Saturday, September 18, 2010

Schizophrenia dan aku

Satu masa dulu, masa aku jual zine dengan nama Schizophrenic kat satu gig tu, aku diketawakan sebab nama zine aku susah nak sebut atau dieja. Tu yang aku pendekkan jadi AKUSKIZO jer tu kat blog ni. Schizophrenia ialah sejenis penyakit mental. Sapa yang taktau. Kalau dalam issue#1 15 tahun dulu aku kata model skizo Malaysia ialah Mona Fendi, aku nak update blog aku dengan menukar nama itu dengan nama Rashidi. Simbolik sungguh. Beliau ialah mamat dari Gemas yang telah membunuh 4 orang ahli keluarganya pada satu malam atas arahan 'suara ghaib'. Dia ngaku laktu. Last time Mona Fandi ikut suara ghaib, dia mati.Tapi Rashidi lepas. Siap senyum lagi. Memang klasik. John Wayne Gacy pun kalah...
Mana Fendi?
Kau boleh selidik apa sebenarnya schizophrenic ni, tapi kat sini, aku nak bagitau kau orang schizophrenic dari segi Malaysia.

Schizophrenia ialah nama keadaan mental di mana alter ego kita mengambil alih badan kita. Alter ego itu lahir disebabkan oleh trauma, paranoia atau memang orang tu gila. Orang yang disahkan menghidap penyakit ni digelar secara pendek sebagai schizophrenic. Mereka tak dipanggil gila sebab mereka OK pada kebanyakan masa. Tambahan pula, golongan schizophrenic biasanya terdiri dari jenis yang baik dan berguna kepada masyarakat. Dan mereka punyai bakat kepemimpinan. Dan mereka hanya akan menggila bila dalam keadaan yang tertentu saja. Ada yang berada dalam keadaan schizo untuk sementara waktu. Ada yang berkala. Ada juga yang dah sampai tahap dah tak tahu apa yang real dengan yang halusinasi. Tapi kebanyakannya akan terskizo bila terdesak. Desakan yang paling popular di Malaysia kebelakangan ini ialah masalah kewangan, keagamaan dan sex. Maka pada masa tekanan itu memuncak, si pesakit akan berhalusinasi dengan mendengar atau melihat sesuatu yang tiada, atau terus berubah menjadi personaliti yang berbeza. Semua ini dari sudut psikologinya hanyalah sekadar reaksi refleks mekanisme pertahanan emosi si pesakit terhadap stimuli yang diberi.
Hero Skizo Terbaru: Rashidi

Kita kembali ke realiti. Dari pandangan skeptik, schizoprenic adalah golongan pemalas. Mereka dilihat sebagai golongan manusia yang tak tahu berkomunikasi dengan manusia lain, lantas melarikan diri ke dalam dunia mereka sendiri sebab nak elakkan emosi mereka atau orang yang mereka hubungi itu disakiti. Skeptik memandang schizophrenic tak lebih dari seorang penipu yang berlakon di dalam sebuah 'teater kebetulan' yang menakjubkan. Sebuah terma klinikal yang diwujudkan satu ketika dulu kerana nak melepaskan seseorang dari hukuman bunuh. Orang skizo dikatakan telah dikuasai oleh angan-angan mereka sendiri dan tidak dapat mengawal diri mereka dalam angan-angan tersebut, lantas secara tidak sengaja melakukan kesalahan jenayah. Seperti dadah atau mencuri, kegiatan kali pertama itu cemerlang dan terngiang-ngiang di kepala. Selepas yang pertama, kesedaran keagamaan atau lojik kemanusiaan akan mengambil alih dan mereka dorman untuk seketika. Sehinggalah timbul keinginan mahu melakukannya kembali. Dan setelah kali kedua dan ketiga juga cemerlang, kehidupan kedua ini semakin mengambil sebahagian besar dari masa dalam kehidupan seseorang. Lama-kelamaan, ia menjadi habit dan merubah perwatakan seseorang. Oleh kerana habit itu adalah sesuatu yang dirahsiakan selama ini dan ia diikuti memang atas sebab nafsu (ketagihan), seseorang akan cuba mencari hujah untuk menghalalkan perbuatan yang telah mereka lakukan atas alasan emosi seperti kesepian, tekanan, ketakutan atau trauma. Dan alasan sebegini memang popular di kalangan peguam bela. Doktor-doktor pun dah ramai yang nampak potensi akan kepakaran dalam bidang ini di Malaysia. Dah ramai yang menjadi PAKAR SKIZO atau SKIZO itu sendiri.
Hero Skizo pertama
Tambahan dengan tekanan gaya hidup dan desakan kewangan, semakin ramai orang yang berada dalam keadaan terdesak di Malaysia. Kadar jenayah dikatakan semakin menurun, tapi keganasan jenayah yang kadang-kadang berlaku tu semakin merunsingkan. Nilai nyawa dan jasad manusia hanyalah sekadar statistik. Siapa yang lemah dan tercedera, dibunuh dan ditanam. Hanya yang berdaya saing dan membantu dalam mencapai matlamat saja dibiarkan hidup sehingga kerjanya selesai. Bila dah selesai, kita selesaikan dia agar share dia pun kita dapat.

