Mari kita amati, kenangan-kenangan yang dah kita perolehi dengan #zineskizo :
|
Zineskizo di #SerembanTunnel bulan puasa, 2013 |
|
Kelihatan #theAmaninas Nina dengan Aya kat belakang berlari-lari |
|
#SerembanTunnel tu kat sini, laaa By today, tempat ni bukan rahsia lagi, tapi hanya yang bersosial media jer yang tau, tempat ni ada hashtag nya |
|
Minizine #SerembanTunnel berkonsepkan typography bertemakan zine, life dan dunia jalanan. Rakaman saat-saat gua di Serembantunnel |
|
Kalau sapa pernah ke #SerembanTunnel akan tahu yang muka depan minizine yang semak dengan tulisan tu, adalah lakaran interior Terowong Pejalan Kaki KTM Seremban |
|
Typografi dipilih sempena nak menggambarkan, betapa mudahnya nak buat zine di zaman gajet dan printing glossy ini... |
|
Ambik gambar dengan idola masa memula pergiatkan semula dunia zine #BookMaggotz pada 2012 |
|
#zineskizo yang asal pre-millenium. Nombor 1 sampai 5. Cuma isu ketiga jer takde. Mana ntah komik tu |
|
NIlah pakej beli zine dapat tiset yang meletupkan #zineskizo masa launching dulu. Tak cukup tangan gua melayannya. Apapun, TERIMA KASIH kepada semua yang sapot |
|
...banyak lagi order yang tertangguh, sebenarnya. Dah dua tahun, dah. Aduyaiii |
|
Semua ni handmade bang..Gua sorang pulak tu... |
|
Antara helaian fotostet yang perlu dilipat untuk dijadikan #zineskizo yang lengkap |
|
#Boco adalah medan pertama #zineskizo keluar dari scene underground ke scene ART dan literature |
|
#Zineskizo #Five #Sick dan #Tu7uh yang epik. Buku handmade, walaupun gua kata ia adalah zine |
|
Ye, cubalah Google #Zineskizo Boleh search juga di FB, Insta, Twitter lagilaa |
|
#Bro Black. Ni adalah gambar pertama yang gua ambik dari dia. Gua jumpa dia dulu atas jambatan #SerembanTunnel Pada saat post ini ditulis, beliau dahada kedai dalam terwong tu. Bagus!! |
|
Gua dengan BroBlack |
|
Tu Bro Ujang. Romantik, berangin tapi all-in-all sempoi punya brader |
|
Gua pernah cerita pasal trip #komplotSeni dengan #Zineskizo ke Terengganu dalam 1 malam? Perghhh wa cakap luuu |
|
Kiri tu Kimok. Yang atas hamparan tu, Amin, anak Bro Black |
|
Antara awek yang sudi belajar busking kat #serembanTunnel . Sapa tau, kami dengan awek tu jadi satu episod epik dalam perjuangan kami di terowong lagenda itu |
|
Selepas setahun di Seremban, gua melebarkan sayap ke stesen Bandar Tasik Selatan or kembarnya: TBS |
|
Tercengang-cengang orang tengok amenda orang jual buku fotostet tepi jalan. I mean...atas jejantas/jambatan |
|
Pengunjung utama, of courselah remaja dan student... |
|
...dan awek-awek yang tertarik dengan kemachoan gua. Eh? |
|
Ni pulak adalah #Paranoir Zine puisi hasil #SerembanTunnel |
|
Zine puisi guna typografi untuk memberikan lebih impak pada isik |
|
Ni muka gua setelah tak tido dua malam. Tu kat Terengganu, tu, dalam trip dengan #komplotseni |
|
Kalau gua ada kat #Serembantunnel , biasanya Amin akan melepak sekali |
|
Bro Blacklah yang memperkenalkan gua pada busking |
|
Bila time takde orang, beliau akan melalak sensorang. Tersentuh gak hati gua kengkadang |
|
Kalau tak, biasanya Bro Black akan bizi. Adaaaa jer orang nak datang lukis gambar |
|
Well, ramai jugak yang datang melepak baca zine, sebenarnya.. |
|
....awek pun ramai gak. Biasa... |
|
Ni cover minizine #SerembanTunnel #2 |
|
Sebuah zine dalam pembikinan. |
|
Taraaaa! Minizine #BTSkizo pulak sempena gua kat BTS |
|
Hari pertama gua kat BTS, gua overnight kat sana. Ni kat Nasi Kandar tu, layan teh tarik pada paginya... |
|
Gua pegi BTS naik komuter. |
|
