Gua mulakan dengan menyusun sepuluh aksara dan buat muka kesian, mengadap kawan-kawan yang amat penyabar lagi memahami, yang telah memesan dan menunggu hingga mencapai maqam kewalian, pakej #zineskizo #Sick + #Tu7uh, sejak May. Ye. Bulan 5.
Sebagai alasan pertama, gua amat busy sejak kebelakangan ini dek kejayaan teknik pemasaran baru di Twitter. Teknik ni akan gua kongsikan dalam projek akan datang #zineskizo (see? Berjanji lagi?) yang cerita pasal camana nak buat, promo dan jual zine, tu. Hehehe. Anyway, akibat teknik baru ini, jumlah permintaan #zineskizo ada sedikit mendadak. Kemendadakan ini telah membuatkan gua selaku pelaku utama semua benda ni tak cukup tangan melayan DM dan sms yang dok bertanyakan amendernya #zineskizo ni. Dari budak-budak PMR, sampailah ke profesore dan doktor separapsikoloji nak kena gua jawab. Naik kematu jemari gua menaip. Sibbaik gua pawer. Ini alasan pertama.
Kalau alasan tu tak masuk, alasan kedua gua ialah kepala gua agak pewai sempena bulan Jun sebab ia bulan besday. Besday Nina pada 3haribulan, gua pada 25 dan Umi pada 4 hari bulan depannya. Dapat lak dalam bulan Juna memang ada lawan Japan GT kat Sepang yang memang gua azam sejak grad nak pegi, tapi dapat pegi sekali jer so kalau bulan Jun, gua agak emo. Eh? Buleh pakai ke alasan ni? Hehehe.
Alasan ketiga ialah gua kalut nak rilis #La8an. Oleh sebab kepala gua pewai, ada sekali tu gua tercerita apa dia #La8an tu hingga menyebabkan pesanan #zineskizo melonjak lagi. Makin pewai la gua. Pewai-pewai pun, gua dok tangguh-tangguh buat keje sebab sen asyik nak kena rolling beli diapers dan susu Amaninas serta #JackJack. Dapatlak Uminya ada banyak kursus serta #PRU13 pun baru lepas so banyak masa gua digunakan untuk menangkap Amaninas dan lap muntah (dan bontot) #JackJack. Akibatnya, makin banyak pesanan tertangguhh menyebabkan gua semakin pewai.
Alasan seterusnya agak advanced sebab dia gunakan alasan-alasan di perenggan sebelum ini untuk mengatakan yang minda gua tertekan sepanjang Jun. Ketertekanan ini amat tidak sihat sebab proses pembuatan #zineskizo ialah menggunakan tangan dan minda (kaki pun ada jugak kadang-kadang), dan bila jiwa tertekan, kualiti kerja seni yang dihasilkan tu susah nak masuk feel. Baru lipat selai, Nina nangis kena sakat kat Aya. Baru gam tiga buka, #JackJack batuk kawkaw sampai nak muntah (tapi bila kita sampai kat dia, dia senyum jelir lidah). Camana gua nak fokus? Hehehe. Agak kasar alasan ini.
Lagipun kepala gua tengah fokus pembikinan #La8an yang dah siap sebenarnya tapi gua masih tak puas hati. Dapatlak tiap kali gua melipat #zineskizo, ada jer ilham baru yang boleh dimuatkan dalam #La8an. Tu yang asyik tangguh-tangguh rilis #La8an. Kononnya haritu nak rilis masa #365BJS, miss. Nak rilis pada #KLZineFest pun, miss juga nampaknya. Yang pressurenya, dahada orang siap bbagi duit oder lagi isu ni padahal gua masih tak finalize reganya. Haissshhhh. Tensi gua...
Tapi apapun alasan gua, gua nak mintak maaf pada semua atas kelewatan ini. Yang penting gua tak kelepet. Benda ada. Cuma kadang-kadang tu nafsu serakah membuatkan gua merolling stok-stok yang dah siap buat duit tambahan time-time tetiba teringin nak bekfes kat mekdi.
Apapun alasan gua, gua bertanggungjawab atas kesalahan ini dan gua mintak maaf kepada semua atas kelewatan penghantaran. Jangan. Risau, barang ada. Insya Allah, minggu depan sampai.
Anyway, kalau sesapa nak oder #zineskizo, boleh sms nama dan alamat ke 017-tigatujuhsatu 1659... Sila Reblog. Eh?
P/S: oh ye...gua juga jual buku #Faust yang dikeluarkan oleh Institut Terjemahan Buku Negara yang diterjemahkan oleh Latif Mohideen. Kat luar RM150 tapi kat gua, RM145 jer (termasuk postage).
Hep! Hep?
#zineskizo !!!