Kenapa kita menimbulkan isu ini sekarang? Aku malas nak cerita habis dalam artikel kalini. Cukuplah aku katakan: Ia telah disiratkan di perenggan pertama dengan code name: Rashidi.


Simbolik terlepasnya Rashidi dari hukuman bunuh ialah simbolik LAKUnya alasan schizophrenia dalam sistem kehakiman Malaysia, sebagai tiket untuk melepaskan diri dari hukuman setelah membunuh. Betapa hakim dan juri dah terpengaruh dengan movie dan cara pemikiran barat. Jika orang boleh membunuh dan lepas sebab skizo, maka orang patut boleh membunuh sebab mengantuk, lapar, jeles, perkauman atau apa saja yang menampakkan kenaikan tahap degupan jantung dan tekanan darah.

Simboliknya kisah hakim menolak pengakuan Rashidi membunuh semasa kali pertama Rashidi naik ke kandang adalah simbolik mudahnya skrip di mahkamah nantik. Watak mudah ialah watak menyesal. Kononnya tadi kita dah jadi HULK, maka kita hilang kawalan ke atas diri kita. Kita baik sebenarnya. Kalau nak hukum, hukumlah mamat yang satu lagi yang kat dalam ni yang tengah ketawa ni. Bila hakim dengar kita cakap macam ni dalam kandang, makin senanglah laluan kita sebab kita tak fit untuk dibicara. Kita lepak jer tengok drama dan luahan rasa pihak mangsa. Maka para peguam bela dah ada satu kajian kes yang boleh diguna sebagai rujukan untuk meningkatkan kebarangkalian untuk memenangi kes kat Malaysia. Kita kena ambik tahu nama hakim, peguam bela dan pendakwaraya yang terlibat dalam perbicaraan ini, manalah tau kotkot berguna nantik...

Simbolik penerimaan schizophrenia sebagai alasan membunuh ialah simbolik penerimaan fenomena halusinasi yang sebelum ini diragui kewujudannya. Ini bermakna orang PERCAYA bahawa Rashidi BETULBETUL NAMPAK tulisan atau DENGAR SUARA yang mengarahkan dia membunuh keluarganya. Zaman sekarang, seorang anak Malaysia hanya perlukan motif RM20 untuk membunuh sesiapa saja bahkan ibubapanya. Takyah nak susahsusah special effect macam dalam kes Rashidi. Maka lepas ni tak hairanlah jika seorang pemandu lori ternampak tulisan di awan yang mengarahkannya melanggar lampu merah dan memandu dalam keadaan mabuk semasa di jalan raya.

Simbolik terselamatnya Rashidi dari hukuman MEMBUNUH KELUARGAnya ialah simbolik penerimaan sistem kehakiman negara terhadap tahap keganasan dalam jenayah pesakit mental di Malaysia. Bunuh ialah jenayah paling berat dan membunuh ahli keluarga dan orang tua itu tahap terkutuk.

Simbolik NAMA RASHIDI pun memberi code kepada semua kawan-kawan di luar sana: Inilah JALAN nya.


Jadi mesejnya di sini ialah kepada semua rakyat Malaysia: Awas! Schizophrenia sudah sampai di Malaysia.

50 comments:

.:Farah Liyana:. said...

info sgt berguna. like this :)

abid_PM said...

alahai skizo!

Mashe said...

takot tgok muka mona fendi~ huuhu

Hairil Rizal said...

