekolah, Buku Jalanan Seremban di Bazar Jalan Lee Sam

15Sept 2015. Bazar Jalan Lee Sam.
Gua bawak famili keluar dinner malam tu. Kebetulan teringin nak makan yongtaufoo kat Sambaria kat Bazar Maains. Time lalu stesen KTM, gua teringat yang malam tu abam @ronasina ada kat area Seremban untuk gathering Buku Jalanan Seremban kali ini. Terus gua ke tempat kejadian...
Ngam ngam gua sampai #wayangpiknik baru nak start. Brader teknikel tengah menggodek samting kat laptop yang sepatutnya memainkan shortfilm malam ni. Tengah ushar ushar tempat duduk yang sesuai untuk anakbini, gua disapa oleh abam @ronasina yang sedang memangku anaknya. Gua terus salam. Borakborak sikit, gua terus fokus pada short film "Anur nak ke sekolah", karya abam ronasina kita ni tadi.
Gua dah lama folo brader ronasina ni. Sejak zaman gua blogger lagi melalui blog kulupsakahnya. Dan seperti fan yang lain, gua admire ketabahan abam Ronasina dan Kak Raja yang dikurniakan dua anak yang dianugerahkan dengan cerebral palsy, sejenis abnormiliti yang melibatkan otak. Short film itu mengisahkan perjuangan abang dan kakak kita ni dalam mendapatkan pendidikan untuk dua anak istimewanya ini. Banyak informasi dan persoalan yang menarik dari sudut keibubapaan, rumahtangga, pendidikan, hak kanak kanak, realiti kehidupan masyarakat di negara ini, di samping data dan maklumat tentang cerebral palsy itu sendiri.
Tahukah anda cerebral palsy tu boleh kena kat sapa sapa jer? Pada gua, kalau kena kat budak kita panggil CP. Kalau kena kat orang tua kita panggil stroke.
Tahukah anda CP boleh dirawat?
Tahukah anda... haishhh.
Gua yang banyak tanya ni pun banyak yang taktau, sebenarnya.
Masa short film tu tergendala sebentar, gua bawak famili pegi makan yongtaufoo kejap. Lepas makan, kami kembali ke #wayangpiknik.
Masa tu dah sesi soaljawab bersama dengan abam Ronasina. Tak lama lepas tu majlis pun selesai dan semua dijemput menjamu kudapan yang disediakan. Gua tak stay lama sebab anak anak gua tahap takboleh dikawal. Lepas salamsalam, gua pun chow.
Oh.
Gua sempat gakla rembat buku "Surat untuk Anak" yang berotograp.
Gua yakin, buku ni, serta abam Ronasina dan Kak Raja,
...adalah lejen.

Thursday, August 27, 2015

#SerembanTunnel dan busking

Dulu masa memula gua menyemarakkan #serembantunnel, yang rajin busking kat situ hanyalah Bro Black dan gua. Setahun gak gua tahan. Tapi asyik setakat dapat 'Like' jer, gua lari ke stesen komuter Bandar Tasik Selatan demi keterusan hidup. Kadangkadang jer gua busking kat Seremban.

Gua kerap ikuti perkembangan #serembantunnel melalui Bro Peter, pembekal utama tali gitar gua. Dan sejak gua dah mula keja, gua dah jarang lepak #serembantunnel.
Bro Peter kata Majlis Perbandaran Seremban pernah bagi elaun khas untuk busker yang busking kat tempat strategik di bandar Seremban dan beliau tunjuk kat gua video dan gambar beberapa kids yang busking kat tunnel dan tempat teksi tepi Terminal One. Pro jugak, gayanya. Tapi lelama mereka pun hilang tah kemana...
Tahun ni gua dapat kerja kat Muar maka lagila jarang gua lepak tunnel. Tapi semangat gua membusking telah menaikkan ghairah Bro Peter untuk busking juga dan berkat kerajinan dan kabel beliau followup pihak Majlis, aktiviti membusking semakin kerap di #SerembanTunnel. Tapi level beliau, Bro Khaliss dan busker yang lain adalah bukan busker biasa sebab mereka mementingkan mutu permainan. Yelah, Bro Khaliss ex bassist kumpulan Fotograf. Dari dalam terowong lagi dia boleh tau tune gitar gua lari chord G nya. Bro Peter dan kawan dia pulak orang klasikal yang pergi kelas punya. Gua memang humble bila dengan dorang sebab semua pawer pawer tapi mereka saja simpan kuku. Kelebihan gua dan Bro Black hanyalah pada suara.

Apapun, tahap penerimaan orang Seremban dengan busker masih kureng. Kalau takat nak sukasuka bolehlah. Nak buat duit memang payah. Tapi itu tak melunturkan semangat abang-abang ni dari terus kembali hidup dan menghidupkan suasana Seremban town yang semakin tak relevan di hati mudamudi... Semoga orang Seremban akan support aktiviti busking ni dan semoga busking menjadi salahsatu pilihan untuk orang setempat terutamanya anakmuda cari rezeki selain berniaga barangbarang made in China.
Bukannya takde pemuzik yang hebat kat Seremban atau Negeri Sembilan ni tapi macam gua, semua dah pakat keluar sebab nak survive.

Kudos kepada Bro Khaliss, Bro Peter dan lebihlebih lagi Bro Black yang kekal memperjuangkan seni di #serembantunnel .

Korang bila lalulalang tu jangan takat senyum dan bagi Like jer. Hulurhulurlah sikit walau duit syiling. Beli minuman berGST boleh jer gua, tengok? Takkan nak hulur singgit pun kedek? Bukannya kami mintak sedekah. Kami memperdagangkan bakat kami dan sokongan anda amatlah dihargai. Sekian.