Monday, September 20, 2010

300 ribu rakyat Malaysia adalah skizofrenik?

Hari Sabtu aku buat post yang kat bawah. Semalam dalam RTM3 bagitau satu berita yang 300ribu orang Malaysia adalah skizo. Aku tak pedulik samada nombor itu tepat atau extravaganza, atau info ini benar atau fantasi. Sebab dalam isu skizofrenia, TAKDE UJIAN KHAS yang boleh menentukan sama ada seseorang itu POSITIF skizo atau tidak. Tak macam pregnancy test atau urine test. Pada aku, SEMUA ORANG mempunyai potensi untuk SKIZO. Dan apabila 'password' itu telah disebut di depan seseorang, orang itu akan SKIZO, umpama keluarnya peluru dari pistol, setelah picu ditarik. Tak caya? Sila teruskan membaca...

Satu hari member kau tengah marah giler dengan kau. Adalah something yang kau dah buat. Dan keadaan menunjukkan bahawa kau kena beralah dalam hal ini demi menjaga survival masa depan kau. Pertembungan memang tak dapat dielakkan sebab korang tinggal serumah lalu kau dan member kau sedang berada dalam satu konfrontasi. Dalam hal ini, kau yang bersalah dan tahu bahawa kau kena mengalah, pada mulanya rilek jer dengan teguran member kau tu. Tapi member kau yang tak puas hati dengan sekadar 'aku mintak maaf' sebab dia pun manusia biasa, seolah-olah cuba menaikkan darah kau dengan 'ayat-ayat panas'nya. Dan bila irama ayat-ayat member kau tu berubah hawa, otak separa sedar kau mengaktifkan mekanisme pertahanan. Otak lojik kau masih mengawal lagi keadaan emosi kau sebab kau tau, plan kau ialah melepasi situasi ini, dan memujuk member kau kembali bila dia dah cool down, supaya survival kau terjamin (obejktif kau). Tapi tibatiba mamat tu main makbapak pulak. Masa ni, otak lojik kau pun jadi sewel sebab isu makbapak adalah isu yang kau label sebagai taboo dalam kepala hotak kau. Kau tetap cuba mengontrol aliran darah kau dengan memberi warning kepada member kau agar jangan libatkan makbapak. Tapi dia makin khayal pulak memburukkan makbapak kau sebab melahirkan kau. Ada kemungkinannya kau akan terSKIZO jika member kau itu terus mencurahkan api ke petrol.


Atau kau tengah layan radio dalam keta semasa kau dalam satu kesesakan lalulintas masa kau nak pergi kerja. Dan kau tengah beratur menunggu giliran kau untuk melepasi lampu trafik kat depan tu yang 'merahnya 3jam, hijaunya 4saat'. Otak lojik kau masih dapat mengawal keadaan walaupun dah duatiga kali terlepas lampu hijau sebab makcikpakcik kat depan tu lambat masuk gear satu. Dan walaupun kau dah melepasi lampu tersebut, kau tetap tersekat 200meter di depan sebab makcikpakcik tadi bawak slow. Kau nak potong tapi tak muat sebab makcikpakcik tadi bawak keta tetengah. Kau tension. Kau usha jam, tinggal lagi 5 minit. Kang nak cari tempat paking lagi, nak naik berebut lif lagi, nak masuk ke dalam meeting yang dah mula tu, lagi...Kau mengushar keta depan dan kelihatan makcikpakcik tengah bergurau senda bertepuk tampar dalam kereta. Kau bengang dan membagi signal dan memotong double line sebab bengang sangat. 200 meter kat depan, kau kena tahan kat polis trafik sebab memotong di double line. Dan masa kau kena tahan, keta makcikpakcik tadi lalu perlahan-lahan kat tepi kau sambil makcikpakcik berkata "Biar Lambat, Asal Selamatt, nakkk" pada kau. Polis pulak dok lawak-lawak dengan kopral dia dan tak tulis-tulis lagi surat saman. Nak saman-saman je lah cepat. Aku dah lambat ni. Dan bila kau tegur polis tu supaya cepat, dia boleh sound pulak kau lagi pasal panduan keselamatan jalan rayalah, cara hidup Islamlah, separuh iman dah hilanglah, etc. Kau ushar jam kau dan kat jarum jam itu terbayang muka kau kena bambu dek bos kau sebab lambat kali ketiga...