Sememangnya Schizo sudah semakin byk mendarat akibat semakin kurangnya akal dipandu Al-Quran dan Hadis...

Danial Jaafar 🇲🇾 said...

saya ada buat post pasal mental illness. mungkin kurang berkait dengan entry ini tapi ada menyentuh juga pasal penyakit2 ni.

± said...

schizo cam psycho killers kat atas ni, x taulah samada btol2 menghidap schizophrenia ke tak. tapi pengalaman aku yg penah berborak dgn sorg kwn yg ada sakit ni,kalau dia ok,mmg nampak normal je.tapi bila sakit sudah dtg, aku pun naik seram.siap jiran sebelah rumah pun dibantainya ejen CIA.kdg tu best gak layan time dia xleh tdo malam,siap bleh buat artwork lg.aku simpan 1 botol yg mengandungi pebbles dan potongan kertas warna-warni.katanya nak kasi kat gillian anderson.takpe, esok aku tolong poskan. dia senyum je smbil hulur kat aku botol tu..hehe..skrg dia masih under medication tapi still bleh keje kat lab sebagai ketua biochemist...dia btol2 mengingatkan aku pada watak Walter Bishop dlm siri tv kegemaran aku skrg, Fringe

Sizzling Suzai said...

salam..

huuuuuuuuuuu..NICE ENTRY here!!
bru sy nk tanyer pe lah maksud sbenanyer schizo ni nk sebut pon susah..huh camne ek kt nk tau sbnanyer die mmg ade mslh schizo ni ke x ek coz klu x bese2 die normal je kn..

sal yg rashidi tuh..ntahlah kn mak die sendri yg kate maafkn ank die tuh kn..cam gugur case camtu ek..tu yg die lepas tu huh!
susah tol ble hehe iman sendiri yg xkuat ek..

**hanye mahu berkongsi disini..hehe

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

info yg terbaik lah...

Irwan said...

semua orang skizo bila kena keadaan dan waktunya...tak caya: ni aku sebut satu password:


"sampai bila nak duduk dalam dunia riba? selagi duduk dalam dunia riba, doa kita takkan diterima. solatlah tunggang terbalik camner pun, doa lah nangis meraung-raung pun. Jika riba dah ada dalam daging...api neraka dan api penyesalan ajer ubatnya..."

skizo tak? tu ayat lembut tu..kalau nak password lagi keras...

"masa mak bapak kau buat kau dulu, diorang tak baca doa. Tu pasal kau cam sialllll"


Amacam? skizo?


Ada banyak lagi...tapi sebab korang semua poket tengah penuh, ada tempat tido dan perut kenyang, kuranglah effect pass word2 tadi tu..

Jangan marah..contoh ajer...

TheBentPencil said...

Seolah-olah kau kata orang skizo tak patut terlepas hukuman.
tahukah skizo itu sejenis mental illness. mental illness adalah penyakit.
mala dalam islam pun penyakit gila tidak diwajibkan puasa dan solat. padahal tu tiang agama. tahu kenapa? sebab tidak ada kewajipan untuk orang yang tidak tahu baik dan buruk. mereka bukan lagi manusia.

salah siapa sekarang?

salah sentimen orang kita.
sebab menganggap benda ini bukan penyakit besar dan tak dapatkan rawatan.
ada baru-baru ni kes skizo bunuh orang. rupa2nya die dah berhenti dibekalkan medication. alsananya sebab dia nampak elok.
ye la elok sebab medication dia guna!
lepas takde medication terus bunuh anak sendiri.

adui...
orang kita lagi satu. skizo tak mau bawak pergi psikiaatri. malu katanya. guna bomoh je la.

