Saturday, September 25, 2010

Peguam Yang Skizo2


Lama selepas aku grad dan setelah aku memulakan karierku sebagai peguam, aku dah lupa pasal mamat tu. Aku bekerja dengan seorang peguam otai dan banyak benda yang baik dan baek yang aku pelajari darinya. Aku juga semakin mahir dengan undang-undang dan siasatan jenayah. Aku dah ada kawan dari kalangan peguam, hakim dan polis. Aku juga punyai kenalan dari kalangan penyiasat persendirian dan juga gengster. Aku taktau apa yang aku ada. Semuanya OK jer. Sehinggalah ada satu kali tu, aku terserempak mamat yang pernah memalukan aku dengan menekel awek aku dalam cerita sebelum ni sedang jalan-jalan dengan ex aku tu di sebuah shopping complex. Aku sembunyikan diri. Dan perasaanku semasa dibuli oleh beliau dulu flashback semula di kepalaku. Kronologi peristiwa aku dimalukan pada hari tersebut telah rewind semula dan aku diselubungi oleh satu perasaan yang pelik. Aku cuba memahami apa yang berlaku padaku. Aku cuma mendiamkan perasaan tersebut, namun kepala hotak aku mula memainkan semula fantasi-fantasi ganas yang pernah jadi escapism kepada aku dulu.

Pada mulanya, fantasai-fantasi 'ganas' aku tu hanya datang semasa aku tertekan. Dalam kes aku, aku akan terfantasi apabila aku terserempak dengan mamat yang cuba tekel awek aku sebelum ni. Jantung aku akan berdebar-debar dan aku tak boleh fikir benda lain selain dari membayangkan camana aku nak 'ajar' mamat tu. Adakalanya aku bayangkan aku menolak mamat tu sebagaimana dia telah menolak aku dulu. Adakalanya aku akan bayangkan aku sepak terajang mamat tu hingga dia koma. Dan setiap kali aku terfantasi, aturan jalan cerita dalam fantasi aku tu menjadi semakin teliti dan terancang. Dan semakin lama, semakin ganas dan kejam fantasi aku tu. Sehinggalah pada satu hari...
Yang aku ingat, aku sedang memandu seorang diri satu malam nak cari sesuatu untuk dimakan. Aku berenti kat Steven corner. Aku baru nak keluar dari kereta setelah memparkingkannya bila aku ternampak mamat tu baru habis minum dengan kawan-kawannya agaknya dan baru nak masuk kereta dia. Aku tak jadi nak keluar. Aku duduk dan ushar mamat tu dari dalam kereta. Mamat tu stat kereta dia dan beredar. Tah kenapa, aku tak jadi nak makan lalu mem follow mamat tu. Follow punya follow, akhirnya sampailah ke satu kawasan perumahan. Mamat tu berenti dan masuk ke dalam sebuah rumah. Mungkin dia tinggal di sini, bisik hatiku.

Sekarang aku dah tahu kat mana dia tinggal. Otakku mula merancang sesuatu...

(sambung balik)

Friday, September 24, 2010

Peguam Yang Skizo

Pada awalnya, aku hanya sukakan kemasyhuran. Aku suka dipandang tinggi. Ini memang sifat aku sejak dari kecik. Dan demi mencapai kesukaan ku itu, aku telah berazam untuk menjadi seorang hakim. Bila aku seorang hakim, tiada siapa boleh persoalkan kedudukanku. Perjalananku ke arah impianku dimulakan dengan berusaha untuk menjadi seorang peguam. Melalui ilmu kepeguaman itu, aku akan mendaki tangga sehingga tercapai cita-citaku. Aku tak tau kenapa masyhur dan berkedudukan tinggi itu menarik padaku. Mungkin kerana aku ada inferiority complex kerana kulitku yang hitam. Mungkin kerana aku mahu ibubapaku berbangga denganku. Tapi yang pasti, bila aku sudah masyhur dan punyai kuasa, aku boleh jalan mendabik dada.

Semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah aku berjaya menamatkan pengajianku dalam bidang undang-undang. Tapi, semasa di universiti, aku telah terlibat dalam satu pergaduhan. Aku bergaduh dengan seorang mamat yang cuba menekel awek aku. Aku tak dapat buat apa-apa ketika mamat tu menarik tangan awekku dan mengayatnya. Aku tak dapat buat apa masa mamat tu tolak aku sehingga aku terjatuh. Awek aku pun sama-sama gelakkan aku sebab lurus sangat. Aku bengang. Aku marah. Tapi aku tak dapat melawan mereka. Aku lemah. Lagipun, ada rami saksi di sini.

