Wednesday, February 9, 2011

Kita semua adalah skizofrenik




Ketika seseorang dah menyakiti hati anda, dan anda tak dapat buat apa-apa nak membalasnya, pernahkah terlintas dalam kepala anda untuk melakukan sesuatu yang fizikal kepada mereka seperti melempang atau membunuh mereka dengan kejam?

Ketika anda di dalam kumpulan rakan anda, tetiba salah seorang membahan anda hingga seluruh rakan dalam kumpulan itu mengetawakan anda, pernahkah anda terlintas nak membalas dendam?

Pernahkah anda 'berbincang' (bukan sekadar bercakap kosong lagi dah) sensorang pasal sesuatu perkara yang urgent dan important dan tah camana dalam percakapan tu, keluar pulak idea nak menyelesaikan masalah sedangkan dah dekat 2 bulan anda mengkaji dan mencari jawapan kepada masalah tadi? Mana datangnya idea tu? 

Atau masa anda dah tulis diari dan anda terpegun bila membacanya semula. Mungkin pegun sebab gempak sangat, atau pegun sebab mangkuk sangat...Either way, anda pun tak ingat betul ke anda yang tulis semua benda tu.

Jika anda ada tanda-tanda tu sumer, anda bukanlah skizo. Normal lah tu. Bahkan mendengar suara ghaib atau nampak benda bukan-bukan pun bukanlah skizo. Skizo sebenar takde tahap. Orang itu sama ada skizo atau tak skizo. Para doktor mengklasifikasikannya kepada kelas-kelas tertentu sebab taknak kacau dengan trait of thinking yang dah jadi kepercayaan pesakit mereka. Takkan dia nak kata orang nak bagi dia duit tu sihat pulak, ye tak? Bukankah semuanya pasal duit?

Ada yang kata orang yang ada skizofrenia, dia completely dikuasai oleh identiti maya yang diciptanya itu. Ye. DICIPTANYA ITU. Identiti yang wujud dalam dirinya kononnya berpunca dari imaginasi sendiri. Kalau dia terpengaruh dengan Gaban, maka Gaban akan selalu terheret ke ruang angkasa setan. Jika dia terpengaruh dengan Wolverine, dia akan selalu dilihat cuba mengeluarkan adamantium claw dia. Tetapi ini semua salah. Kalau camtu, budak-budak over-excited lepas tengok cerita Ben10 tu skizoid lah, ye tak? Tak. Itu terpengaruh namanya.

Dalam kes skizofrenik sebenar, watak jahat yang menguasai biasanya adalah BERLAINAN dengan sifat sebenar empunya badan. Macam John Wayne Gacy contohnya, dia seorang tokoh masyarakat yang dihormati, businessman yang tak kenal penat lelah serta berjaya di mana saja dia berada walaupun di dalam penjara (mitos mengatakan beliau masih hidup dan berkhidmat untuk FBI untuk kes-kes psikotik killer). Tapi bila skizonya keluar, dia jadi orang lain yang takde perikemanusiaan dan BANGANG (orang cerdik cam Gacy ni akan tanam 20 mayat mangsa BAWAH RUMAH ke?).

Orang yang ada penyakit ni, NAMPAK dan SEDAR apa yang watak tu tengah buat tapi dia tak dapat nak buat apa-apa sebab watak tu dah take over badan. Tu sebab Gacy selamber jer tunjukkan tempat watak jahat tu tanam bebudak yang dia kidnap atau Mohd Rashidi MENGAKU yang dia bunuh uwan dan atoknya. Tapi diorang ni tak dapat buat apa-apa. Dan bila kenyataan sebegini dibawa melalui polygraph, mereka betul-betul tak tipu. Orang yang tak ingat apa yang dah berlaku tu bukan skizo. Itu temporary madness namanya. Tapi sebab diorang dah terpengaruh nak jadi Gaban, maka takkan doktor nak kata dia Ultraman pulak, ye tak? Nak jaga hati, dia cakaplah kita ni Gaban kelas ketiga....Ni semua taktik...Kan semuanya; duit?

Tu sebab kita yang kat dalam blog ni menyarankan agar anda semua BERHATI-HATI dengan semua orang. Sebab semua orang berpotensi menjadi skizofrenik. Hah? Terkejut? Mari kita check:

1) Pernah tak anda menipu seseorang sedangkan anda sendiri tak tau kenapa anda berkata bohong kepadanya? Adakah anda TAK SEDAR ketika anda menipu itu?

2) Pernah tak anda bertindak fizikal terhadap sesuatu seperti kucing (ehhem), ahli keluarga atau diri sendiri dan anda TAK INGAT LANGSUNG pasalnya? Sedar-sedar dah mati atau dah berdarah jer pergelangan tangan anda. Adakah ingatan ketika perkara itu berlaku umpama imej gelap yang tak dapat anda nak recall?

3) Dah ada anak bini tapi masih menggatal mengurat dan untung-untung dapat beromen dengan orang lain. Tak mungkin anda tak sedar. Rugi woo kalau tak sedar...


4) Anda memang tak puas hati dengan seseorang dan bila ada chan nak bahan dia, anda kasi baek punya sampai orang tu rasa cam nak bunuh diri pulak. Adakah anda tak sedar dengan apa yang anda perkatakan? Anda sedar, cuma tak dapat kawal, jer kan?

atau;

5) Anda jadi setan di jalan raya setelah mamat tadi memotong kenderaan anda dan tunjuk fak kat muka anda masa dia lalu sebelah tadi.

Jika dalam keempat-empat kes di atas anda tak ingat apa-apa masa perkara berlaku, maka anda ada temporary madness. Baran. Orang mengamuk camni, lah.

Tapi orang skizo tak camni. Skizofrenik SEDAR apa yang dia buat dan dalam sesetengah kes, mereka SUKA dengan apa yang mereka sedang lakukan. Dan bukankah dalam keempat-empat kes, kita semua SEDAR apa yang kita lakukan? Tu sebab dalam agama, KITA (jasad dan roh) yang dihumban dalam neraka. Bukan setan yang menghasut. Bukan Gaban, ultraman, wolverine mahupun Ben10.


Takut? Wa dah lama takut sampai dah tak takut lagi dah. Dah macam lawak pun ada...


4 comments:

una berry said...

terasa psycho baca ni

Dark Half said...

memula aku cam faham tapi kat part yg last2 tu aku jadi konfius

ok, kalau kita contohnya buat keempat perkara yg kau maksudkan dengan TAK SEDAR, itu temporary madness. betul?

kalau dibuat perkara tersebut dengan SEDAR, itu schizophrenic? jadi kalau gila sbb schizophrenia, adakah bermakna perbuatan jahat yg dibuat dikira berdosa? sebab x dikira hilang akal. ke camne?

Irwan said...

bab dosa tak dosa, itu antara kita ngan tuhan dark...

tapi dari segi legal, (hehehe), dah boleh lepas dah kalau kita ngaku kita skizo. lagilagi memang ada surat diktor dan ambik prescribed psikotropik drug frequently...

hahaha..barubaru ni sorang lagi lepas dari dakwaan membunuh atas alasan ini..
hahahaha...


hahahahaha








hah hah hahah hahaha

Kejora malap said...

masa saya form 4,cikgu kimia saya marah sebab nama fb azwa schizo.diasuruh tukar.kecoh satu kelas bahan fb saya. bodoh punya classmates.lima tahun berlalu. fb saya tak boleh tukar nama. kena badi kot.