Irwan said...

komen yang ditunggu-tunggu! Yes!

thanks poyo me...bagi aku pikir dulu apa aku nak jawab sebab kredit aku kat CC ni nak abis (punyalah baekkk alasan)

Muhammad said...

tapi tak sume orang yang mengaku schizophrenic tu telepas dari hukuman... criminal yang ngaku schizophrenic akan jalani screening utk tengok dia betul schizophrenic atau tak.. sebab dalam istilah forensic medicine ada sebut "feigned insanity" dimana criminal berlakon jadi gila.. byk differences dia, dan screening tu kena buat dalam masa yang lama utk dapat result yang betul... wallahualam.. just my 2 cents

Nekmo said...

pengalaman aku borak dgn mak angkat..
anak dia bila time skizo dulu..mmg tak leh blah...
ada halusinasi yg suh dia buat bukan2..
bro byngkanlah... isap rokok berkotak2 sehari...
dia tau benda tu tak elok..tapi still buat sebab pengaruh halusinasi..
suka aku nak kongsi kat cni..hahaha..
cewah..erm..ada ketika tu..
dia pukul mak dia..tak sedar diri..
bila dia dah sedar..
dia mnx maaf..sbb bukan niat dia nak pukul..
pernah dlm kelas discuss pasal topik kes kat mahkamah...
kalau dorunk pura2 jd skizo mcm mana??
agak2 terlepas tak?tu yang pelik..
kalau org tu mahir la psal skizo..
maksud sy.. tau skizo tu..
cene keadaannye pe sume..
tak mustahil dia boleh bertindak jd skizo...kan?
erm..tp..skizo ni bahaya gak..
kadang2..kita xleh trima dek akal pasal skizo ni..
pastu..klu tak makan ubt..mmg bleh jadi ar...
(baca DSM IV)

Nekmo said...

sori la ek klu tersalah pape..huhu

Irwan said...

sebagai seorang nenek, kau memang skizo..huhu...tapi apa yang kau komenkan itulah persoalan yang sama bermain di kepala aku. Aku boleh fake keskizoan aku..begitu juga dengan si peguam atau semua pembunuh yang berIQ tinggi..hehehe

± said...

sebagai seorang pembaca yg membaca komen nenek moden,aku kagum kerana seorang yg masih muda seperti nenek boleh menggunakan nick nenek sedangkan di zaman teknologi serba skizo sekarang sume org tak nak jadi nenek,yg btol2 nenek pun sibuk cocok sana sini sbb tak nak dipanggil nenek.tahniah nenek moden.anda memang pandai memanipulasikan otak saya.

bese la isap rokok berkotak-kotak tu,nenek. baru banyak idea best masyukk tentang cara2 nak membunuh mangsa dan menutup kesan dari dihidu pihak polis

Irwan said...

hahaha...alasan menskizokan diri untuk menghalalkan isap rokok lah alasan keskizoan paling gempak aku pernah dengar...kahkahkah

Jo Qusary said...

skid-zo-free-nia... :)

ada garisan perbezaan nipis di antara skizophrenia, schizoid, bipolar disorder dgn psychopathic.

Irwan said...

yup, Jo. That is true. But all the above are just medical terms to explain the works of the setans

Anonymous said...

arghh....gimme a break...memula nmpak mcm sempoi dan best...skali last2...setan??

aku penah masuk dlm ward "Forensic psychiatry" kat Tanjung Rambutan...kenapa? sbb time aku student,dan skrg kerja sbg Pembantu Perubatan...

kat dlm tuh ada bnyak kamera kat setiap tiang yg ada...diorg akan ushar ko wat apa2 pon..berak,makan,kencing,main jubor hatta sekadar capmelan je pon...

kat situ pakar psikiatris akan ushar behaviour korg kaw2 punya utk pastikan korg x fake kan insanity tuh...berapa lama boleh berlakon? ssah...serius...

Irwan said...

Beb, lu tengok orang kat luar sana: kat depan Pavi, kat depan Cm dan kat depan pintu komuter masa pintu tu terbukak dan semua orang berpusu-pusu masuk....Ada nampak cam normal ke diorang ni?

Nak berlakon depan kamera tu susah? kekeke... Tak susah sebenarnya bila kau dah ada mindset yang betul.

How do u think alot of people got away with murder (bukan Malaysia laaa)

Anonymous said...

