Monday, January 3, 2011

Dia skizo ke, aku yang skizo, ni? (kalaulah ada sekeping roti...)


Aku baru terjaga dari tidurku. Tah berapa hari aku terkurung dalam bilik gelap ni. Cuma cahaya semasa mereka menghulurkan cecair pasta berperisa biskut sekali setiap hari agaknya. Tahlah. Aku dah hilang sense of time. Yang tinggal hanyalah kewarasanku.

Mana pegi ntah suara yang menemaniku ketika emo tadi?

Kenapa sunyikah kepalaku disaat ku ingin berteman ini?

Yang ada hanya keperitan menahan buritku dari terburai. Dah dua kali aku terberak dalam bilik celaka ini dan maafkan bahasa seorang yang dok sapu muka dengan tangan yang tak ku lihat untuk sekian lamanya jika aku katakan keadaanku sungguh cibai pada ketika ini.

Aku pernah bertanya kepada sipenghantar air biskut berapa lamakah aku di kurung disini. Dia cuma ketawa setelah menutup lubang kecil, mengunci dan berlalu pergi.

Sampai aku pun dah tak peduli. Yang terngiang dalam kepalaku sekarang ialah videoclip "Bedshape" dari Keane yang aku tengok dua tahun lepas dari tarikh aku ditangkap pada malam skizo tu, masa aku seorang student medik dulu.

Aku dah tak pedulik camana aku boleh ada kat sini, berapa lamalagi, atau siapa itu ilahi dek tekanan emosi dan hygenic dek dikurung dalam bilik yang serba gelap berbulanbulan lamanya.

Aku dah tak peduli dengan apa nak jadi selepas ni bila aku keluar nantik. Aku akan keluar ke? Aku membunuh bai...

Aku dah bunuh orang..

Aku dah ambil satu nyawa! Berdosa atau tidaknya dia aku tak tahu tapi aku tak berhak mengambil nyawa manusia yang lain. Apatah lagi nyawa housemateku.

Aku pun dah pasti apa itu halusinasi atau apa itu realiti.

Yang ada hanyalah air berperisa biskut ni.

Kalaulah ada sekeping roti...

Ketam yang skizo



Aku nak menyatakan ketidaksetujuanku dengan peribahasa yang yang berbunyi "Bagaikan ketam mengajar anaknya berjalan". Aku kata biarkanlah ketam itu berjalan macamana dia suka dan kita takde hak nak meng impose kan fahaman kita terhadap orang eh! Ketam-ketam yang lain.



Walaupun aku seorang ketam, aku berbangga dengan tradisi kaumku yang berjalan ketepi. Ini sebenarnya simbolik kepada fahaman kami agar sentiasa bersangka baik kepada semua makhluk. Dan sangkaan paling baik ialah pandangan dari depan. Sebab semua orang mahu sisi hadapan mereka memaparkan imej yang mesra dan boleh dipasarkan. Tapi bila mereka berpaling ajer ke tepi, maka terlihat kecelaan mereka ataupun kebaikan mereka hanyalah dari depan saja. Jadi untuk mengelakkan kaum kami terjerumus dalam dunia beburuk sangka, maka orang tua kami telah mengisyaratkan agar semua keturunan kami berjalan ke tepi. Maka sistem kemasyarakatan, gaya pemikiran, sistem pendidikan, malah iklan dalam TV pun mempromosikan gayahidup jalan ke tepi di kalangan kami. Ibubapa juga menggalakkan anak-anak mereka berjalan ke tepi seperti mereka makbapak mereka, datuknenek moyang cuai undai mereka tersebelumnya. Dan kami happy. Kami unik. Kami ada identiti.

Kami boleh berjalan macam binatang biasa, sebenarnya. Tapi sebab kami dah mengamalkan tradisi ini berjuta kurun lamanya, badan kami pun dah tuned aerodinamiknya ke arah keberjalananketepian.

Sungguhpun kami dikatakan salah dengan berjalan ketepi, kami amat tangkas melakukan kesalahan itu. Seekor kami yang sedang mengorat ketam betina ketika musim mengawan, boleh berlari ke tepi dan masuk dalam lubang rahsia dalam masa kurang dari setengah saat jika di serang hendap dari belakang oleh musuh. Cuba korang lari ketepi dan try masuk dalam lubang yang dikorek dalam pasir pantai. Masa kering, air surut bolehla...Cuba masa ombak tengah memuklul pantai tu...
Tak serikserik lagi mencuri?

Berjalan ke tepi ini bagus untuk kaum lelaki kami kerana ia mengaktifkan otot-otot paha yang sepatutnya yang menggalakkan keberkesanan dayungan semasa bangsa kami mengawan. Ini penting dalam mengoptimumkan halaju pancutan serta daya tujah dalam memastikan sperma itu sampai ke ovum dalam masa yang singkat. Agar tenaga sperma itu dapat digunakan untuk melepasi dinding, lantas mempersenyawakan ovum, bukan dihabiskan dengan berenang sepanjang falopio. Cubalah perhatikan jumlah anak yang lahir sekali bertelur, serta jumlah penceraian dalam komuniti kami. Kebahagiaan di ranjang itulah jawapannya. Dan rahsia kami: berjalan ke tepi.


Sapa cakap berjalan ke tepi tu salah? Itu cuma perspektif korang ajer. Mungkin pada kami, kaum yang berjalan ke depan ITU yang salah? Ada kami sound-sound dan oppress kamu? Atau memalukan kaum kami di dalam media kamu? Kamu ingat kami ni apa? Kamu ingat berjalan ke tepi ni kelakar ke? Sekadar pelaris media kamu? Sekadar alat dalam menaikkan kamu di mata advertisers?
Sekadar lawak?


Dan dengan membiarkan satu pepatah yang sebegitu bias di dalam budaya Malaysia, adalah jijik padaku jika anakku bertanya padaku dan aku tak buat apa-apa pada hari ini. Biarlah satu perjalanan yang panjang itu bermula dengan sumbangan kecilku asalkan ia tidak dilengah lengahkan lagi.

Aku seru agar Dewan Bahasa dan Pustaka menukarkan pepatah itu kepada "Bagaikan mengajar anak kencing berlari" sebagai menyamaratakan hak antara makhluk di bumi yang tercinta ini. Buang terus perkataan yang menggambarkan ketidaksamarataan demi menjaga hak kebebasan kami sebagai pembayar cukai. Eh? Ketam bayar cukai, ke? Ahhhh...Gasaklah.

Jika tuntutan kami ini tidak ditunaikan dalam masa seminggu dari tarikh penyiaran ini, maka kami akan...





Di negara luar, hak kami dijaga dengan baiknya



...Teruskan hidup kami macam biasa.

Ikut suka Dia


Ikut suka akulah aku nak cakap camana.
Ni mulut aku
Tu syurga neraka aku
Tahulah aku mana aku nak tuju

Kau sapa nak tudingtuding bahu aku?
Tunjuk kat aku pilihanku satusatu
Dan mengindoktrinasikan padaku
Pilihanmu?

Apa?
Aku tak punya kehendak?
Aku tak punya mahu?
Akusiapapadamusiapakaupadaku?

Hah?

Kausiapapadakuapakaumahudariku?

Tak payah kau nak paksa
Perkara yang kau sendiri tak percaya
Kau sendiri tak imani
Kau sendiri tak yakini

Ahhh!

Aku takmahu dengar cerita mumbojumbomu
Andai ini akan itu, andai itu maka aku.
Aku dah ngerti semua itu
Yakni aku jahat dan engkaulah satu
si mamat berhati mulia yang suka baling batu



...sembunyi tangan pastu buat muka tak tau.