Atau keadaan dimana seorang gadis yang ditinggalkan keseorangan setelah dirogol atau dimengandungkan oleh kekasih dunia akhiratnya. Dahlah nak menghadapi perubahan emosi dan nak cover perut yang makin membusung, mereka sentiasa diganggu oleh desakan skizofrenia. Pada yang dirogol, tak cerita lagi trauma yang dihadapi, atau yang bakal dihadapi dalam kehidupan sexnya selepas ini. Pada yang ditinggalkan pula, peringkat awal kehamilan dipenuhi dengan bisikan untuk menggugurkan kandungan. Dan kalau mereka lepas, pada selepas kelahiran, dalam keadaan emosi dan fizikal yang tak stabil tu, diganggu pula oleh bisikan untuk melenyapkan bukti. Kepada yang melepasi ujian ini pula, mereka kena menghadapi kepayahan membesarkan anak tersebut berseorangan. Ibu tunggal dapatgak bantuan setiap Ramadhan. Tapi sekarang ni makin ramai yang kantoi di ujian pertama dan kedua (gugur dan lenyapkan bukti). Dan akibat dari ini, mereka sebenarnya telah memasuki zon skizofrenia kerana mereka sentiasa berada dalam rasa bersalah.

Ni tak termasuk jenis manusia pendendam yang tak reti-reti nak memaafkan walau dah berkali-kali Hari Raya. Manusia pendendam atau sesiapa saja yang menyimpan dendam, hanyalah menunggu masa untuk membiarkan SKIZO dalam dirinya keluar. Mereka ini memang dah ditukar program dalam kepalahotaknya untuk memandang musuhnya tadi dengan pandangan negatif saja. Jenis yang macamni paling ramai sebab mereka terikut-ikut dengan emosi dendam mereka ketika membuat keputusan, walaupun keputusan itu menyusahkan diri mereka sendiri. Contohnya seorang janda yang melarang anak-anak di bawah jagaannya rapat dengan bapak mereka. Atau mangsa politik yang menjual bangsanya demi menebus maruahnya. Jenis ni memang bilabila boleh SKIZO.

Bahkan orang yang menganggap dirinya normal pun adakalanya boleh hilang kawalan, murung, mengamuk atau apa saja, lebih-lebih lagi dalam keadaan dimana manusia berlumba-lumba dalam satu perlumbaan tak formal dalam dunia globalisasi. Manusia mesti sentiasa peka dengan persekitarannya, atau dia akan ketinggalan dan ditipu. Bahkan perlumbaan untuk sentiasa di depan itu, perlu digerakkan setiap hari di era globalisasi ini. Setiap saat kena up to date dengan keadaan semasa. Kerana zaman sekarang, sehari kita tak bukak akaun FB, beribu message yang tak berbaca. Dah takde masa nak rilek sekejap dan ambik nafas. Kena minum sambil berjalan, dan kecing masa mesyuarat. Keluar bersosial dengan family sampai pukul 3 pagi dan pukul 8 kena hantar report kat bos dan satu hapah pun tak buat lagi.


Kalau begitu, semua orang ada skizofrenia. Semua orang ada potensi untuk menggila. Soalnya, macamana nak cam orang yang ada skizofrenia? Ia boleh jadi kawan, teman, suami atau ANAK kita sendiri. Bilabila masa ada orang boleh parang kita dari belakang. Dan yang lebih menakutkan ialah: semua orang berpotensi untuk menjadi PEMBUNUH. Hahaha.

8 comments:

M Y S H I said...

aha sy pun ade ye ? :D

Irwan said...

Ada..cuba jawab soalan ni:

adakah anda gila?

jika ya, maka anda gila

jika tidak, maka anda gila seba org gila tak ngaku dia gila

hahahaha

Unknown said...

nak join?

± said...

haha...jawap jgn x jawap soalan incik scuba

paling sedih kisah sorg ibu yg menjerut 2 anak lelaki dengan wayar seterika hingga mati hanya sebab terlalu cemburu dgn suami yg ada affair

Irwan said...

itu yang didedahkan kat media. Yang tak didedahkan lagi skizo. Malaysia diserang penyakit mental tapi pemimpin kita masih live in denial dengan kata Malaysia is OK. Apa yang berlaku kat kita, samalah yang berlaku kat Jepun 10-20 tahun dulu. Kemajuna jasmani tak seiring dengan kemajuan rohani.

Nekmo said...

potensi nak dpt skizo tu mmg mcm2 ar..
simptom di pun pjg berjela..huhu..
bukan senang mau detect org skizo..hehe

Anonymous said...

Em saya rasa deskripsi kamu tak berapa tepat. Informasi yang salah boleh memebuatkan orang lain keliru dengan masalah mental ini.

Irwan said...

Eleh, bukan takleh google pasal penyakit ni...kekeke