Wednesday, October 6, 2010

Hipnotisma ala payobosa ver 3.1

<<


...Pastu lamerrrrrrrrrr jari tu linger atas keyboard, memikirkan apa yang dipikirkan sebentar tadi. Puas menggoyang-goyangkan bijik mata ke kirikanan cuba mencari perkataan sesuai di celah niat niat yang subliminal. Lebih banyak menekan 'backspace' atau 'del' daripada menghasilkan sense dari non sense yang kita taip.

...Dan bila dah siap, baca berulangkali sampai tahap mengindoktrinasikan diri sebab lepas di postkan ajer kang, bersedialah nak menjawap soalan dari ahli fikir tahap tahi bintang. edit punya edit, lastlast idea gempak tadi hilang sengatnya. Nak dibiar dalam keadaan raw, takut mengundang RTM3. Ah, takper...aku tau bukan semua yang membaca ayat ini mengong belaka...

...Jangan lupa diBLOGWALK-kan benda baik, agar ada yang menganga jadi tertarik. pekejadahnya prodak yang revolusionary. Kalau ia hanya tersimpan di atas almari.

Tapi camana aku nak BLOGWALK kalau takde chatbox?
Ohhhhh...Kau nak suruh aku komennn? Nak komen aku? Ni komen aku...

Baca sambungannya di blog aku yang satu lagi>>>

RTM3 follower aku?


Mula-mula aku cerita pasal schizophrenic (zine aku). Aku promokan ketibaan blog ini dengan mengaburi mata pembaca melalui isu penyakit schizophrenia. Tak lama lepas tu, RTM3 lapor ada 300 ribu rakyat Malaysia yang mengidap skizofrenia.

Aku layan balik dengan artikel pasal apa itu skizo. Minggu ni, diorang siap buat 2 episode report dalam Buletin Utama pasal split personality (kecelaruan personaliti). Siap cakap ada 3juta orang Malaysia yang disahkan ada penyakit split personality. Sama ada aku paranoid atau perasan, namun yang pasti; schizophrenia sudah sampai di Malaysia.

Semua orang tension. Semua orang nak cepat. Orang yang jalan slow dan menikmati alam sekitar ialah orang tua dan orang yang dah pencen. Yang lain, selagi ada kuderat, kita hayun untuk dapatkan duit. Duit-duit-duit. Gaya hidup era kapitalisme tanpa sempadan. Manusia hidup dalam satu perlumbaan di mana yang di kejar bukanlah kemenangan. Yang dikejar ialah populariti yang tahapajadahnya. Bukannya boleh kenyang pun.

Tapi schizophrenia di Malaysia bukanlah naik pasal benda tu ajer. Ia bukanlah seperti schizophrenia yang kita paham melalui kajian ilmiah doktor-doktor luar negara. Diorang buat thesis berdasarkan  data bukan rakyat Malaysia. Orang Malaysia ni pelik sikit. Dia macam gabungan orang Singapore dan Filipina. Nafsu cam orang Thailand. Dan masing-masing, berhidung pesek dan berambut keriting macam orang Indonesia. Jadi, skizo Malaysia kena tengok dari sudut Malaysia. Kenapa info ini penting sekarang?

Sebab kadar jenayah kat Malaysia semakin membimbangkan. Kerana desakan kewangan di Malaysia telah menghasilkan penjenayah nekad dan profesional. Malah ada yang dah tahap serial killer. Ibu-ibu pun dah jadi pembunuh. Dan semua ini ada kaitan dengan ilmu berkenaan schizophrenia. Tak paham? Bagus...


Teruskan mengikuti blog ini...Hahaha