Wednesday, October 12, 2011

Refuse / Resist

Lagu tema untuk hari ini. Semangat tema hari ini: Rebellious



Refuse / Resist

Chaos A.D.
Tanks On The Streets
Confronting Police
Bleeding The Plebs
Raging Crowd
Burning Cars
Bloodshed Starts
Who'll Be Alive?!

Chaos A.D.
Army In Siege
Total Alarm
I'm Sick Of This
Inside The State
War Is Created
No Man's Land
What Is This Shit?!


Refuse/Resist
Refuse

Chaos A.D.
Disorder Unleashed
Starting To Burn
Starting To Lynch
Silence Means Death
Stand On Your Feet
Inner Fear
Your Worst Enemy 

Mari buat Lagu

Budak lepasan PMR pun terer main Guitar Hero. Anda?


Apa susahnya nak cipta lagu? Apsal lama sangat nak keluarkan material baru? Susah ke nak lari dari kebiasaan? Haha. Tak reti buat lagu? Tak reti buat arrangement? Kalau tak cuba, bila nak reti? OK, harini aku ajar korang hasilkan satu lagu. Lepas cipta lagu tu, korang experimentla dengan lagu tu, buat supaya lari dari normal. Main pakai gamelan ke, baldi ke. Apa-apa jelah. Hahaha.

Mula-mula, korang kena reka beberapa klip. Contoh: benda-benda biasa dalam sebuah lagu ialah intro, verse, bridge dan outro. Sebagai guideline pada hari ni, kita bernasib baik kerana guru gitar kapok kita free dan dalam goodmood dan ilham tengah datang mencurah-curah.

Lepas tu, korang arrange benda-benda ni mengikut cerita/mood yang korang nak sampaikan. Dalam kes study kita hari ini, kitorang susun macam ni:

1) Intro


2) Verse


3) Bridge


4) Outro

File clip untuk outro ni gua dah hilangkan pulak...Tapi korang boleh guna clip intro atau modify dari bridge atau korus, tengok camaner korang nak exit dari lagu. Outro lagu ni, kalau korang biaser perform live, selalu berubah ikut performance dan audience. Tapi biasanya tengok mood band member laa...

Bila dah ada bits and pieces lagu-lagu, korang boleh construct clip tu dan susun ikut kreativiti korang. Macam dalam kes gua, gua susuan macam ni, kasi panjang sikit:


1) Intro
2) Verse
3) Bridge
4) Verse
5) Bridge
6) Intro
7) Outro

Bila dah arrange element tadi tu, maka jadilah satu prototype lagu. Cuba main balik satu lagu penuh, dan adjustla mana-mana ikut tekak korang. Contoh:


Masa nak adjust ikut tekak tu, korang kena sesuaikan dengan rentak element lagu korang. Dalam contoh kita ni, memandangkan ada intro yang berarus deras, sementara bridge pulak slow, jadi aku memilih untuk guna konsep kontras. Maksudnya, lagu mula-mula laju, tiba-tiba jadi perlahan dan terus outro. Baru terasa impaknya. Jangan buat prototype panjang-panjang sebab nantik korang muak. Sebab korang akan dengar lagu prototype ni berulang-ulang kali (sampai berbuih telinga). Lagu prototype ni bukan final productnya. Korang kena adjust lagi tapi ia digunakan untuk menginspirasikan lagu-lagu baru. Contoh, cuba download clip.


Dan untuk pengetahuan korang, semua ni dilakukan menggunakan gitar kapuk, handphone Nokia N70 cabuk, sebijik laptop dan sebijik memory card reader. Sorilah sebab itu ajer teknoloji yang ada depan mata gua ni. Oh ye. Dan bekalan kekacang dan air sejuk yang tak terhingga. Ia bermula pada pukul 1130pagi tadi dan clip full yang korang dengar tu pada pukul 1215 tengahari. Outro tak sempat nak record sebab henpon aku max rekod sampai 1 minit je, so kena berenti sampai bridge. Kat bawah ni ada ialah experiment di mana kelajuan lagu ditambah nak tengok impaknya. Gua suka yang paling laju tu..hehehe. Barulah punk dan teknikal sikit...