Salam, tuan umah..aku salah sorang penghidap Skizo. Tapi takde sampai nak membunuh orang pulak. Jangan labelkan semua penghidap Skizo ni suke nak bunuh membunuh. Skizo ada peringkat dan jenisnya. Memang ia, ada perangai yang pelik sket waktu Skizo mula amek alih empunya badan. Sebagai contoh siapa yang pernah tengok cite Beautiful Mind lakonan Russel Crowe, ade part die suka kumpul kertas suratkhabar, potong artikel magazine utk pecahkan kod yang kononnya setiap tulisan di paper, magazine, ticket, dan sebagainya mengandungi kod rahsia yang harus dipecahkan. Ia, memang itu berlaku pada aku, waktu belajar disebuah institusi memang ade collect setiap tulisan/sticker/paper/buku utk dipecahkan kod...tapi tahukah anda bahawa, penyakit Skizo juga ade kaitan dengan alam ghaib. Mereka yang mengalami nya sahaja ada pengalaman masing2 tersendiri. Tak semua penyakit dapat diubat dengan kajian scientific/dan perubatan moden. Dan kesan dari Skizo juga..aku dapat super power baru..hehehe.

18.5.26.1

Irwan said...

Kahkahkah, Anon. Oleh kerana lu ada super power, gua tak ambik port sangat dengan komen lu. Kah Kah Kah.

Tapi betul jugak cakap lu, perasaan nak membunuh pada seorang skizo tu adalah ikut level keskizoannya. Kalau dia tak membunuh, eloklah. Sila main blok berwarna dan kad nama di bilik, ye. Artikel ni cakap pasal orang yang tak tau pun dia skizo, tapi di trigger keskizoannya dek keadaan hidup moden yang stress dan mencabar.

Ahh..malas gua nak explain. BTW, apa super power lu? Gua boleh isap rokok dua batang serentak....LOL

Anonymous said...

Errr, sampai sekarang gua tak pasti ape super power gua bwahahaha. Tunggu keadaan mencemaskan trigger wa punye super power mungkin kuar dalam keadaan memerlukan sahaja bwahaha. Anyway tq tuan rumah sebab reply post wa. Err bro isap Suria ke? Kalau ye bak mai sebatang..boleh?hehehe

18.5.26.1

Unknown said...

kadang2 kita sendiri pon x sedar sebenanye kite dalam situasi schizo..schizo ni kan ade bnyak jenis..antarenye paranoid,hebepherenic..

btw..nice entry =)

Irwan said...

Dear Nizatus,
Betul. Kesukaran dalam merawat penyakit mental dan depresi ialah denial. Kat Asia pulak, ia lebih kepada mistik dimana suara yang mereka dengar itu dikaitkan dengan syaitan..

Hmmmm

Anonymous said...

Saya schizophrenic.
Saya ada appointment psychiatrist 5 bulan sekali.
Awak ni psychiatrist ke?
Saya rasa awak tak cukup qualification untuk tulis apa yang awak tulis.
Kelayakan awak yang tak cukup tu membuatkan awak terlalu prejudis terhadap schizophrenic macam saya.
Tiada kena mengena dengan alter ego.
Chemical imbalance in the brain.
Dopamine level too high.
Pergi belajar dulu sebelum tulis...budak hingusan.

Anonymous said...

saya adalah pesakit skizofrenia...ingin mencari kawan berbual....alamat facebook ...Pesakit Skizofrenia.....

Fathul fikrie said...

Setuju

Fathul fikrie said...

Sabar...
Setakat hanya ini mampu kita bersuara....
Usaha kita sihat dan sejahtera...

Fathul fikrie said...

Setuju

im cik mya said...

salam admin...hai nice inform tentang skizofrenia ni..sbb sy sedang mencari punca dan rawatan yang sesuai untuk level skizofrenia.. rawatan secara terapi...means like therapy landscape...and korang rasa therapy landscape dapat ke membantu dalam pyemburan kesihatan pesakit skizofrenia...
saya dah buat lawatan ke hospital permai joho baharu...

im cik mya said...

salam admin...hai nice inform tentang skizofrenia ni..sbb sy sedang mencari punca dan rawatan yang sesuai untuk level skizofrenia.. rawatan secara terapi...means like therapy landscape...and korang rasa therapy landscape dapat ke membantu dalam pyemburan kesihatan pesakit skizofrenia...
saya dah buat lawatan ke hospital permai joho baharu...

