Bila zine dah jadi blog, patutnya presentation zine pun lebih kreatif. Patutnya gambar hitam putih zaman fotostet duludulu tu dah kaler-kaler. Pastu artikel lebih uptodate dengan isu terkini. Lepas tu kena ada band review atau promo gig dan zine nak kasi tunjuk yang kita ni 'in', terlibat dengan aktiviti per-underground-an domestik.
Bila zine dah jadi blog, patutnya lebih banyak perbincangan ilmiah yang berlaku dalam komuniti underground. Isu-isu terkini lebih cepat tersebar. Band lebih mudah nak naik, promo gig lebih murah dan lebih mudah nak contact distro like never before. Budakbudak lebih dewasa dan intelijen, awek-awek lebih kiut dan mutu lagu dalam scene kita lebih baik dari 10-20 tahun dulu.
Bila zine dah jadi blog, patutnya si editor zine lebih matang dalam mempersembahkan produknya. Mereka lebih bijak dan toleransi sebab budak underground bukan bergaul takat MelayuCinaIndia ajer. Artikel dan tulisan lebih menarik dan bermotif. Daripada asyik-asyik cerita benda yang takde kena mengena dengan mereka. Ataupun sekadar menyampaikan benda-benda cool dalam internet yang mereka jumpa (dan jangan lupa backlink, ye). Dan mereka patutnya dah dewasa dalam menguruskan emosi daripada mempengaruhi karya, atau komen mereka terhadap pembaca.
Bila zine dah jadi blog, patutnya lebih banyak isu terbaru yang dikeluarkan. Bukannya sekadar menumpang populariti isu lama dengan merecycle mastercopy yang dah hampir reput. Patutnya zine itu dah evolve dan mencuba benda baru daripada nampak macam tak berubah dari mutu zine fotostetnya zaman pakai ink powder.
Bila zine dah jadi blog, patutnya lebih banyak lagi stuff rare dalam underground ni yang dihasil atau diexposekan. Lebih mudah para pengumpul kolektibel, LP dan vinyl rare nak kongsi hasil seni itu kepada dunia. Lebih berkembang kepala hotak kita ni dalam memperkayakan minat kita tu daripada membiarkan ajer figurine spawn tu tercongok sampai berhabuk kat atas meja tulis kita ni.
Tapi ini semua tak berlaku. Zine dah berubah dari kertas fotostet, laman web, blog, tumblr, ke tweeter. Tapi takuknya masih kat situ juga. Bagaikan manusia dah berenti evolve dari beruk ke manusia dan stuck kat situ (kalau tak reverse ke beruk semula). Gig pun dah kena bayar sewa meja kalau nak jual stuff. Tshirt paling murah RM20. Tupun sekadar sepalit cat yang satu kaler. Dah takde lagi dah jual stuff macam kolektibel, patches, stiker atau you know.
Mana Zine? Mana DIY? Mana stuff?
Mana underground?
Bila zine dah jadi blog, maka...
Zine fotostet sudah pupus.