Tuesday, April 30, 2013

Baru baik demam, dah demam balik

Sebaik gua kebah demam dan sakit tekak haritu, gua terus mengejar pesanan untuk #zineskizo yang dah bertimbun tertangguh. Alhamdulillah, sebaik habis aktiviti perlipatan, penggamman dan pengguntingan, gua pun demam balik...
Teruskan menyapot #zineskizo!!
Hep,hep!
Horay!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, April 25, 2013

Gua tak berapa sehat sejak kebelakangan ini...
Lepas demam, sakit tekak. Nina pulak demam. Tonsilitis...
Tapi gua catchup....Lekkkk...

Thursday, April 4, 2013

#ZineSkizo #Sick dan #Tu7uh Mengganas

Sejak pelancarannya haritu, sampailah ke hari ini, malam gua dah tak sama. Biasanya gua boleh jugak menuit cam orang gila mulai tengah malam hingga 4pagi. Sekarang, semuanya jadi kenangan. Apataknya, orang mengoder pakej #zineskizo yang dapat free Tshirt tu tak henti-henti sampaikan jemari gua dah naik kematu dok melipat kertas dan pinggang gua naik krem dok duduk menyangkung (masa nak print Tshirt) lama sangat. Lelama kalau tak kena darah tinggi, mau kena buasir gua ni.
Apapun, gua amat terharu dengan sokongan kengkawan yang tak kasi chan kat gua. Ni dah third batch dan hampir semuanya dah berpunya. Stok gua nak display kat @BJSeremban Ahad ni pun dah kena rembat. Mungkin kerana isu yang dikupas dalam #Tu7uh ni agak hardcore. Atau mungkin sebab Tshirt free ni tak dijual kecuali hanya dengan membeli zine. Entahlah. Apapun, gua dalam komplen-komplen ni, syukur jugaaaaak *hentak dahi kat lantai sebab keletihan*

MAJULAH #ZINESKIZO UNTUK MALAYSIA! HAHAHAHA...

Published with Blogger-droid v2.0.10