Walaupun aku bukanlah series sangat dengan awek tu, tapi apa yang mamat tu buat padaku telah membuatkanku rasa teramat marah. Namun, aku tak dapat nak luahkan perasaan itu kerana tiada siapa di sampingku. Takkan aku nak cerita aku kena buli pada kengkawan atau makbapak? Maka aku telah melayan fantasi-fantasi apa yang aku nak buat kalau dapat belasah mamat tadi tu, hingga tertidur.

(bersambung)

Monday, September 20, 2010

300 ribu rakyat Malaysia adalah skizofrenik?

Hari Sabtu aku buat post yang kat bawah. Semalam dalam RTM3 bagitau satu berita yang 300ribu orang Malaysia adalah skizo. Aku tak pedulik samada nombor itu tepat atau extravaganza, atau info ini benar atau fantasi. Sebab dalam isu skizofrenia, TAKDE UJIAN KHAS yang boleh menentukan sama ada seseorang itu POSITIF skizo atau tidak. Tak macam pregnancy test atau urine test. Pada aku, SEMUA ORANG mempunyai potensi untuk SKIZO. Dan apabila 'password' itu telah disebut di depan seseorang, orang itu akan SKIZO, umpama keluarnya peluru dari pistol, setelah picu ditarik. Tak caya? Sila teruskan membaca...

Satu hari member kau tengah marah giler dengan kau. Adalah something yang kau dah buat. Dan keadaan menunjukkan bahawa kau kena beralah dalam hal ini demi menjaga survival masa depan kau. Pertembungan memang tak dapat dielakkan sebab korang tinggal serumah lalu kau dan member kau sedang berada dalam satu konfrontasi. Dalam hal ini, kau yang bersalah dan tahu bahawa kau kena mengalah, pada mulanya rilek jer dengan teguran member kau tu. Tapi member kau yang tak puas hati dengan sekadar 'aku mintak maaf' sebab dia pun manusia biasa, seolah-olah cuba menaikkan darah kau dengan 'ayat-ayat panas'nya. Dan bila irama ayat-ayat member kau tu berubah hawa, otak separa sedar kau mengaktifkan mekanisme pertahanan. Otak lojik kau masih mengawal lagi keadaan emosi kau sebab kau tau, plan kau ialah melepasi situasi ini, dan memujuk member kau kembali bila dia dah cool down, supaya survival kau terjamin (obejktif kau). Tapi tibatiba mamat tu main makbapak pulak. Masa ni, otak lojik kau pun jadi sewel sebab isu makbapak adalah isu yang kau label sebagai taboo dalam kepala hotak kau. Kau tetap cuba mengontrol aliran darah kau dengan memberi warning kepada member kau agar jangan libatkan makbapak. Tapi dia makin khayal pulak memburukkan makbapak kau sebab melahirkan kau. Ada kemungkinannya kau akan terSKIZO jika member kau itu terus mencurahkan api ke petrol.


Atau kau tengah layan radio dalam keta semasa kau dalam satu kesesakan lalulintas masa kau nak pergi kerja. Dan kau tengah beratur menunggu giliran kau untuk melepasi lampu trafik kat depan tu yang 'merahnya 3jam, hijaunya 4saat'. Otak lojik kau masih dapat mengawal keadaan walaupun dah duatiga kali terlepas lampu hijau sebab makcikpakcik kat depan tu lambat masuk gear satu. Dan walaupun kau dah melepasi lampu tersebut, kau tetap tersekat 200meter di depan sebab makcikpakcik tadi bawak slow. Kau nak potong tapi tak muat sebab makcikpakcik tadi bawak keta tetengah. Kau tension. Kau usha jam, tinggal lagi 5 minit. Kang nak cari tempat paking lagi, nak naik berebut lif lagi, nak masuk ke dalam meeting yang dah mula tu, lagi...Kau mengushar keta depan dan kelihatan makcikpakcik tengah bergurau senda bertepuk tampar dalam kereta. Kau bengang dan membagi signal dan memotong double line sebab bengang sangat. 200 meter kat depan, kau kena tahan kat polis trafik sebab memotong di double line. Dan masa kau kena tahan, keta makcikpakcik tadi lalu perlahan-lahan kat tepi kau sambil makcikpakcik berkata "Biar Lambat, Asal Selamatt, nakkk" pada kau. Polis pulak dok lawak-lawak dengan kopral dia dan tak tulis-tulis lagi surat saman. Nak saman-saman je lah cepat. Aku dah lambat ni. Dan bila kau tegur polis tu supaya cepat, dia boleh sound pulak kau lagi pasal panduan keselamatan jalan rayalah, cara hidup Islamlah, separuh iman dah hilanglah, etc. Kau ushar jam kau dan kat jarum jam itu terbayang muka kau kena bambu dek bos kau sebab lambat kali ketiga...

