Monday, January 24, 2011

Ice-Ice Baby

Aku ada sorang kawan yang memang hardcore isap ice. Sibbaiklah dia anak orang kaya maka takdelah dia nak merompak atau meragut. Aku pulak budak kampung yang dah diterapkan dengan pemahaman bahawa orang isap ice atau yang jadi doktor tu is a no-no. Dan katanya sejak berjumpa dengan aku (kembang weyhh), dia nak cuba berenti dari ambik ice. Masalah yang dia selalu cerita kat aku ialah paranoianya semakin menjadi-jadi masa dia stop isap ice. Sampaikan ada sekali dia ingat aku ni nak bunuh dia.

Kepada yang jarang-jarang hisap, mereka weng masa isap dadah. Tetapi kepada mereka yang hardcore, mereka lebih tak betul masa tak menghisap. Mereka baran, berangin, dan pemalas masa takde stok. Kesan ini lebih dirasai jika mereka adalah penagih ice dan ketum di mana masa mereka bukan di bawah pengaruh dadah tersebut, paranoia
itu lebih menjadi-jadi. Rasa orang tak puas hati dengan kita, lah. Rasa macam ada konspirasi yang cuba memerangkap kita lah. Atau ada yang siap dengar atau lihat benda yang bukan-bukan. Ini semua sebab neuron dalam kepala mereka tadi dah rosak dek rasukan stimulan yang mereka ambil, mengakibat renjatan sinaps yang berlaku di neuron-neuron tadi tidak cukup ampere atau voltannya.

Bila elektriknya tak kuat, maka informasi yang dihasilkan juga tidak jelas. Inilah caranya bagaimana para penagih mendapat paranoia yang bukan-bukan sebab kepala hotak mereka dah takleh berfungsi dengan betul. Macam orang yang isap rokok. Patutnya bronkiol dalam peparu tu dapat menginjapkan 100 molekul oksigen dan mengkumuhkan 70 molekul Co2 dan 30 molekul wap air misalnya. Tapi sebab bronkiol dah terlindung dek candu tembakau, oksigen yang masuk dahlah kurang, Co2 dan wap air pulak tak dapat keluar dengan sepenuhnya. Tu yang jantung semakin berair dan asyik nak menguap masa sangap. Samalah macam orang penagih dadah. MAsa dia isap dia OK. Masa dia tak isap pulak dia cam cibai.
Ketahuilah bahawa dadah jenis syabu, ketum dan lain-lain itu membawa kepada kesan halusinasi. Menganggap wujud kepada perkara yang sebenarnya takde. Halusinasi pula digarispanduankan oleh paranoia. Paranoia ialah normal. Ia sejenis prasangka. Penyambungan untaian-untaian memori yang tersimpan dalam nodus neutron yang terdapat dalam kepala mereka.  Paranoia sangat berguna kepada think-tanker. Kepada para pemikir. Mereka bermula dengan paranoia, kemudian penjelasan kepada paranoia tersebut, kemudian hypothesis, dan kemudian kepada pembentukan eksperimen berkaitan dalam mengetahui kesahihan hypothesis mereka. Dan paranoia ini amat mudah diperolehi bila dalam keadaan separuh sedar. Nak separuh sedar ni ada macam-macam cara. Cara yang paling clean ialah melalui cara pengkristosan diri. Tetapi kepada mereka yang tak pernah dengar apa itu kristos, mereka akan gunakan stimulan. Arak dan dadah adalah medium pilihan kebiasaan. Mungkin inilah penjelasan kepada kenapa ramai budak U yang terjebak dengan dadah berbanding budak-budak yang tak berapa nak U.

Setelah berbincang dengan otai-otai dari kampung aku yang berpengalaman, dan mendapat persetujuan dari kawan aku tadi tu, kami telah membuat sebuah eksperimen.

1) Pertama sekali, kawan aku tu kena delete semua contact yang boleh menghubungkan dia kepada dunia ice. Semua nombor tokan, pusher, runner walhal awek-awek penyumbang dadah tersebut telah dibuangkan.

