Tuesday, January 18, 2011

Interlok


Racial remarks. Kebebasan berbahasa. Kebebasan berkatakata. Bebas. Rebel. Anarchy. Chaos. Hahaha.

Kita orang Malaysia memang harmoni. Sehinggalah ada sorang mamat yang berlaku kurang hajar pada kita. Dapatlak dia main makbapak. Walaupun kita sendiri pun tak berapa nak hajar dengan makbapak kita, kita macam naik hangin plak bila ada orang yang mencaci mereka. Tak kisahlah orang itu sapa, baik banglong atau dikcik kita.

Dan bila orang tu orang lain dari bangsa kita, kita agak terasa bila dia menggunakan remarks yang macam menjatuhkan bangsa kita. Seolah-olah kita nilah contoh jagoan terbaik dalam bangsa kita ni dan authority yang paling berwajib dalam bersuara mengenai sesapa yang mempermainkan bangsa kita. Atau menganggap orang itu adalah dari golongan mendatang atau minority lalu mereka tak berhak nak kata apa-apa tentang cara kita melayan mereka. Atau menganggap orang yang bercakap itu menindas hak asasi kita sebagai manusia. Bukan kupinta, lahir ke dunia...

Apa yang kecoh-kecoh, ni?

Kalau benar pun Interlok itu mengandungi unsur yang menghina sesetengah pihak, biarkan jer lah. Kalau betul ada keling yang paria nya, maka mestilah juga ada melayu yang hampeh nya atau cina yang lohong nya. Kita boleh jadikan sempadan kepada budak-budak tu. Budakbudak kita ni, diorang tak suka ulang benda yang ada dalam buku teks. Jadi benda mencarut semua kita taruk dalam buku teks.

Dengan cara ni, diharap agar rakyat Malaysia akan lebih bersopan santun dalam memundekkan diri.

Meregister kelas di UNITEN2



"Bang! Is everything OK? Is everything, amaginizing?" tanya Ijam dalam henfon aku. Aku terkembali ke realiti akibat revelation yang aku kena cari Rm1000 dalam masa 2jam 53 minit.

Aku cakap: "Start motor"

Aku bergegas keluar dewan registrar. Kengkawan yang tadi ramah aku tegurkan, aku tak berapa nak fokus sangat dah bila bertemu. Sekadar ok-ok bye-bye jer. Aku lebih terfokus pada mana nak cekau duit, ni?

Sebagai seorang budak kampung yang tercampak ke universiti dengan pinjaman MARA ni, aku bukan berduit sangat. Tapi selera tinggi dan reputasi kena jaga sebab kita berada kat universiti. Almaklumlah, aku budak kampung jer kat sebuah kota metropolitan bernama UNITEN.


"Den kono carik seribu,lah Jam" aku cakap kat Ijam. Ijam tengah pakai helmet sebab tengok aku pun pakai helmet dan nampak tergesa-gesa naik atas NBN791; 125Z yamaha warna biru. First model, derr...


"Mintak kek omak Ijam, laa" kata Ijam direct.


"Ijam, kok yo pun, takyah lah cakap kok kuek (kuat2)" kataku. Aku kickstart NBN791. Dia hidup. Aku mainmain. RPM naik cam game Need For Speed yang menjadi kegilaan aku masa tu. Hei...aku just a budak u.


"Kito kono jumpo omak kau kek kerinci" kataku pada Ijam. Ijam dah naik kat belakang. Takder la peluk-peluk sebab kami profesional. You should see us taking corners atas NBN791, tu. Kami dah layan hampir seluruh lap dan corner susur keluar dan masuk sekitar TOL PLUS Bangi ke Sungai Besi ke Kg Baru. Hehe. Ajak pun pernah jadi saksi.

Tangtang tuu lah hari pulak nak hujan. Bukan nak hujan, lagi. Dah hujan pun. Ijam dan aku sebagai what you call mat rempit memang tak pernah membawa baju hujan. Yang penting hati kering. Kami dah basah kuyup masa merentasi laluan roundabout lepas exit Uniten nak ke UPM nak ke Sungai BEsi. Kami berniat nak ke Flat Blok L, Kg Kerinchi, WP. Lencun. Siap berenti kejap ambik hongap sebelum memulakan journey dari Uniten ke Kg Kerinchi, naik sebijik motor 125Z.
Surau kat Setinggan Kg. Kerinchi

Aku terpaksa mengeluarkan skil yang terpendam dalam jiwaku. Aku dah berlatih lama masa aku sensorang tapi yang ni aku bawak Ijam kat belakang. Dalam hujan lebat. Dari Exit Tol Plus UPM ke Sg Besi, ke Kg Kerinchi ikut Jalan Tmn desa waterpark tu. Minyak sibbaik OK. Kami menarik nafas dan meredah hujan, pergi KgKerinchi, ambik duit, balik balik ke UNITEN, jumpa registrar, bayar kat accounts, bawak resit dan pergi ke kaunter log in dan register satu kelas cilaka yang aku kena repeat tu!

NBN125Z pikap cam biasa. Tarahal der, setakat nak bawak Ijam dan aku. Aku rasa tune dan lajaknya pun dah macam serasa dengan gaya pemanduan Ijam dan aku. Ijam owner. Dan aku paling suker masa Ijam kasi ketat handle tu. Cone handle? Pergh. Tak goyang ambik corner, beb.

Kami meredah laluan plus highway bermula dari exit UPM. corner susur keluar ke jalan haiwei arah sg bsei tu takleh terjah jer. Kena tengok trafik. Ada yang laju. Ada yang bawak kat lorong emergency. Ada rodblok ke...

Entry kami ke dalam haiwei bagus. Ada sebijik lori besar bawak ala-ala 70-80km/j berlalu dan kami ikut belakang dia. Kami kasi tune kan diri dulu sebab hujan turun abnormal lebatnya. Jalan tar jadi licin dan ada kawasan yang berlopak. Kalau pecutan motor aku cukup laju, aku berkemungkinan jalan atas air dan menyebabkan tayar motor NBN791 tu berjalan di atas air. Kami boleh off balance dna trip dan tercampak ke depan dalam kelajuan 80km/j ke atas jalan tar tanpa jumpsuit atau sebagainya. Ijam pun sekadar pakai sandel Sandak yang dia jumpa sebab selipar lawa dia hilang kat masjid uniten semalam.

bersambung....