Atau keadaan dimana seorang gadis yang ditinggalkan keseorangan setelah dirogol atau dimengandungkan oleh kekasih dunia akhiratnya. Dahlah nak menghadapi perubahan emosi dan nak cover perut yang makin membusung, mereka sentiasa diganggu oleh desakan skizofrenia. Pada yang dirogol, tak cerita lagi trauma yang dihadapi, atau yang bakal dihadapi dalam kehidupan sexnya selepas ini. Pada yang ditinggalkan pula, peringkat awal kehamilan dipenuhi dengan bisikan untuk menggugurkan kandungan. Dan kalau mereka lepas, pada selepas kelahiran, dalam keadaan emosi dan fizikal yang tak stabil tu, diganggu pula oleh bisikan untuk melenyapkan bukti. Kepada yang melepasi ujian ini pula, mereka kena menghadapi kepayahan membesarkan anak tersebut berseorangan. Ibu tunggal dapatgak bantuan setiap Ramadhan. Tapi sekarang ni makin ramai yang kantoi di ujian pertama dan kedua (gugur dan lenyapkan bukti). Dan akibat dari ini, mereka sebenarnya telah memasuki zon skizofrenia kerana mereka sentiasa berada dalam rasa bersalah.

Ni tak termasuk jenis manusia pendendam yang tak reti-reti nak memaafkan walau dah berkali-kali Hari Raya. Manusia pendendam atau sesiapa saja yang menyimpan dendam, hanyalah menunggu masa untuk membiarkan SKIZO dalam dirinya keluar. Mereka ini memang dah ditukar program dalam kepalahotaknya untuk memandang musuhnya tadi dengan pandangan negatif saja. Jenis yang macamni paling ramai sebab mereka terikut-ikut dengan emosi dendam mereka ketika membuat keputusan, walaupun keputusan itu menyusahkan diri mereka sendiri. Contohnya seorang janda yang melarang anak-anak di bawah jagaannya rapat dengan bapak mereka. Atau mangsa politik yang menjual bangsanya demi menebus maruahnya. Jenis ni memang bilabila boleh SKIZO.

Bahkan orang yang menganggap dirinya normal pun adakalanya boleh hilang kawalan, murung, mengamuk atau apa saja, lebih-lebih lagi dalam keadaan dimana manusia berlumba-lumba dalam satu perlumbaan tak formal dalam dunia globalisasi. Manusia mesti sentiasa peka dengan persekitarannya, atau dia akan ketinggalan dan ditipu. Bahkan perlumbaan untuk sentiasa di depan itu, perlu digerakkan setiap hari di era globalisasi ini. Setiap saat kena up to date dengan keadaan semasa. Kerana zaman sekarang, sehari kita tak bukak akaun FB, beribu message yang tak berbaca. Dah takde masa nak rilek sekejap dan ambik nafas. Kena minum sambil berjalan, dan kecing masa mesyuarat. Keluar bersosial dengan family sampai pukul 3 pagi dan pukul 8 kena hantar report kat bos dan satu hapah pun tak buat lagi.


Kalau begitu, semua orang ada skizofrenia. Semua orang ada potensi untuk menggila. Soalnya, macamana nak cam orang yang ada skizofrenia? Ia boleh jadi kawan, teman, suami atau ANAK kita sendiri. Bilabila masa ada orang boleh parang kita dari belakang. Dan yang lebih menakutkan ialah: semua orang berpotensi untuk menjadi PEMBUNUH. Hahaha.