Monday, March 14, 2011

Pembedahan apendiks yang skizo 1






"Abang kena pakai sarung kepala ni, nak halang rambut abang masuk dalam perut abang, masa operesyen nantik" kata misi itu sambil menonyohkan surgical-headcap itu padaku. Aku cuma memegang bendalah tu sambil menahan kemut di punggungku akibat kesejukan. Aku dah salin pakaian ke pakaian pembedahan. Dan aku rasa, akak misi tu dah kasi saiz yang agak kecik padaku. Hampir separuh, punggungku kelihatan. Patutlah sejuk.


"Akak..." panggilku manja buatbuat mesra. Maklumlah, hospital kerajaan. Kena cakap bebaik. Sekarang ni, semua henfon ada kamera. Aku dah lah seksi, ni. Aku nak tukar ambik baju besar sikit. Bahaya kalau aku berbaring kalau camni. Nampak kantung kalau ushar dari bawah.


"Adik baring kat atas tilam ni, kejap lagi ettenden sampai" kata misi tu memotong pemikiranku dan berlalu. Aku terpinga-pinga berdiri dengan headcap yang terbalik melihat misi keluar dari bilik. Brrr...Sejukkk...



"Tu lah kau. Aku dah cakap. Jangan kuat makan jambu, tu. Kan dah kena appendikkkkk" kata Abu padaku masa kat klinik semalam. Aku menahan sakit di perutku. Rasa macam ada benda menyucuk dan kembung kat belah kanan perut ni. Rasa macam nak terberak, tapi tak tau nak teran kat mana. Rasa kembung yang tak ilang dengan Eno. Haduiii. Berdenyut-denyut lak tu. Dah berpuluh botol pil chikitek-aun aku telan. Takde perubahan.


"Kita gi hospital straight, la? Tak senang hati, aku tengok kau camni. Dah, misi! Kensel-Kensel! Kitorang pegi hospital jer la!" kata Abu sambil membantu aku bangun dari bangku panjang tempat menunggu. Kelihatan beberapa jururawat klinik tu membantu memapahku ke luar. Mereka berhenti di pintu klinik.


"Naik ambulan klinik, laa" kata kakak receptionist klinik. Pintu klinik dibuka. Abu membantu memapah aku ke atas stretcher dan ke dalam ambulan. Semuanya kabur selepas itu. Sedar-sedar, aku dah sampai kat wad kecemasan hospital besar.

Aku mundar-mandir dalam bilik tu. Ubat bius ni power jugak. Aku menepuk-nepuk perutku tang yang sakit tadi. Takde apa-apa. Aku buat aksi macam Superman sekejap. Dan ketawa sensorang. Hmm. Aku naik ke atas tilam dan menunggu.

"Alaahh, tak paper, der. Nama, pun pembedahan kecil. Kau jangan risau" tenang Atan padaku kelmarin. Dia pernah alami pembedahan apendiks masa kecik-kecik. Siap katanya dia mintak nak tengok, lagi. Atan nampak doktor dan misi memotong kulit perutnya memasukkan tangan mereka ke dalam, menggodek-godek sesuatu, dan akhirnya mengeluarkan benda yang nampak macam perut ayam keluar dari perutnya. Dan sepanjang masa tu, Atan menyaksikan semua itu berlaku ke atasnya. Yang paling penting, masa tu Atan ialah form three.


"Elleh, budak limabelas tahun boleh, takkan aku tak boleh?..." cakapku sorangsorang di bilik menunggu. Aku kena naikkan semangatku. Perut pun berbunyi-bunyi tanda setuju. Abang attendant ni, mana ni? Orang dah sejuk dah baring atas katil ni?


"Ada kawan abang tu, dia jumpa ada sorang Tok tu kat Kuala Pilah. Atok tu buat pembedahan ghaib. Ramai orang buang apendiks dengan dia.  Kawan abang tu pun buang apendiks dia kat atok tu. Kau pegi, la try..." kata seorang brader dari shift B yang menemani aku merokok ada satu masa dulu. Masa tu, sakit kat perut aku ni takde lah sakit sangat.


