Aku baru menonton siri Eli Stone kat TV2. Aku suka siri ini. Tak macam Ally Mcbeal yang lebih tertumpu kepada fantasi murahan, fantasi Eli Stone lebih kepada visi. Dan seperti biasa, visi atau premonition adalah sesuatu yang akan diketawakan jika dikongsi dengan orang yang tidak memahami. Siri Eli Stone semalam mengingatkan aku kepada salah satu spektrum dalam karier aku sebagai jurutera. Masalah utama seorang jurutera sebenar ialah masalah berkaitan pilihan etika. Kalau setakat masalah teknikal, kita boleh repair atau pakai statistical tools nak bantu kita buat decision. Tapi bila berdepan dengan masalah macam menyembunyikan kebenaran atau memilih duit dari dari kemanusiaan, aku akan panik. Aku akan gelabah. Dan pada masa-masa macam ni, aku akan mengalami halusinasi, macam dalam cerita Eli Stone.
Cuma bezanya, halusinasi aku tak membantu dalam menyelesaikan masalah aku. Makin meng screw-up kan lagi keadaan, ada laa. Hahaha.