Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Sunday, October 16, 2011

Mafaking Jim Carrey

Ni sedikit video Jim Carrey troll Vanilla Ice. KahKahKah. Mamat ni memang gila, lah... I love him!

Wednesday, October 12, 2011

Refuse / Resist

Lagu tema untuk hari ini. Semangat tema hari ini: Rebellious



Refuse / Resist

Chaos A.D.
Tanks On The Streets
Confronting Police
Bleeding The Plebs
Raging Crowd
Burning Cars
Bloodshed Starts
Who'll Be Alive?!

Chaos A.D.
Army In Siege
Total Alarm
I'm Sick Of This
Inside The State
War Is Created
No Man's Land
What Is This Shit?!


Refuse/Resist
Refuse

Chaos A.D.
Disorder Unleashed
Starting To Burn
Starting To Lynch
Silence Means Death
Stand On Your Feet
Inner Fear
Your Worst Enemy 

Friday, September 30, 2011

Movie of the week : May

What more can I say about this movie? I love it! It's about a psychotic girl named May who needs a friend. Since she kept losing them she decided to make one. It's a nice movie to watch with your girlfriend. Seriously.

It's a very old movie but it sets up the mood for the next movie I'm about to review...
I know somebody by the name of June
Wonder if she's this sick...


Wednesday, September 28, 2011

Homemade Gangstar movie

Black gangstar movies always gets to me. Remember Don't Be a Menace To Society While Drinking Your Juice in The Hood by the Wayan brothers? That was hillarious.


And as I was browsing in the youtube, I found this one. I Lol. Loudly.
It's home made...


Saturday, September 24, 2011

Movie of the week: The Departed


Movie kita pada minggu ini dimulakan dengan The Departed. Sebuah movie mental thriller yang dibintangi oleh hampir kesemua pelakon lelaki cool yang menjadi gilaan gua. No! Gua bukan gay.
Yang takde cuma Johny Depp ajer. Anyway, movie dah lama keluar sebenarnya. Korang pun mungkin dah tengok movie ni berkali-kali. Gua bring up movie ni pada minggu ini sebab sebelum ni ramai jugak yang tanya gua: cerita Scanner Darkly tu apa sebenarnya?
A Scanner Darkly
(click here for it's review here)

Dalam hal memerangi jenayah, pihak berkuasa dah lama menggunakan taktik spy atau 'orang dalam'. Ada macam-macam cerita menarik pasal kehidupan spy ni yang kita boleh dapati di pasaran sana. Tetapi, kewujudan kelompok spy ini, bukan saja memberikan impak kepada masyarakat, malah memberi impak kepada sistem penguatkuasaan dan seperti yang ditonjolkan dalam A Scanner Darkly, impak kepada hidup si spy itu sendiri. Kadangkala terpaksa dikorban kehidupan seseorang demi mencapai a greater good. Robert Arctor telah dikorbankan (diberi high dosage of Substance D) bagi membolehkan dia diterima masuk ke dalam New Path yang disyaki menjadi tempat tertanamnya bunga yang yang menjadi asas kepada dadah tersebut.

Namun, mungkin kerana gaya penyampian yang dipilih oleh Philip K Dick, serta ambience movie yang lebih kepada surreal dan halusigenik, kurang menyampaikan impak dari sudut yang gua bincangkan ini. Gua tak jumpa embed untuk clip ni nak kasi korang paham, tapi klik jer lah kat URL ni.  Kalau nak paham, kenalah tengok movie The Departed.


Martin Scorsese, pengarah The Departed
Dalam The Departed, kita menyaksikan sorang spy masuk polis (Matt Damon) dan spy polis pulak masuk dalam keluarga penjenayah (Leornado). Tak payah dah gua nak explain panjang-panjang cerita ni. Cuma di sini, korang relatekan semula nasib seorang spy dalam kedua-dua movie ini dalam usaha manusia untuk menyampaikan maksud The Greater Good ni.