So, korang pun boleh buat benda yang sama. Jangan dok melepak membuang masa. Keluarkan hasil! Handphone mahal-mahal, laptop kehulu-kehilir, hasilkan sesuatu! Dan Share! Upload kan kat mana-mana dan suruh member buat lagu inspired by lagu kau tadi.

Evolve! 

Wake up and smell the money!


p/s: Gua sangat puas hati sebab inilah entry yang mula-mula sekali gua buat untuk blog ni. Dah berapa kali gua try nak present dalam bentuk youtube dan video dalam blogger, tak berjaya. Last-last, sebelum gua fedap, gua guna file hosting ajer. Korang boleh download dan salahgunakan. Gua tarahal. Akhirnya, setelah 2 tahun mencuba, barulah entry berjaya diabadikan dalam cyber world...Thanks to Azil for the riffs!

Tuesday, October 4, 2011

Ajak (housemate) yang skizo 2

Kok ye pun, bilasla buih tu dulu..

Gua taknak cakap banyak. Lu orang pun dah besar panjang. Mungkin lu anggap benda ni remeh temeh. Mungkin lu akan kata gua fasi. Atau mungkin juga lu tak pernah terpikir pasal benda ni. Gua tak peduli. Gua tetap nak touch jugak bab ni.

Ini berkenaan dengan bilik air. Ye. Sekali lagi isu ini gua ketengahkan. Gua taktau la lu orang perasan ke tidak, tapi bilik air rumah kita ni kat sebelah bilik gua aje. Dulu gua pernah sound pasal teknik terkencing. Kalini gua nak share perasaan gua pasal mandi pulak.

Bukanlah satu keberlagakan lagi kalau gua katakan, satusatunya sabun mandi yang ada dalam bilik air tu dibeli menggunakan duit gua. Gua taknak mempersoalkan mufti mana yang memfatwakan kewakafannya, tapi at least bila dah guna tu, bebawak la bilas semula. Kalau taknak jaga perasaan tuan punyanya pun, ketahuilah bahawa kesan kesan buih yang melekat atas sabun tu selepas lu menggunakannya, tidak membantu dalam mengembalikan jumlah yang telah lu gunakan. Apatah lagi nak dikatakan ok kepada keadaan sabun yang berbusa busa, tu. Ni point pertama.

Point kedua pula ialah, bila korang mandi guna sabun or syampu, benda benda ni menghasilkan busa, or buih. Kat dalam buih nilah segala kotoran, debu dan sel kulit mati terkumpul. Kadang kadang bila gua masuk bilik air, masih terdapat tinggalan buih samada di dinding atau lantai. Buih ni, bila dia kering, dia akan meninggalkan kesan pada permukaan dan menyusahkan gua nak menyentalnya. Jadi, lenkali lu lepas bersabun atau bersyampu, pastikan segala buih telah disiram.

Lagi satu, gua taktau la lu tapi, gua bisanya masuk bilik air dalam keadaan kotor dan bila keluar, gua expect gua bersih. Bukan nak kata apalah kan, tapi kengkadang gua tengok bilik air kita ni dah macam tandas awam. Weii, bukannya orang lain pun yang guna bilik ni. Kita-kita jerlah. Oleh yang demikian, gua betul betul nak mintak kerjasama semua ahli kubur untuk menjaga kebersihannya. Dahlah manjang gua jer yang bersihkan dia setiap minggu, korang bila dah guna tu, sekurang-kurangnya simbahlah air kat lantai tu, kasi buih atau percikan-percikan air kencing tu clear. Takdelah bila air dah kering, lantai bau haring. Korang ni buleh pikir ke tidak?


Akhir sekali, bila dah sampai hujung hujung bulan tu, bila dah dapat cheque dari MARA tu, bawak-bawaklah hulur sikit kat gua buat nak bayar duit bil air. Dahlah semasing bersiram mengalahkan anak dara lamanya, menghulurnya takde. Sekian. Semoga persahabatan kita tidak tercalar dengan keselambaan gua meluahkan perasaan yang bersabun buku ini...