Tuesday, January 25, 2011

Ayim yang skizo




Salam. Nama Ayim ialah Muhamad Azim bin Raja Kerdil. Orang panggil Ayim, Ayim. Tajuk cerita Ayim harini ialah "Hatihati bila bercakap dengan Ayim masa Ayim form three". Ia sepatutnya cerita yang memotivasikan tetapi Ayim bukanlah terer sangat menulis, maka Ayim mulakan dengan Bismillah...

Ayim nak kata kan bahawa Ayim bersyukur ke hadrat Ilahi sebab kurniakan Ayim kejayaan dapat PhD ni walaupun pada asalnya Ayim tak pass SRP. Pelik, kan? Ayim tak pass SRP tapi Ayim boleh ada PhD. Ayim rasa, peksa SRP...eh, PMR eh, sekarang?


Ehhem.


Ayim rasa keputusan peksa PMR tu tak mencerminkan masa depan sesebuah murid itu kerana dia boleh masuk kolej swasta itu dan ambik degree tersebut. Macam Ayim, walaupun keputusan SRP eh, PMR Ayim tak memberansangkan, Ayim tetap jugak pegi sekolah Ayim sampai ambik SPM. Lepas apa yang berlaku masa SRP eh, PMR pada Ayim, Ayim lebih bersungguh-sungguh menumpukan kepada bidang pelajaran sehingga Ayim berjaya mendapat segulung SPM.
Apa yang menjadi topik Ayim dalam cerita Ayim ialah masa form three, sekolah Ayim terlibat dalam projek komenwel. Ada member Ayim yang masuk lumba lari handred miter la, lompat kijang la, takraw la. Ayim masuk yang lompat kijang. Masa tu takder la Ayim terer sangat tapi sebab Ayim ialah anak sedara cikgu Riduan yang juga merupakan coach lompat kijang komenwel n9, Ayim terpilih masuk dalam acara tersebut. Lagipun Ayim suka lompat kijang sebab style lompat dia macam ballet. Ayim suka jugak dengan ballet tapi bila Ayim try pakai seluar ketat dia, Ayim takleh fokus kepada tarian sebab asyik 'terasa' kantung Ayim melambung-lambung. So, Ayim selalulah terlibat dengan aktiviti sukan serta latihan-latihan khusus dalam persediaan untuk mewakili sekolah dalam pencarian atlit negara dalam sukan komenwel tu nantik. Bukan semua dapat join team atlit sekolah ni. Kitorang dipanggil 'budak projek'. Paling taiko antara budak projek masa tu ialah budak takraw. Remi and the geng...Tapi Ayim tak gaduh dengan sesapa. Ayim geng dengan Remi dan geng Remi dan Ayim jugak geng dengan budakbudak yang belajar pandai dalam kelas Ayim.

Budakbudak yang belajar pandai dalam kelas tingkatan tiga masa tu ditakluki oleh dua kelas jer. Kelas 3A dan 3C. Kelas budak jahat dan takde masa depan ialah kelas 3D dan 3M. Ayim pun tak tau kenapa takde 3B. Ayim dalam kelas 3C. Kelas 3C sebenarnya terdiri daripada budak-budak pandai untuk projek lain pulak. Diorang ni pakar dalam pertandingan bercerita, berzanji, catur dan benda-benda camtu lah. Diorang ni mengharumkan nama sekolah melalui benda-benda mental. Ayim lebih kepada arena ni sebenarnya. Ayim ni lebih kepada mental. Ayim mewakili sekolah dalam berzanji selama dua tahun berturut-turut. Suara Ayim sedap. Kalau Ayim teruskan citacita ni dulu, mesti Ayim dah jadi Mawi sekarang ni.

Tapi Ayim memilih untuk menyertai budak projek sebab masa tu nampak cool. Ayim dah tau Ayim ada otak, jadi Ayim naklah jugak pencapaian dibidang kesukanan pulak. Lagipun lompat kijang takde orang. Dapatlak ada tournament sukan antara sekolah-sekolah dalam masa terdekat ni. Dengar cerita scouter projek komenwel akan berada di sana untuk mencari bakatbakat baru yang boleh diasah untuk mewakili negara. Ayim saja jer nak try. Yang sebenarnya, Ayim nak tekel sorang amoi cindian yang main netball tu. Ayim jatuh cinta perasan sensorang jer. Amoi tu tak perasan pun Ayim.

Nak dijadikan cerita, tibatiba masa bulan 6, Ayim tercedera. Akibatnya Ayim takboleh meneruskan aktiviti persukanan lebihlebih lagi benda yang melompat-lompat macam kijang. Maka terpaksalah Ayim pendamkan citacita Ayim dalam industri sukan tanahair. Ramai gaklah awek budak projek nangis dan suruh Ayim isik buku autograf mereka buat kenang-kenangan. Ada sorang akak tu cium dahi Ayim. Tulah first time Ayim rasa best giler sebab tercedera.