"Kau dah tau kau apendiks, kau bantai gasak makan cili macam makan keropok, mana tak berdenyut benda-alah tu?" marah bapak aku masa serangan kesakitan masa hari Raya tahun lepas. Sejak dari tu lah kesakitan kat apendiks aku ni menjadi-jadi.


"Bijik cili yang tak hadam tu, dia berkumpul dalam apendik. Dia punya kemikel romenz dengan benda lain dalam kantung apendiks kau tu yang buat dia meradang, tu" explain abang karkun kat aku masa sessi soal jawab selepas ceramah mingguannya di surau dua minggu lalu.

Aku berbaring di bilik pembedahan dengan lampu terpancar padaku. Mukaku bertutup topeng gas. Di sisiku kelihatan osiloskop dan peralatan dari stainless steel yang nampak mencemaskan memandangkan yang menjadi subjek ialah aku. Kelihatan juga aku yang sedang berbaring ni dihadap oleh beberapa orang yang nampak berminat dengan ruang di abdomenku. Mereka berkata-kata dalam bahasa yang tak aku fahami. Seorang yang nampak macam kepala, dengan kedua tangannya mengadap ke atas, mengangguk dengan perlahan. Kelihatan yang lain mengangguk tanda paham. Tah kenapa, dadaku berdebar.



bersambung pagi esok!

seram



apakah seram? bila sebut seram, kebanyakan terbayang mata terbeliak berurat merah, mulut ternganga histeria, darah, pembunuh bersenjata. Ada yang terbayang kepala yang pecah, isi perut yang terburai atau paip yang tertusuk di paha. Dewasa ini, semakin ramai pula yang menganggap kena rompak, kena denda atau kena buang kerja itu yang lebih menyeramkan. Namun, apakah seram?

Seram berkait rapat denagn perasaan takut. umumnya manusia takut kepada sesuatu yang tidak difahaminya. macam penyakit, hantu atau jenayah. Ketakutan datang bila manusia tidak mampu mengawal apakah yang bakal berlaku kepadanya selepas ini. Lebihlebih lagi bila mereka tak buat persediaan untuk menghadapinya. Lebihlebih lagi bila mereka sangka ia hanyalah pembedahan kecil. Pembedahan nak buang appendik, misalnya...


ikuti kisah seram di bilik pembedahan pada malam ini!
atau kisah hantu kain sarung yang menjadi misteri hingga ke hari ini

Harini aku nak Emo Gila



Aku bukan badmood
Atau salah bantal
Pagi ni aku emo gila
Aku emo tak tentu pasal 

Aku tak tau pada siapa
Atau pada APA
Kerana aku masih tak mengerti
Apa yang sedang berlaku sebenarnya

Kacaubilau, bunuh mati, huruhara.
Bukan di sini atau di sana saja
Bahkan di SELURUH dunia.
Dan seolah-olah tiada gunanya
Aku beria-ia bekerja
Sedangkan semuanya semakin celaka.

Apa gunanya aku mematuhi lampu hijau bila konvoi ketuaku main langgar jer lampu merah?
Apa gunanya aku mengadu pada ketua kampung atau ADUN bila aduanku kat ADUAN RAKYAT lagi efektif?
Apa jadahnya aku bersusah payah macam mintak sedekah dengan customer sebangsa seagama aku ni nak pasang awning dia, kalau aku boleh bawak kertas laminate dan chong duit derma dari foreigner-foreigner yang berlambak kat KLCC sekarang?

Apa gunanya?
Apa gunanya aku ikut jalan susah payah kalau jalan senang tu,
Jalan pijak kepala orang tu,
Jalan tak amanah, rasuah, curi, rompak tu,
Jalan putar alam, DOremi Bujang Lapuk tu,
Jalan blogger, trafik, SEO, keyword itu,
Hanya semudah memetik jari?

Apa gunanya semua ini?

Aku menuding, aku menuduh, aku menghina
Ye. Kan aku dah kata:
Harini aku emo gila.