Semuanya menjadi korban.


Pepehal pun, have a good weekend and enjoy the movie!
Find it first! Hehehe

Monday, September 19, 2011

I love you Philip Morris

Sapa suka Me, Myself and Irene? Cerita pasal mamat Bipolar yang saiko? Dibintangi oleh Jim Carrey. Apa? Korang menyampah dengan Jim Carrey? KAlau ye, maka korang WAJIB tonton cerita ni. Lagi sakit!
AWAS: Movie ini ada mengandungi mesej Pro sodomi...


Apa yang menjadi perhatian aku dalam movie ni ialah si Jim Carrey dengan Ewan McGregor punya scene comolot tu. Uwekkk!

Friday, September 2, 2011

Limitless



Kepada semua yang dah muak dengan kueh dari tepung, serta malas nak ke mana-mana petang Jumaat yang berbahagia dan panas, bolehlah ringan-ringankan kepala pergi mendownload movie kita minggu ini atau mencarinya daripada toko-toko DVD haram yang berdekatan.

Movie kita kali ini takde la gempak mana. Ia sekadar cerita pasal pengembaraan hero kita ni Edward Morra sebagai penagih kepada sejenis dadah yang diperkenalkan kepadanya secara tak sengaja oleh adik iparnya. Cerita pasal penagihan dadah memang jarang berakhir dengan happy ending atau mempunyai mesej-mesej kemanusiaan. Tapi yang ini, aku rasa, ia adalah lebih kepada komunikasi antara si penagih dengan orang yang pernah atau sedang menagih.


Aku suka cara filem ni menggambarkan saat ketika efek dadah ini baru bermula. Lebih kurangla feelingnya macam orang yang first time ambik ganja, misalnya. Pemandangan jadi stereoskopik, kita lebih sensitif dan aware dengan segala details yang selama ini kita anggap tak penting, dan kita berupaya mengakses bahagian-bahagian otak kita yang selama ini dah bersawang ataupun yang kita tak sangka ia akan menjadi penting suatu hari nanti.
Movie ini menyaksikan bagaimana Eddie berubah dalam satu malam akibat dadah yang diambilnya serta berupaya menghasilkan novel masterpiece yang sedang terbantut pembikinannya. Dari sini, aku nak kongsikan kepada mereka yang menagih dadah di luar sana, bila korang dah high, cubalah hasilkan apa-apa produk semasa dah weng tu. Lukisan, lagu, tulisan, contengan, brainstoirm atau apa saja kecuali buat anak. Janganlah membuang masa doodling blankly at the ceiling.

Kebanyakan orang yang mengambil dadah adalah kerana tekanan hidup. Sepatutnya, masa korang dah weng tu, korang gunakan kewengan itu untuk memikirkan jalan keluar dari masalah korang. Buat brainstorming akan solusi-solusi yang boleh diambil. Pergi jumpa dan berbincang dengan orang-orang yang boleh membantu. Bukannya gali lubang yang lebih dalam lagi dengan pergi membuat benda-benda yang tak berpaedah macam merempit atau bungee jumping contohnya.
Kemudian part Eddie mendapat idea yang gempak pasal masterplannya setelah dia terjun dari curam. Ini pula adalah simbolik kepada situasi manusia di mana kita takkan dapat tahu potensi sebenar kita selagi kita tak cabar kepercayaan kita sendiri. Kepercayaaan yang aku maksudkan bukanlah kepercayaan beragama. Totok betulla korang ni. Kepercayaan yang aku maksudkan contohnya macam kita tak rasa hidup kita ni akan berubah lagi dah, atau kita rasa kita akan stuck dalam realm nobody ini selama-lamanya. Kepercayaan tentang hidup ini. Kadang-kadang kita perlu mencabar diri sendiri untuk dapatkan hasil yang baik dari diri sendiri. Manusia normal biasanya menunggu ajer last minute pressure tu sampai, barulah nak push diri.

