Monday, February 18, 2013

Sakit

Bagaimana lagi nak kuceritakan, kisah sama yang ingin dilupakan. Lain kali jangan buat camni. Cakap ajer padaku, akanku perbuat apa yang perlu.
Kerana persatuan tak boleh ada paksaan. Ini bukan demokrasi ada majoriti ada minoriti. Sebelah tangan bertepuk takkan berbunyi. Melainkan ia dilempang ke pipi sendiri. Dan itu bukanlah sesuatu yang baru. Melempang dirisendiri adalah ritual padaku.
Di celah kehebatan, tersembunyi kelemahan. Dan ia telah memakan segala apa yang telah lama dinafikan. Dan kini ia telah mengambilalih. Yang tinggal hanyalah keterusan.
Jangan ditanya bagaimana selepas ini. Jangan dipeduli apa yang akan jadi. Kerana aku tak pasti akan ada esok yang kesiankan diri ini. Bahkan harini pun rasa bagaikan dah mati. Lapar dan dahaga saja yang menjadi pengisi.
Biarkan. Biarkan. Aku memang dah biasa dibiarkan. Lihatlah aku membiar-biarkan diriku. Jika ada satu kelebihan ia pastilah sentiasa berada dalam keadaan terbiar. Bukanlah aku tak mampu mengurus diriku. Soalnya sekarang ialah 'mahu'.

Published with Blogger-droid v2.0.10