Friday, November 30, 2012

#ZineSkizo #SICK

#ZineSkizo #SICK

Walaupun gua tak berapa aktif dengan Facebook, nak tak nak gua terpaksa jugak menyusupkan diri gua yang tak berapa senang kalau disusupkan ke dalam ruang saiber yang dikatakan menjadi alat CIA dalam mengkaji kaitan antara kau dengan terorisma, ini. Gua tak kesah. Diorang nak check bontot gua pun gua tak pedulik. Gua takde apa nak sorok dan gua tak salah. Salah ke gua bercakap? Salah ke gua kongsi perasaan gua? Lu takde perasaan, memanglah takde benda yang nak dikongsikan. Memanglah senyaaap jer.

Apa-apa hal pun, ni dia link ke FB page akuskizo yang unggul dan subliminal tu. Sila LIKE dan order #ZineSkizo dari gua secepat mungkin.

Klik gambar untuk ke FB page akuskizo. Sila LIKE

Terus terang gua cakap, gua tak berapa nak hapdet page kat FB tu. Yang gua rajin hapdet ialah twitter. Tapi dalam twitter pulak, gua randomkan tuit-tuit tu, agar gua sendiri tak dapat nak trace gua tengah pikir apa masa gua menaip natang tu. Tapi sebab gua lebih bijak dari gua, kalau lu nak tau hapdet pasal zine ni kat twitter, search ajer tag #ZineSkizo dalam twitter tu atau gugel ajer tag tu.

Klik gambar untuk ke Twitter page #ZineSkizo 

Apa-apahal pun, gua nak ambik peluang dalam post ni untuk mengucapkan terima kasih kepada semua rakan Twitter yang memesan zine ni dan secara tidak langsung beri gua sebab untuk melanjutkan lagi evolusi hidupan seni abstrak yang semakin pupus ini. Gua ingat industri zine, bahan bacaan DIY dan perjuangan kebebasan untuk hidup bebas dari kapitalisma melampau dah takde. Ada lagi. Tapi kalini pejuangnya memang dah betul-betul underground. Masakan tidak? Dah dunia upside down, ye tak?

Akhir sekali, majulah #ZineSkizo untuk kebebasan minda! #GualuGualuGualuGimam