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Hai, saya seorang pelajar master di upm. saya sebenanya xtaw apa yang sy alami tapi saya memang rasa ada sst yang pelik dalam otak saya. ianya terlalu sarat dengan banyak perkara. nak ke hospital memang sy taw saya xakan dilayan, kerana bagi mrk saya sgt sempurna. percakapan saya seorang yg sangat bijak(bagi mrk).pernah sepuluh tahun yang lepas saya jumpa kaunselor utk tahu apa yang xkena dgn diri sya. tapi last2 saya ditinggalkan sendirian hampir setengah jam. mungkin kerana dia tak nak layan keana dia kata saya ok. 12 tahun blalu//dan hampir5 tahun sy hidup dengan seorang penagih yang panas baran dan banyak lagi kisah2 yang dilalui..hingga akhirnya saya mengalami masalah sukar tidur dan jika tidur tidur yang mlampau. selalu berulang ke klinik swasta dan akhirnya Dr tersebut sahkan saya mungkin ada skizofrenia..saya mula google(saat ini) dan terasa takut bila baca artkel ini adakah pgidap penyakit ini bgitu bahaya untuk masyarat?
tapi setakat ini saya xpernah cederakan sesiapa tmasuk binatang..cuma saya xboleh kawal 'cerita2' dan 'pelbagai suara' dalam kepala saya yang selalu mghalang sy dr menumpukan kehidupan saya..
jika ada yang disahkan sbg skizoferinia harap boleh bkongsi kisah dgn saya..fb saya kencana dewi (nama yang diberikan oleh seorang perawat islam, kerana saya dapat bhub dgn makhlus halus dan banyak kali dapat membantu merawat pesakit mrk)
~mungkin ada kemungkinan kecacatan di bahagian otak, diberikan klebihan bhub dgn makhluk halus~siapa tahu (pasti org yang normal akan gelak akan hal ini~
semoga sy akan mjumpai kelbihan disebalik pyakit ini...sedikit down kerana di usia 33 tahun br tahu masalah selama ini.

Unknown said...

Saya adalah seorang perawat islam. Selain merawat gangguan jin, sihir, saka dll, saya juga merawat sakit mental termasuk skizo dengan ayat2 quran. Jika perlukan khidmat saya boleh wattsapp 0123779564

Anonymous said...

Sy selaku seorg penghidap skizofernia. Ada beberapa perkara yg sy tak setuju dgn tulisan encik. Sy sendiri rasa terseksa dgn suara suara halus yg sy dengar dan jgn kecam golongan kami. Bukan smua penghidap skizo akn bertindak ganas membunuh org. Ade yg tak ikut pun arahan suara tu.

Anonymous said...

Skizophenia beza tak schizophrenia ?

Anonymous said...

masih cuba nk faham ttg sakit ni...sbb br tau abg kpd kwn sy mhidap sakit ni...

Unknown said...

Bagi orang ateis kewujudan Tuhan itu satu kekarutan. Tapi ada yang percaya hantu tu ada tapi Tuhan tidak. Dan ada yang percaya Allah yang orang islam sembah itu sebenarnya adalah ketua segala hantu hantu dan bukan nya iblis lusifer tu. Lusifer tu pangkat rendah dari Allah. Tapi Allah tu masih sejenis hantu juga cuma dia ketua no 1.
Yang paling real bagi ateis adalah manusia atau sesuatu yang lain yang belum di ketahui.
Apa kaitan ateis dengan skizo pulak. Tentulah ada. Cuba bayangkan seseorang yang tak percaya kewejudan Tuhan kebetulan mengidap skizo. Bagaimana agaknya pandangan mereka terhadap penyakit ini.
Sebaliknya apa pula pandangan seseorang yang percaya Tuhan itu memang wujud.

IezulAlFurqan said...

Aku pun tak tahu sama ada aku nie skizofrenia atau tak tetapi zaman remaja aku merasakan ya. Mendengar bisikan itu dah biasa. Kadang macam nak ikut kadang tak. Tapi, ya lah kadang ikut jugak dan sedar rasa menyesal. Ntahlah. Biar apapun yang berlaku skizofrenia bukan gila tetapi penderitaan yang tak tertanggung.

KucingKamiKurus said...

Artikel ni cerita pasal skizo yang dah teruk sangat.

Mana ada semua orang skizo bahaya macam mona fendi.. tak lah!! Ekstrem sangat artikel ni. Tak baik tau sebar prejudis macam ni. Boleh jadi fitnah.

Sepatutnya kita tolong orang2 schizo. Yang macam mona fendi tu kes lain la. Orang schizo lain, manusia macam kita jugak. Cuma diorang sakit. Macam penyakit kronik.

