Wednesday, March 16, 2011

Hantu kain Sarung 1



Cerita penduduk kampung yang mendakwa melihat hantu kain sarung, telah membawa dua wartawan majalah paranormal dan psikik ke kampung tersebut. Ketibaan mereka disambut dengan senyuman sinis bila cerita hantu kain sarung itu diketengahkan.


"Hantu tu mula muncul sejak kampung ni ditimpa masalah air" kata seorang pakcik.


"Paip utama saluran JBA ke kampung ni pecah masa banjir besar 3 bulan lalu. Jambatan pun pecah sekali. Tapi sebab kat kampung tu takde sesapa yang ada sedara mara dengan ADUN atau ketua kampung, maka keadaannya menjadi terbiar" cerita seorang pakcik dari belakang pula.



"Lepas tu diorang buat projek melebarkan sungai tu pulak, lepas banjir tu" kata seorang lagi.

Dua orang wartawan itu tak nampak apa relevannya cerita paip pecah dan masalah bekalan air kampung ini dengan hantu kain sarung yang mereka buru. Pakcik ni ingat diorang ni ADUAN RAKYAT ke apa?

Mereka meneruskan penyiasatan mereka hingga membawa mereka ke rumah seorang lagi pakcik. Pakcik itu sedang melepak di bawah pokok jambu di depan rumahnya ketika di temuramah. Tak terpikir langsung pulak pakcik tu nak hidang air ke, kueh ke petang-petang ni. Orang dah sorong kamera kat lubang hidung dia, ni. Tak paham-paham lagi? Eh? Menyimpang pulak.

Menurut pakcik tu, hantu tu biasa kelihatan di waktu senja kat area sekitar parit besar yang kontraktor tu gali untuk saluran sungai yang baru. Kontraktor tu takleh buat camtu, kata pakcik tu. Patutnya parit tu bengkok sikit, masuk dan melalui kawasan kebun dia kalau nak elakkan bukit kat kebun Amat kalau buat parit lurus. Nak gali bukit, sama je kosnye kalau detour lalu ikut kebun dia. Dapatlah gak dia merasa duit pampasan, oops! Terlawak pulak.

Bila cuba digambarkan, hantu itu tidak berkepala, cuma berkaki dan dari pinggang ke atas; di selubungi kain sarung. Biasanya hantu dilihat tercongok di tepi parit. Orang kampung cakap hantu tu makan ikan. Ada jugak orang cakap itulah hantu Badang. Takder pulak yang berani nak try makan muntah dia. Menurut pakcik tu lagi, bila hantu tu tahu ia diperhatikan, hantu itu akan datang berlari ke arah orang yang memerhatikannya. Kira jangan bertentang mata,lah. Dia akan datang meluru dengan raungan yang menakutkan. Masalahnya, matanya tak kelihatan sebab area pinggang ke atas terselindung dek kain sarung. Sapa tak seram tengok benda tak de badan atau tangan cuma kaki ajer datang meluru meraung-raung ke arah kita? Dah 4 orang budak kampung demam disampuk dek hantu tu. Kononnya diorang nak tangkap hantu tu. Last-last, diorang yang demam. Nyusahkan orang betul. Dah tua-tua pun demam.

Ketika ditemuramah, Abu, salah seorang budak demam yang telah menyaksikan hantu itu secara live, berkata dia lebih rela makan bubur dan ikan bilis goreng sepanjang hidupnya dari diingatkan dengan kejadian tersebut. Semuanya berlaku terlalu pantas ketika dia diserang oleh hantu itu. Tuptup, Abu tersedar di atas kusyen rumah Pak Samad setelah mukanya basah dilap air yasin. Atan yang bersama Abu pada masa itu pula, enggan ditemuramah. Dah berapa batang surya disogokkan kepada Abu namun, Abu tetap enggan mengongsikan pengalaman ngerinya.

bersambung...

Aku mahu mengenalimu




Di saat sebegini,
Aku terfikir;
bukankah manis jika,
Aku mengenali mereka semua ini
BUKAN dalam keadaan
Yang sebegini?