Banyak lagi simbolik-simbolik yang boleh aku huraikan kat sini tapi takde gunanya jika korang tak download dan tengok movie ni. Hahaha. OK tak ayat closing aku? Hahaha

Tuesday, August 23, 2011

Pengumuman!





Semalam, masa gua menganalisa tweet-tweet gua, gua dapati satu tweet yang mencurigakan. Well, walaupun setiap tweet gua memang mencuriga dan mengesyakikan, namun tweet yang berlaku pada pukul 4.00 pagi itu lain macam bunyinya:


Bermula dari tweet tersebut, gua mula mengamati garismasa si mamat ni semula. Takde apa yang abnormal selain perubahan mendadak mamat ni dari seorang bastard yang nak tumbangkan dunia, kepada seorang mat tabligh yang mencurigakan. Dan pemakiannya yang serba berjubah dan berkupiah putih.
Hati Hati jika ternampak mamat ni

Setelah dikaji, didapati nama mamat dalam gambar profail yang digunakan oleh tweethandle kita ni, dikenali sebagai Munafik Besar, pada masa gambar itu dipopularkan, satu masa dulu. Yang menariknya, satu masa itu adalah lebih kurang dalam bulan Ramadhan macam ni jugaklaa, tahun lepas. Mari kita amati buktinya:



Pada mulanya, gua tak nampak jalan cerita yang sedang berdenyut-denyut macam spider sense dalam benak gua ni. Gua buat dono je lah. Tapi, masa gua baca balik timeline mamat ni, gua perasan yang dalam bionya tertulis bahawa dia ni ialah seekor jin Islam yang menakluki tubuh si tweethandler ni. Gua mula jadi paranoid.


Gua teringat cerita The Insidious pasal sorang budak yang koma setelah dia keluar dari badannya dan terperangkap dalam dunia yang dipanggil The Further. Korang kena layan cerita ni baru paham apa yang gua nak sampaikan. Pepehal pun, apa yang gua suspek adalah seperti berikut:

Pada malam 19 Ramadhan, mamat scuba yang terkenal dengan habitnya melakukan eksperimen 'out of body' kristos sensorang masa stok putus, telah melakukan kristos eksperimen dalam keselesaan ruang tamu rumahnya selepas baru pulang dari kerja agaknya. Masa dia tengah out of body, badan fizikalnya yang tertinggal di rumah, telah dimasuki oleh seekor jin Islam yang kebetulan on the way nak pergi terawekh di masjid TTJ. Jin tersebut samada sedar atau tidak dia ada dalam body si scuba tu, gua pun belum pasti lagi.

Patutlah perubahan mendadak si scuba ini telah menyebabkan kucar kacir kepada sebuah party politik yang baru membangun dan sweet; #celakaparty. Presiden celakaparty dikatakan telah menegur scuba dalam beberapa siri unmensi, namun semuanya itu umpama terkencing di daun keladi ajer pada beliau.

Beliau terus menerus menggunakan akaun si scuba yakni @akuskizo hingga ke saat laporan khas ini ditaip. Dikatakan tweet-tweetnya di malam hari sejak sepuluh terakhir Ramadhan ni agak hardcore dan mengkucar-kacirkan beauty sleep ahli-ahli #celakaparty. Mungkin lepas ni gua nak ajak dia ngeteh kejap kat kedai mamak. Mungkin juga gua akan sambar nasik sepinggan dengan ayam seketul buat bersahur, kot.
Latest complaint dari ahli MT #celakaparty yang sedang terlantar sakit: Uncle Lah

Pepehal pun, demikian saja laporan gua pada malam ini. Gua nasihatkan agar semua follower @akuskizo berhati-hati dengan apa yang si mamat arab tak kena mungkin dakyah Islamiah. Ni nak pegi kedai mamak pun dia belanja. Rasuah latu.

Sekian.