Yang baju biru tu adalah UNcle Kenny, residen kat BTS. Alhamdulillah, pada hari ini beliau sdah memeluk Islam... |
|
Kalau kat BTS, gua akan henjut sampai last kemuter: 1130pm |
|
Dulu-dulu gua port kat korner atas jejantas area stesen Komuter |
|
Kalau gua tak taburkan zine atas hamparan... |
|
...gua taburkan minizine yang kalerful. Paham sekarang kenapa minizine gua semua ada kaler? |
|
Yang kiri adalah Falah, yang kanan adalah #Zulskizo EPIK. |
|
#Zineskizo #SICK |
|
Letihla pulak nak tulis caption ni bebanyak sampai bawah. Ahh...korang skroll jer lahhh |
|
Budak ni on the way nak ke Melaka. Melalui dia lah gua terpikir nak busking kat Melaka or outside Seremban, other than KL |
|
Bro Black dan Peter: sponsor utama tali gitar time gua busking, sampailah ke hari ini. Kedai Peter yang kat bawah tangga kat KM Plaza tu |
|
Ni masa gua buat demo pembikinan #zineskizo kat Kompleks Seni, KL |
|
Gua plan nak demo tep longkang jer. Tengok ujan pulak. GUa gerilla jerlah dalam kompleks...Hahahaha |
|
Antara peminat yang berminat nak beli bila dah siap |
|
Ada gak peminat yang beli dari pos, datang mintak otograf. Terharu gua bila tengok beliau siap balut dengan plastik. Cam buku teks dah beb |
|
Dulu kat gig atau event. Azam gua melalui #SerembanTunnel adalah membiasakan masyarakat Malaysia tengok orang jual zine, kat tepi jalan.... Ye, buka pintu rezeki baharu... |
|
Buku Jalanan Seremban pun pernah sudi singgah kat #SerembanTunnel |
|
Aya selalu ikut gua pegi #SerembanTunnel |
|
Masalah kat #SerembanTunnel adalah panas, hujan dan angin. Tu yang gua terpaksa pasag kanvas. Sebab kadang-kadang Aya datang |
|
Ada permintaan nak buat satu zine chord. Sejak dari tu lah gua mula berjinak dengan busking. Sebab nak test lagu-lagu yang akan gua muatkan dalam zine tu nantik. Tungguu....hahaha. Masih test lagi... |
|
Minizine untuk anak-anak gua |
|
Gua tak suka anak gua ikut. Tapi pada masa Aya datang #SerembanTunnel tu, maknanya dah takde pilihan lain benarlah tu... |
|
Ni bukan Aya. Ni Anna, seorang Russian yang biasa lepak kat BTS. Sebulan lepas gua kat BTS, beliau takde dah kat sana. Kabarnya dah continue her journey to Venezuela, ke mana ntah.. |
|
Cover #Zineskizo #Five : Kompilasi zine-zine asal premilenia dalam bentuk buku handmade |
|
#Zineskizo #Sick : kompilasi cerita pendek yang berkisarkan skizofrenia |
|
#Zineskizo #Tu7uh : Cerpen pasal 4 sekawan yang terjumpa teknik pelik yang telah membawakan mereka lebih dari sekadar perjalanan yang mencemaskan. Siap ajar teknik tu pada pembaca, dan link ke video youtube untuk sesapa yang berminat nak tau lebih lanjut. |
Banyak lagi kenangan pahit manis yang tak terakam kat blog. Biasanya gua rakam kat Twitter jer. So agak membantu jugak kalau search hashtag #zineskizo #Serembantunnel #Tu7uh kat Twitter, sebenarnya. Tapi, sebab nak pendekkan pencarian, lu cari jer kat Google. Tu sebab awal-awal lagi, tiset epik percuma #Zineskizo tertulis perkataan ajaib itu. Hahaha...
Apapun, gua dok tangguhkan kebangkitan kembali #zineskizo sebab selepas gua start kat Bandar Tasik Selatan, gua dapat kerja kilang semula. Selang setahun lepas tu, gua ke Muar pulak. In fact, post ini ditulis di pejabat gua di Muar time bos gua tengah cuti. Hahahaha... Gua berazam untuk sambung kembali lagenda #zineskizo ni demi menyediakan esok yang lebih baik untuk anak-anak dan keturunan gua. Tunggu...
Dan semua ini, takkan berlaku, tana sokongan dan penyaksian dari korang. Ye. Anda. Yang membaca benda ni samada dengan sengaja atau tidak. Anda adalah sebahagian dari hidup seseorang. Jadilah, sebahagian yang positif, dan menceriakan. Ciao!