Cuba kita bayangkan, kalo orang tu sakit kanser, kita kesian kan? Mental illness pun macam tu jugak.

KucingKamiKurus said...

Artikel ni cerita pasal skizo yang dah teruk sangat.

Mana ada semua orang skizo bahaya macam mona fendi.. tak lah!! Ekstrem sangat artikel ni. Tak baik tau sebar prejudis macam ni. Boleh jadi fitnah.

Sepatutnya kita tolong orang2 schizo. Yang macam mona fendi tu kes lain la. Orang schizo lain, manusia macam kita jugak. Cuma diorang sakit. Macam penyakit kronik.

Cuba kita bayangkan, kalo orang tu sakit kanser, kita kesian kan? Mental illness pun macam tu jugak.

Unknown said...

Saya sbg keluarga pesakit schizo merasa terhina dgn post macam ni. Tujuan saya mencari info ttg schizo di Malaysia. Tp dpt info sampah dr org yg berlakon schizo, yg tak hbs study info basic ttg schizo tp nk blog ttg schizo. Yg saya nampak tujuan awak cuma satu, untuk menakutkan khalayak yg membaca blog sampah awak ni terhadap pesakit2 schizopherenia. Tolong kira dosa2 yg awak terima drpd post sebegini. Allah maha melihat & only HE knows your intention of publishing junk info as this

Unknown said...

Saya sbg keluarga pesakit schizo merasa terhina dgn post macam ni. Tujuan saya mencari info ttg schizo di Malaysia. Tp dpt info sampah dr org yg berlakon schizo, yg tak hbs study info basic ttg schizo tp nk blog ttg schizo. Yg saya nampak tujuan awak cuma satu, untuk menakutkan khalayak yg membaca blog sampah awak ni terhadap pesakit2 schizopherenia. Tolong kira dosa2 yg awak terima drpd post sebegini. Allah maha melihat & only HE knows your intention of publishing junk info as this

Anonymous said...

saya setuju dgn komen bittersweet.....saya juga ada mental disorder tapi bukan schizo....apa yg saya nak katakan kat sini ialah....di malaysia ni, tahap pemikiran masyarakat kita terhadap penderita mental illness tak ubah spt yahudi melayan palestin....stigma masyarakat terhadap penyakit mental mmg kuat, berbanding negara2 barat....mental disorder ni seakan taboo dlm masyarakat kita....diskriminasi di mana2..... bukan pesakit schizo shj, malah pesakit bipolar, pesakit OCD, dan pesakit mental jenis lain juga alami diskriminasi atau jadi bahan lawak.....

Unknown said...

Aku setuju ngan hg... ahakakahakahkah!!!😂😂😂😂

Unknown said...

Bro plz whaaps aku klau x keberatan..0197995419

Anonymous said...

Bro whatsapp me too, kalau tak keberatan 016 922 3414. Super power? Brahh i think i got too

Anonymous said...

Aku juga salah seorang yang pernah menjalani rawatan penyakit Skizo ni. Terus terang aku cakap, sejak kecil aku x bersikap normal macam kanak-kanak lain. Aku sedar semua tu bila aku dah dewasa. Masa umur aku 9 atau 10 tahun aku x berapa ingat, tapi aku pernah kejar orang guna Parang, pernah humban Parang dekat Pembantu Rumah kami, Pernah tolak orang masuk dalam perigi, suka masuk hutan sendiri2, suka sakitkan orang lain. Lepas umur 12 plak, aku pernah toreh tangan orang guna pisau, tumbuk cermin asrama tanpa sebab, tolak orang sampai terheret kat jalan raya, sepak gelas sampai kena kepala budak tu, mmg dia target aku, pernah curah air kat orang, bakar kaki orang, baju orang, tuang air sumbat dalam telinga org, mcm2 lagi lah. Mase buat bnda tu aku x sedar. 2,3 hari baru aku sedar pas orang citer kat aku. Tapi aku boleh duk hostel n bersekolah mcm biasa. Untuk pengetahuan, aku anak bongsu drpd 8 org adik bradik, 6 laki 2 pompuan. Mak meninggal 2 hari lepas aku lahir, so mak sedare aku yg jage aku sejak kecil dan aku panggil mak sampai sekarang. Hanya aku dan abg sulung aku yg tggal dgn mak sedare aku. Anak2 mak sedare aku ni ade yg ganas orangnya. Aku slalu kena marah, kena pukul kat kepala klu aku buat silap sikit. Abang sulung aku last tinggal dgn kitorang masa aku umur 3,4 tahun, pas tu menghilang. Dekat 10 tahun gak baru jmpe balik. Ayah dan Adik bradik yg lain aku jmpe prtama kali mase umur aku 18 tahun. Masa tu hdup tambah teruk, aku mcm x bole trime hidup aku mcm tu, dgn memori yg aku slalu kena pukul dgn anak mak sedare aku, kazen aku la, dieorang slalu cakap dan anggap yg aku ni hnye mnyusahkan emak diorang aje. Sejak dari itu aku slalu berfikir, mmg btul ape yg dia ckp tu.

