Sunday, July 7, 2013

#ZineSkizo di #KLZineFest 2013

Pemandangan dari meja #zineskizo.

Banglo Merah

Nizang dan "brader yg asyik lekatkan tiset kat dinding"

#Zineskizo dengan jiran

Jiran meja sebelah yang kerjanya ketawa ajer

Di sebelah sana booth luar. Ada Yard Sale

Merchandize #KLZineFest: notebooks and posters

Macam orang pangkal, tapi gua beli Maximum RocknRoll dari dorang

Meja Abam Talib, organizer kita...

Pemandangan dari dalam banglo merah... ada aircond

Zine FragranFrantik

Team Baik. I mean, FIXI
 
Team neutral; BIJIpress. Ahahaha

Merpati Jingga?



Pemandangan dari belah 'sana' dalam. Amender gua tulis ni?
Abam-abam karikatur

Zine dasat, ni. Rambang bijik mata gua... #AktaKlausa

Gua terus jatuh cinta dengan zine ni. Apa nama dia ntah

Siap ada free pil vitamin C, dowh

Mereka kenal gua, gua tak kenal mereka. Tapi kami ketawa.
Ahahahaha

Yang gua kenal kat meja ni, cik @chirpyChummy dan @aimartian jer


Otai-otai Seremban underground scene,
ushar jer bebudak muda lari-lari depan dia...

Ada persembahan budaya. Budaya bawahtanah. Ahahaha

Pemandangan dari tingkat atas Banglo Merah


Ada mini galeri kat tingkat atas



Menjelang petang, teman-teman yang ada event kat Bangsar pun sampai..

Mamat tu bukan performer. Kebetulan dia taknak tepitepi
masa gua ambik gambar ni. Ye. Yang pakai botak tu Bob.

Suasana masa 5petang sebelum bateri hempon gua kaput.
Biji beb. #zineskizo habis.
Sedikit sketsa dari apa yang dah berlaku masa #KLZineFest:

Semua orang perasan Joe Kidd baru sampai dengan gerombolannya. Selepas salam-salam sipsipsip, tumtumtum dengan sesiapa yang nak main pok amai-amai dengannya, beliau terus masuk ke booth jualan yang kat luar Red Banglo. Dua meja kemudian beliau sampai ke meja gua: meja #Zineskizo. Masa tu buku #Faust dah ada orang rembat. Zine pun dah habis. Yang tinggal cuma dua keping #Sick, yang salah satunya tak dijual sebab ia prototaip pertama dan #Five yang juga tak dijual sebab for display purposes only. Joe Kidd selak-selak #Sick. Dahinya berkerut. Gua tahu benar signal ni.

Gua : Itu evolusi dia yang latest, bro. Ni dia kompilasi zine asal circa 96 (sambil hulurkan #Five)
         (Joe Kidd ambik. Dia selak-selak)
Joe : Berapa ni dua? (sambil tunjuk kat #Sick dan #Five yang tak dijual. Gua serba salah)
Gua: RM40 jer bro.
Joe: OK (bukak wallet)
Gua: Dapat free tshirt bro. Lu punya saiz...Ermmm... M boley?
Joe: Boley (sambil hulur duit)
Gua: Terima kasih bro.
Joe: Hmmm (dan bla)

Gua berpusing dan menjerit pada jiran-jiran seperniagaan: "JOE KIDD BELI PAKEJ #ZINESKIZO!!"

....Malangnya, hempon gua dahabes bateri masa tu

#zineskizo di #365BJS

Sabtu lepas, sambutan ulang tahun ke setahun @BJSeremban telah diadakan di TM Bistro, Seremban. Gua yang dah lama dok Seremban, ataupun selalu lalu-lalang depan kuil tepi Padang MPS tu, tak pernah perasan ada bistro kat sebalik pagar dan bangunan kerajaan lama yang seakan tak bertuan. Rupa-rupanya bistro ni kedudukannya memang tersembunyi sedikit. Nak masuk kena masuk either dari gate TM yang opposite AnW, atau lalu depan masjid. Kalau lu berdiri sebelah patung-patung kat kuil opposite bistro ni, baru lu boleh nampak clear. Ahahaha.

Gua sampai sana dalam pukul 3pm. Sampai-sampai jer gua terus salam semua orang dan seperti biasa mencari booth yang sudi menumpangkan gua. si @ChickenBaik, telah sudi bekongsi katil dengan #zineskizo. Gua pun apa lagi? Bagaikan Belanda dapat tanah laa...Conquer semua. Hahahaha.
Luas jugak interior TM Bistro dengan atmosfera ala kedai makan American 60's dengan dekorasi berupa frame gambar dari UltrasN9. Santai dan tenang. Majlis bermula dengan MC memperkenalkan setiap wakil dari booth untuk memberi sepatah dua kata. Ada wakil dari Institut Terjemahan Buku Negara, LEJEN/FIXI, SelutPress, dan Jobho Clothing. Wakil-wakil indie macam #zineskizo dan #PenyajakGerilla (yang jual stuff dari PyanHabib) tak dijemput pun untuk mematahkan kata. Ahaha...

Rata-rata yang datang adalah kawan-kawan yang dah memang biasa dengan @BJSeremban serta gerombolan students dari Uitm Kuala Pilah. Kebanyakan datang sebab main attraction: brader Pyan Habib. Gua melepak dengan brader-brader dari ITBN, berborak pasal #zineskizo #Tu7uh dan kristos eksperimen. Lama jugak kitorang 'lesap' dari suasana #365BJS tu dek leka dengan borakan gua. Dapatlak ada student dari Pilah yang datang sebab nak baiah ilmu #ChristosExperience dari gua. Ahaha.

TM Bistro kalau dari luar. Nampak macam private party jer

Deretan abam-abam yang penuh pengharapan

Rakan sekatil #zineskizo pada hari itu: @ChickenBaik wakil dari @SelutPress
Chicken yang pakai tee hitam. Yang lagi dua tu, gua ingatkan jin. Ahaha

@Hafizaira sedang cemas memastikan lojistik PyanHabib under control
di sebelah tiang yang terlekat gambar kenangan #365BJS



Tokey #Jobho, menjobho macam biasa
Tetiba gua macam malas nak abeskan post ni. Ahhha...Gasak ahhh...
*tekan butang post*