2) Kemudian, dia kena benci ice. Ini amat mudah sebab dia berkawan dengan seorang pembenci ice jugak iaitu aku. Aku memang emo dengan ice sebab aku pernah lihat bagaimana ice telah memusnahkan hidup seorang budak kampung aku yang aku rasa punyai potensi besar dalam arena lumba motor kapcai. Maka akulah yang jadi motivator dia tiap kali dia gian nakkan benda tu. Hari-hari aku akan indoktrinasikan padanya agar dia benci ice. Aku cakap nak layan ice tu susahlah. Mahal lah. Ice zaman sekarang tak pure lah. Macam-macam ikut kreativiti dan hikmah aku.


3) Dan pada ketika dia mula nak meracau-racau, dan di saat aku sendiri pun dah takleh nak kawal dia (masa gian dia paling puncak), dia akan disogokkan dengan ganja, kasi dia rilek. Ganja dipilih atas alasan bahawa orang yang nak berenti dadah, takbley berenti dengan tiba-tiba. Cam isap rokok. Ganja secara klinikalnya membantu dalam mengurangkan stress sebab biasanya, penghisap ganja akan bermata barai dan cenderung nak tidur. Nak kasi diorang tidur senang jer. Ajak mereka yang tengah stone tu berborak dan kita bercakap non stop. 2 minit lepas tu mesti dia menguap-nguap dan akhirnya ngantuk nak tidur. Bila dia tidur, kesan ganja tadi akan hilang, sekali dengan paranoia-paranoia gila dia tadi. Tapi peraturan dalam step ini ialah, mamat tu takleh pegang ganja tersebut. Ganja hanya diberikan kepadanya secara berkala dan di masa yang terdesak saja. Kita kena awasi frekuensi pengambilan ganja ini dan cuba kurangkan secara perlahan-lahan. orang yang menyimpan stok ini mestilah orang yang benci dadah. Macam kucing atau cicak atau setan yang bermastautin di dalam jamban.

4) Sepanjang masa, cuba sibukkan mamat tu dengan perkara-perkara yang berfaedah. Satu benda yang aku perasan pada penagih ni ialah mereka ultra sensitif dan kreatif. Mereka punyai perspektif yang pelik kepada perkara yang kita anggap biasa. The best way is to produce something. Bagi dia nampak ada hasil yang dikeluarkan. Dan ini aku eksploitasikan dalam pembikinan zine Schizophrenic aku dulu. Hehe.

5) Bila kesan paranoia itu semakin berkurangan, maka sampailah masanya nak kurangkan frekuensi pengambilan ganja pula. Ia dikurangkan dengan mengurangkan komposisi ganja dalam setiap bancuhan (ganja biasanya dilayan dengan tembakau). Kalau mula isap dulu aku bancuh 50% ganja dengan 50% tembakau, by 3 minggu jer, komposisi dah aku kurangkan kepada 10% ganja dan 90% tembakau. Di akhir-akhir, aku bancuh 100% tembakau pun dia kata dia weng. Nampak sangat masalah dengan dadah ni ialah saiko jer lebih. Disamping komposisi, frekuensi pengambilan juga dikurangkan. Dari beberapa kali sehari kepada sehari sekali. Daripada menganggap weng itu keperluan untuk memulakan hari, kepada menganggap weng itu sebagai reward di hujung hari. Lama-lama beberapa kali seminggu. Lama-lama ada takper, takde pun takper. Tapi kita kena sentiasa menyibukkan dia dengan step #4. Step ini berguna kepada mereka yang dok isap ganja dari kecik dan mencari cara nak berenti sebelum terlambat. Sebelum kau sendiri menyanyikan lagu Hanyut cam Faizal Tahir dalam AJL25 haritu.

6) Yang paling penting ialah membantu dia dalam menyibukkan dirinya dengan sesuatu. Bantu dia mencari erti dalam kehidupannya. Bantu dia menghargai benda-benda yang dia ambik sambil lewa dalam hidupnya macam kesenangan hidup, mak bapak, atau kengkawan yang menyokongnya. Disamping itu kita betulkan tanggapannya terhadap kehidupan yang selama ini dia anggap begitu cibai padanya.

Cara ini telah berjaya menyelamatkan kawan aku tu dari cengkaman ice. Dia juga dah berjaya berenti dari isap ganja ataupun rokok sekalipun. Dan kami telah mengulang guna step ini terhadap kengkawan kami yang lain yang nak berenti jugak. Dan Alhamdulillah, semuanya berjaya. Ada jugak yang kembali mengais dan orang camtu dah memang takbley nak buat apa-apa.
 

