Saturday, December 25, 2010

Ajak (housemate) Yang Skizo


Salam. AKu tau benda yang aku sound ni mungkin akan menyinggung perasaan sesetengah pihak. Tapi aku terpaksa menyound jugak.

Aku nak sound agar sesapa yang nak terkencing, tolonglah terkencing kat lubang jamban. Janganlah bantai nyangkung kat lantai dan lepas tu anggap siraman dua tiga cebok kecil itu dah melenyap segenap titik air kencing yang bertempiaran tadi. Dahlah kencing mencapah.


Dari sudut agamanya, kita kenalah kencing dan berak di lubang tandas. Dan masa nak kencing dan berak tu, lakukanlah dengan adab macam seorang manusia. Janganlah hipokrit walaupun kita rasa takde sapa yang tengok kita. Jangan bertelanjangan. Nak berak jer, yang gi telanjang bukak baju, buat apa? Sebab malu kalau ternampak dek cicak atau kumbang pianggang.

Dari sudut biolojiknya pula, terkencing atau terberak sambil menyangkung lebih aerodinamik sebab kita berada dalam keadaan menekan pundi-pundi atau tank berak yang berada dalam badan kita. Keadaan tertekan ini akan memudahkan benda-benda yang kita nak luahkan itu keluar tanpa payah perlu meneran secara berlebihan. Dan tempat menyangkung ialah dengan menghalakan punai tu ke lubang jamban. Bukan lubang air kat lantai.


Dari sudut aku yang duduk kat bilik belakang, berhampiran dengan saluran longkang dari bilik air rumah kita ini pula, kencing di lubang kat lantai tu akan mengalir keluar dan melalui kawasan depan tingkap bilik aku.

Dan setiap bau tongkat ali atau panadol yang terkandung dalam air longkang berisi air kencing itu, menyelinap masuk ke dalam bilik aku. Dahlah kipas aku pun kat tepi tingkap. Kengkadang tu sampai muka aku ni terasa lempap dek kehangatan air kencing yang fresh engkorang tembak kat dalam lubang tu.


Tol-longgggggggglah kencing kat jamban.

Selamatkanlah aku

5 comments:

Al said...

ak berharap ini tidak bmaksud kita perlu update status stiap kali nak berak..


hny empunya diri yg memahami..

Ka-Ching said...

tu belom yg mengandungi enzim petai lg tuh pehhh...

Dark Half said...

faham..lepas ni akan cuba kencing dalam jamban

pengencing sejati said...

kalau jamban duduk kau nak cangkung macam mana dol? kena potong jamban duduk tu jadi rendah ke? ko ada gergaji porcelain? macamana?

Irwan said...

kalau rumah kau cuma ada jamban duduk, duduk je la. JAngan bantai nyangkung lak atas jamban tu.

Tu pun nak bagitau ke? Pointnye artikel ni JANGAN KENCING KAT LUBANG KAT LANTAI tu..Dan kalau nak terberak terkencing, kat jamban.


dol. That's a good one. Been a while

hehehe