Tapi.. Aku dah xde tmpt nak menumpang kasih. Mak sedare aku yg aku anggap emak sendiri jelah yg faham aku. Aku segan dgn adik bradik kndung aku melainkan abg sulung aku yg dari kecil tggal dgn aku. Aku rasa dunia aku sempit. Sampailah satu tahap aku dah x balik umah, tidur kat bangunan2 kosong, suka sendiri2, x suka tengok org happy dgn family diorang, mcm2 lagi la.. Satu hari tu, mak aku cari aku, dia cari aku, jumpa aku kat bangunan kosong dia peluk aku, dia nangis. Dia cakap 'Kenapa kau jadi macam ni? Mak faham apa yang kau lalui, mak minta maaf sebab tak dapat bagi yang terbaik untuk kau, sampai bila pun, kau anak mak dunia akhirat, jangan pedulikan ape yang abang (kazen aku, anak dia) cakap, mari kita balik' Kat situ aku hanya ikut je mak balik, aku x fikir apa pun. Keadaan pulih lepas mak bawa aku buat rawatan hospital. ������

Thanks mak, emak pun emak saya dunia akhirat. Selang brape tahun kemudian, aku x tinggal dgn mak, abg ipar aku suruh aku duk umah kmpung lepas dia bincang dgn mak aku tadi. Sampai 1 masa aku hanya buat satu kesilapan kecil, dia buat balik benda tu. Dia cakap balik ape yang pernah dia cakap dulu.

Bukan itu saje, makian dan cacian tak lepas dari mulut dia, bukan sekali, tapi berkali-kali. Hidup aku kembali seperti dulu. Nak melawan pon masih terkenang nasib yang aku bukanlah siapa2 di mata mereka. Kerana aku sendiri dah tak tahan dengan tekanan hidup aku masa tu, dengan masalah aku dan perangai dia yg macam tu, aku ambil keputusan untuk jalani rawatan pemulihan, tujuan supaya aku boleh dapat cari jalan hidup aku sendiri tanpa menyusahkan mereka. 4 bulan aku jalani rawatan pemulihan mental, akhirnya aku dapat terima slow2 takdir hidup aku. Aku dapat solat 5 waktu, rajin baca al-quran, belajar cara elak stress, dapat mencari jalan kekuatan dan macam2 lagi lah. Alhamdulillah, sekarang aku dah boleh berjauhan dari mereka. Aku dah boleh jalani hidup normal walaupun trauma tu masih ade. Aku takkan pernah lupa pada mak, tiap2 minggu aku akan call mak tanya khabar, ubat dah makan ke belum, sihat ke tak dan setiap kali aku hubungi mak, setiap kali itulah dia akan menangis terkenangkan hidup aku sebelum ni dan terkenangkan diri aku yang dah menetap jauh beribu batu dari mak.

Terima Kasih Mak, Mak Tetap Mak Saya Dunia Akhirat..
Saya Tetap Anak Mak Dunia Akhirat..

Tubuhsatu said...

Assalamualaikum. saya mencari perawat yang boleh membuang sihir berpenjaga/sihir wali dibadan pesakit. Pesakit dikunci satubadan, menyebabkan pesakit diserang tidak mengira masa. Jika tuan dan puan tahu di mana tempat rawatan yang berkesan tolong mesej nombor telefon tempat rawatan kepada saya.
Jalan Lemal.kelantan
Semoga Allah membalas kebaikkan tuan puan dengan kebaikkan yang banyak.Amin.
email : tubuhsatu@gmail.com