Sunday, July 17, 2016

Gua nak pindah

Gua keja kat Muar, sekarang. Weekdays kat Muar, weekend baru kat Seremban. Yang gua nak cerita, bukan kat mana gua berada time weekend or weekdays tapi masa weekdays, lepas balik keja, gua akan kembali ke rumah sewa gua di Muar. Kat Parit Ponorogo.
Dah setahun gua mengadap keadaan dalam gambar ni, tiaptiap malam. Takde tivi. Takde radio. Yang ada cuma hemfon. Sibbaik line dapat jugak satu dua bar. Boleh jugaklah membebel sensorang kat twitter. Gua nak abadikan suasana yang gua hadap ni sebelum gua pindah rumah baru.
Bukan apa, haritu bangun tido jumpa lipan. Pastu ular lidi. Gua taknak tunggu apa lagi yang datang menemani gua kat rumah tu...
(perasan tak ada ular lidi lilit bekas kueh dalam gambar)

Post ini ditaip sebagai peringatan kepada dirisendiri untuk menjaga diri gua dengan lebih baik lagi, mulai hari ini. Dan gua nak mulakan dengan cari rumah sewa yang ok sikit untuk gua di Muar....

Monday, April 18, 2016

To keep choosing

To work, or to function,
To exist, or to make an impact.
To be involved or to lead,
To breathe or to actually live.

Sunday, April 10, 2016

The last song

Amatlah sedih bila menyedari, bahawa tatkala kau sangkakan masih ada keikhlasan di saat kekecewaan beroleh kemenangan, rupanya hanyalah satu pelaburan ke atasmu.
Tatkala kau sangkakan masih ada yang peduli di saat kau keseorangan, rupanya hanyalah sebuah lakonan.
Tatkala kau baru nak selamat dari lemas di lautan individualistik, rupanya telah lama sampai di dasar menemankan kapal memori dan harapan harapan yang tenggelam.

Semakin aku cuba memahami, semakin aku hilang kepastian.
Namun benci, tidak sekali.

Ku dendangkan lagulagumu, kujeritkan sepenuh hati. Aku layankan kesakitan dek kejujuran bersama airmata. Agar ia melukakan dan meninggalkan parut yang dalam yang akanku usap setiap hari selepas ini.

Selamat malam, sahabat.