1 May ialah Hari Buruh sedunia. Tapi cuti kali ini, Twitterjaya digemparkan dengan persoalan, ''Apa benda BD, ni?''. Well, takde sapa yang persoalkan sebenarnya, saja jer. Tapi korang taknak tau ke, amendernya BD itu?. Dan apa kaitannya dengan nusan?
Nusan ialah nama timangan kepada rokok kretek seludup-tak-bayar-cukai-takde-gambar-baby-cacat-kat-cover yang orang selalu mistaken dengan Semporna. Nusan ni dah bertahun wujud, dan tak perlu diberi pengenalan lagi. Namun, kepada penggiat baldi mukim Pedas/Miching Negeri Sembilan, asyik-asyik nusan ajer, memang sakit dada. Dan hasil kajian berterusan, serta dedikasi dan sacrifice dari segenap sudut dari barisan penggiat baldi mendapati, cocktail yang di spike dengan BD, buleylaa, pegi dia.
Dengan itu, pihak pengurusan @akuskizo telah bersetuju untuk mengindoktrinasikan #Twitterjaya dengan rokok BD.
Rokok ini yang tibatiba dihisap oleh penulis tatkala kehabisan stok nusan semasa melepak dirumah membernya, nyata telah membawa anjakan paradigma yang dicaricari oleh beliau sellama ini. Sentuhan BD yang menyengat serta direct, sesuai jika dipadankan dengan nusan dan sayur-sayuran lebihan makan malam semalam. Sesuai dijadikan stimulan pelepas stress selepas meeting yang membosankan atau ketika mengayat awek yang nak pinjam lighter. Tanya kat dia: ''Anda tau apa itu BD?''
BD adalah nama arbitrari yang dikurniakan oleh teman penulis. Tiada indikasi yang menunjukkan bahawa 'BD' adalah nama yang tepat kepada rokok seringgit dapat 25 batang ini. Bungkusannya yang conspicous tetapi kemas, dihiasi teliti dengan tulisan hieroglif yang tak difahami oleh penulis. Yang menarik sekali ialah plastik yang membungkus rokok ini, terkandung cop berupa wajah model kepada rokok misteri tetapi power ini.
''Secubit BD mampu memastikan setiap inci balutan anda, berkesan menghasilkan kesan yang sepatutnya'' - #BDQuotes
''Sesedut BD adalah seumpama disiram air sungai Ganghes. Brrrr...'' - #BDQuotes
''jangan sekali sedut bhai, nanti baibai'' - #BDQuotes
Menurut urban legendnya, rokok ini dibalut sendiri dengan tangan oleh kanak-kanak di satu DUN di India (bukan area SamyVellu). Di sana, kerja gulung rokok BD ni, kira ekslusif beb. Rata-rata bebudak kat sana, kalau tak pass SPM, jangan haraplah nak dapat keja kat kilang BD. Kalau dapat jadi pakgad kat kilang pemprosesan BD tu pun dah seribu kali pecah kelapa.
..
.
.
''CHEAP CHILD LABOR IS STILL RAMPANT! LET KIDS BE KIDS! DONT MAKE THEM A SLAVE!'' - #celakaparty
.
.
.
Oleh kerana wajah model di pembalut rokok BD ini amat misterius, serta setiap sedutan BD equivalen kepada paradiso, kami telah melengkapkan urban legend ini kepada ''Bahadur Daiyum''
Untuk keterangan lanjut tentang ''Bahadur Daiyum', siapa dia, mana dia dtaang dan apa kaitannya dia dengan promosi rokok BD ini, sila search #BDygSkizo dalam twitterjaya. Malas nak explain kat sini dua kali.
Disclaimer: 'BD' atau 'bidi' dan 'nusan' adalah kombinasi yang tepat dan merbahaya. Secubit BD dalam bancuhan mampu menumbangkan seekor naga jantan. Brrrr....:*)