Tuesday, May 14, 2013

Tshirt FREE #zineskizo version putih


Tengahari semalam gua memulakan task menopap stok tshirt untuk diberikan PERCUMA kepada mereka yang memesan #zineskizo #SICK dan #Tu7uh. Sebelum tu, sempat jugak gua singgah kedai fotostet dan kedai print kaver menopap kepingan untuk projek hujung minggu nantik. Lepas tu, barulah pemburuan tshirt bermula...
Destinasi awal ialah pasaraya Tesco Seremban 2, mengharapkan promosi tee RM11 untuk dua helai mereka masih ada lagi. Hampa. Nak taknak, gua terpaksa juga meredah mentari panas menuju ke Kenanga Mall, Kuala Lumpur.
Perjalanan jauh tak kurasa sebab dalam kepala gua dok mencongak-congak projek #zineskizo untuk #boco8 pada 18hb di Laman Budaya Shah Alam nantik. Dahla gua pun tak cukup tee untuk menampung pesanan untuk pakej RM50, dan bajet yang disuntik oleh @podeh pulak ngam-ngam ajer (salah gua jugak), ditambah dengan keadaan motor yang berisiko tinggi untuk buat lawak di tengah haiwey PLUS arah KL, kepala gua memang semak sehinggalah gua sampai kat area Dewan Bahasa dan Pustaka. Setelah U-turn kat depan Pudu Jail, gua terus jalan terus dan masuk simpang ke Kenanga Mall. Parking kereta memang senang kat KWC ni. Parking motornya ntah kat mana. Dua kali jugakla gua menawaf kawasan sekitar mencari tempat bersinggah. Last-last gua gamble parking motor RGV klasik kepercayaan gua, depan deretan kedai yang setentang dengan KWC. Seorang bangla yang menghisap rokok, mengushar gua dengan muka mengesyaki.
Dalam indastri pengechopan penishirtan, orang biasanya datang ke Kenanga Mall tingkat 2, lot 49 untuk beli tshirt blank. Harga kat sini yang nipis (160 kelasnya), RM5.50 sehelai. Yang tebal sikit (190), RM6.50 sehelai dan ada macam-macam kaler. Masa gua sampai, brader Melayu tu sibuk melayan dua orang cikgu yang banyak tanya pasal tshirt berkoler. Tanya punya tanya, rupa-rupanya tshirt roundneck kaler hitam dahabis pulak. Stok sampai 20hb. Mana sempat? Gua jem. Macam orang giler gua masuk ke setiap kedai yang disyaki menjual tshirt blank tapi hampa. Last-last, gua pasrah dan keluar dari bangunan Kenanga itu mencari tempat untuk makan tengahari.


  1. Kalau free tee kaler putih, ok tak?
  2. Putih OK? RT : klu boleh warna lain selain hitam,taux pakai baju hitam tgh cuaca panas perasaan dia mcm dijadikan barbeque ...


Selepas seketul ayam kari dan sesenduk taugeh, kewarasan kembali mengambil alih. Gua menuit sesuatu mencari pendapat dan akhirnya, setelah berdebar-debar dan skizo duatiga kali, gua mengambil keputusan untuk menukar kaler tshirt FREE "Google #Zineskizo" dari hitam gempak, ke putih suci.

  1. Mamat A: tapi nantik exclusivity tshirt hitam ''google zineskizo'' akan kurang... Gua: nakwat camner? DIY maa
  2. Oklah. Buat ni, gua kasi free tshirt kaler putih, tulisan merah.. Ok tak? Cer bayangkan. Tutup mata skrg....

Rancangannya, gua nak chop lambang #zineskizo tu guna dye merah, atas tshirt putih. Terdesak sebab dah jalan jauh-jauh tapi takde tshirt hitam, serta tekanan dari pesanan bertali arus yang diterima, gua tabah jua mencuba rancangan bidan terjun ini. Gua run ke atas semula, angkat 20 helai tshirt putih 190 dan terus start motor dan menuju ke Seremban. Masa dalam haiwey masa kat Bangi, ada satu mamat indon pekerja kontrak agaknya bawak muatan sara dalam plastik hitam memotong gua. Gua ushar plastik kat bakul depan gua yang berisi tshirt. Gua terasa seperti indon tadi.

Sesampainya di Seremban, gua straight ke kedai print kaver. Abang Leprikon dari Bazar Jalan Lee Sam Seremban, tersenyum riang melihat kelibat gua mengambil pesanan. Setelah berbalas-balas pantun, gua meneruskan perjalanan yang 'sarat' ke kedai fotostet pulak.
Pesanan pemfotosetan gua dah siap. Tapi masa gua check, ada salinan yang tak berapa terang tulisannya. Sedikit sound-menyound berlaku yang berakhir dengan semua happy. Kedai fotostet menghadiahkan kotak besar buat bekas kepingan fotostet yang dah gua pesan. Mereka agak sangsi memandangkan banyak jugak kertas yang nak dibawak, dan bakul MOTOR gua pun dah penuh dengan tshirt yang seakan melondeh, dah. Gua cakap semuanya OK. Somehow someway, gua manage susun plastik tshirt tu elok-elok dan taruk kotak atas bakul. Gua pun jalan.
Duatiga kali jugaklah motor gua terhenti tengah jalan sebab kotak kertas tu tertekan button off engine motor. Luhala gua nak start balik sebab motor gua semput, tak berapa disyorkan untuk main start-start drop gear tu...
Sesampainya semula gua di headquarters, gua dah macam nak pengsan. Sembansatan panas berbahang dari tengahari sampai ke petang. Baru nak lepak, Umi, Amaninas dan #JackJack pun baru pulang. Gua ingat nak terus chop tshirt, tapi terpaksa tangguh. Gomol #JackJack dulu.
Malam tu lepas Maghrib, gua tanpa sabar atau waswas terus memulakan proses pengechopan. Gua susun selai-selai semua dalam bilik, bersedia untuk dichop. Dua jam kemudian, 20 helai tshirt #zineskizo versi putih pun, keluar....


Berselerak bilik gua yang memang berselerak

Batch kedua sebab lantai tak cukup ruang

Test dulu blok atas baju. Awak bukan pro..

Dua jam kemudian...

Taraaa....


Blok menyandar setelah selesai job, malam ni

Apapun, pakej #zineskizo masih ON. Satu isu RM25. Tapi baik beli dua isu untuk RM50 sebab nantik dapat Tshirt rare #zineskizo FREE. Dan awasi kemunculan kami di #boco8 nantik. Jumpa di saaanaaaa.