Yang tak bestnya, SRP eh, PMR ialah pada bulan 9. Cuma ada lagi 2 bulan 15 hari sebelum Ayim kena duduk dalam dewan pereksa dan jawab soalan atau buat karangan pasal benda yang Ayim tak usik sejak masuk Form Three. Ayim ada berapa subjek pun tak pernah tau sampailah masa tu. Beg sekolah Ayim yang biasanya berisi baju dan kasut boot, kini dipenuhi dengan buku teks yang melekat-lekat bau kedai buku lagi. Ayim selamber. Ayim catchup macam nak gila. Alhamdulillah Ayim ni memang seorang yang dari golongan mental jugak, maka tak berapa susahlah Ayim nak catch-up.

Tapi isik artikel Ayim ni ialah ada sekali tu, sorang cikgu sejarah lelaki tu sound Ayim masa Ayim mula-mula beria-ria nak start balik belajar. Masa tu dia tengah bagi kertas peksa yang telah ditanda dan diberi markah. Ayim dapat markah terendah. Dan Ayim kena sound depan satu kelas 3C. Cikgu tu suruh Ayim pergi lah main balapan dan trek lagi dan buang masa dengan berpeluh-peluh dan terloncat-loncat mengejar bola di tengah padang. Cikgu tu suruh Ayim givap ajelah sebab dah tinggal lagi 2 bulan nak peksa, baru nak baca buku. Cikgu tu sound lagi Ayim kata dia kalau AYim dah tak layak masuk komenwel, mungkin Ayim boleh masuk paralimpik sebab paralimpik nak pakai tukang jaga beg. Dia suruh baibai ajelah PMR Ayim. Ayim hampir patah semangat. Patahpatah semangat pun, balik rumah tu Ayim terus buat soalan latihan dari kertas lama-lama dan kertas soalan ramalan untuk PMR. Ayim nak buktikan pada cikgu tu yang Ayim ada otak dan Ayim boleh buat. Ayim bukan budak bodoh.

Tapi sebab guru itu mulutnya masin agaknya, PMR Ayim tetap melingkup. Punyalah lingkup malahan budak projek yang dari kelas 3M yang Ayim tengok tak pernah baca buku pun ada yang lagi gempak markahnya dari Ayim. Ayim hampir kecewa. Masa cuti lepas PMR, Ayim membawa diri dan jadi budak jahat sekejap.

Tapi Ayim dapat masuk tingkatan 4 jugak. Dan selepas itu semuanya OK sampailah Ayim dah dapat PhD pada hari semalam.

Apa yang Ayim nak tekankan ialah pasal cikgu Ayim masa Ayim form three tu tadi. Ayim dah maafkan dia. Tapi Ayim nak cakap tak patut dia sebagai seorang guru melemahkan semangat seorang pelajar macam Ayim pada masa tu. Semua orang dapat kecederaan masa latihan dan berehat sekejap. Nantik bila dah pulih, bolehlah sambung. Cikgu tu balas balik by the time Ayim dah sihat, pertandingan sukan dah habis, pemilihan dah terlepas dan baibai sukan komenwel. PMR pun hancuss sebab dah tinggal 2 bulan jer lagi ni. Memang resepi untuk kelingkupan. Lawak cikgu tu lagi. Ayim sakit hati dan malu. Dapatlak budak budak dari kelas 3A yang dah keluar rehat awal pun meninjau serta turut tertawa sebab nak jaga markah peksa mereka dari pintu kelas Ayim. Cikgu pun cakap kuatkuat macam nak kasi semua orang dengar.

Tapi itu bukanlah bermakna Ayim terus givap dan taknak belajar lagi sebab Ayim baru berumur 15 tahun jer. SPM pun lagi dua tahun. Dan tengok, apa hasil ketekunan dan kesabaran serta semangat yang membara untuk buktikan Malaysia Boleh?
Segulung PhD!

Kawankawan Ayim kata patutnya Ayim berterima kasih kepada cikgu tu sebab sebab cikgu tu lah Ayim tersedar dan belajar dengan LEBIH bersungguh-sungguh. Mungkin yer, tapi Ayim rasa, kalau ye pun nak memotivasikan orang, janganlah jatuhkan kemaluan seseorang di depan kelas dia. Buatlah dalam bilik guru ke, kat susur gajah ke. Bilik komputer ke. Lagipun, sukatilah Ayimlah Ayim nak jadi apa. Nak jadi Rabuan Pit ke, nak jadi Lee Chong Wei ke, Ramli Sarip, ker.

Kadangkadang tu datang jugak menyirap bila Ayim terkenangkan katakata cikgu tu pada Ayim, lebihlebih lagi masa Ayim kat U. Ayim nyaris-nyaris gila kerana terigau-igau dengan trauma tersebut. Nasib baik ada kawan kawan Ayim yang sedia membantu rakan mereka di saat kesusahan. Ayim kembali ke jalan yang benar dan bertaubat dan meneruskan sehingga Ayim berjaya mendapat segulung PhD tadi.

Tapi Ayim memang tak paus hati cikgu tu cakap camtu kat AYim pada hari itu...

Ayim tak halalkan dunia akhirat.