Dunia akhir zaman semakin stressful. Dapatlak dengan bahana globalisasi, ekonomi dan sensasifikasi media terhadap gaya hidup mereka yang berpendapatan tinggi. Matawang semakin kurang nilainya dengan setiap peningkatan harga bahan api. Dan pemimpin semakin mementingkan kemajuan materialistik dan keindahan potfolio mereka daripada memikirkan kesan dasar yang mereka laksanakan terhadap sosial dan kepupusan moral dalam masyarakat. Semua orang mementingkan periuk nasi sendiri sehingga sanggup menerbalikkan periuk nasi orang lain yang mereka rasakan boleh menggugat jumlah nasik dalam periuk mereka. Akibatnya, generasi pelapis semakin keliru dengan kepentingan integriti dan nilai murni sehinggakan mereka hanya melihat manusia dari sudut nilai kapital saja.

Dewasa ini, banyak serbuan dan tangkapan dilakukan ke atas penagih dadah. Semua jenis dadah dianggap salah. Ini menyebabkan mereka yang berpikiran singkat mencuba ice pulak. Sebab weng ice tahan lebih lama. Isap sekali, tahan sampai 3 hari. Kerana nak melayan ganja tidaklah sesenang melayan air daun ketum atau Eramin 5. Dahlah susah payah nak isap ganja, baru jumpa roadblock jer, dah potong. Akibat dari aktiviti agresif polis dan AADK ni pulak telah menyebabkan industri dadah negara beralih dari ganja kepada ice kepada daun ketum kepada Eramin 5. Ramai tokan dan runner pulak dah cuci tangan dari dadah dan beralih kepada arak. Lagi murah dan hukuman cuma denda.


Aku rasa kerajaan kena ambil pendekatan baru dalam menangani masalah dadah di negara ini. Masalah penyalahgunaan dadah semakin berleluasa di kalangan masyarakat Malaysia dan paling membimbangkan ialah kadar jenayah yang bermotifkan dadah juga semakin meningkat. Apa yang memotivasikan aku untuk menyentuh hal ini ialah kerana pemerhatianku terhadap generasi di bawahku. Kalau dulu adik-adik sekadar isap ganja, sekarang diorang dah rasa macam-macam. Kalau dulu dia dalam perjalanan nak ambik degree, sekarang ni aku pun dah tak pasti dia ni waras atau tidak lagi. Jangan salah sangka. Aku anti dadah. Tapi aku tak sanggup membiarkan kengkawan dan generasi negara ini dari terus binasa dek kenaifan penguatkuasa dalam menangani masalah ini. Dan pengongsian ini aku harap agar ia menjadi iktibar dan memberi idea baru kepada kerajaan dalam menangani masalah yang semakin faktab ini.

Aku sanggup nak jadi fasi kalau kerajaan nak eksperimen dengan kaedah ini. Tapi sebelum tu, aku cakap fee aku mahal. Satu kepala aku caj 3 ribu sebab hutang aku pun banyak dan nak bayar balik kontrak kalau aku nak bla dari kompeni ni. InsyaAllah, aku akan bimbing mereka sampai selesai.

Yang mana tak selesai, kita kasi stok yang mencukupi dan hantar mereka ke Palestin. Selepas 40 hari kita check mereka balik. Mesti diorang dah berubah dari ketagih dadah kepada ketagih nasik pulak.

Life is a bitch




Life is a bitch. What is life? Who is that bitch? Who's life are we is-ing about?

If we keep bitching about life, then we are a fucker. Keep fucking with it then we'll lose the meaning of it. And it'll become like a bitch. No other meaning except money related sex. But I prefer bitches than self-righteous virgins. Because they know why they do what they do. It's easier to talk to these bitches rather than listening to those who won't shut up, even for a breather.

Does this mean we have to be a bitch to live? Does this mean there's nothing more to life rather than money and sex? How long will one wander in the same vicious circle until one admit that the real bitch is themselves?

The thing is, bitches avoid giving birth. The value of sex is downgraded from a reproductive activity to just orgasm. Being a bitch is running away from responsibilities and accountabilities. Life has no meaning if we keep running away.

So life is not a bitch. Life my friend, is a lady.