Tuesday, March 6, 2012

Angkasawan yang skizo

Abu memang nak jadi angkasawan sejak dari kecik. Pada Abu, keangkasawanan adalah seluruh hidupnya. Bahkan lahir lahir lagi bapak Abu; Encik Abdul Tahir nak bagi nama Sheikh Muzaffar kat Abu tapi bomoh cakap nama tu tak serasi nantik panas, maka tu sebablah nama Abu sekarang ialah Abu.


Kat sekolah menengah lagi minat Abu terhadap angkasa lepas dan Star Wars memanifestasikan patternnya. Apalagi bukti nak cakap kalau Abu adalah Presiden Kelab AngkasaLepas kat sekolah sejak tertubuh, sampailah Abu keluar sebab dapat asrama penuh. Tengok ajer kat bilik Abu, dah macam satu babak dalam StarWars. Rasa insecure pulak kalau tak pegang lightsaber ketika berada dalam bedroom Abu.


Masa kat U, keangkasawanan Abu semakin mengambil tempat. Abu terpilih dalam program perintis angkasawan muda dimana kat situlah dia layak masuk ke akademi angkasalepas yang masa tu terletak some where secret kat celah-celah gaung di Kuala Kubu Baru, Selangor. Dapatlak instructor tu orang French, Abu pulak menyembur-nyembur air liur bley cakap perancis, hmmm makin uplah kebarangkalian Abu terpilih kalau ada apa-apa pemilihan nak ke bulan.


Masa kat akademi tulah Abu bertemu dengan Mira, awek dunia akhirat Abu. Tak banyak rekod kami tentang Mira. Abu pun tak banyak citer pasal Mira. So kita boley skip bab ni, lagipun ada banyak scene lucah.


Masa kat akademi tu jugak Abu semakin jelas dengan keinginan dan cita-citanya. Abu ingin menjejakkan kakinya di permukaan bulan. Berlari-lari slow-mo dari kawah ke kawah mengumpul bijik-bijik batu untuk saintis dunia buat stok geligeli, bergambar dan maintain posing sebab semua di CCTV kan, mereportkan segala aktiviti yang dibuat semasa berada di luar roketnya...hmmm. Kengkadang Abu boley tersenyum sendirian melayan fantasi 'bulan' madunya...


Dipendekkan cerita, tah camana memang dah luck si hero cerita ni agaknya, Abu pun berpeluanglah nak ke bulaaan. Dipendekkan lagi cerita, Abu dah sampai kat bulan dengan selamat. Sekarang tibalah agenda memijak permukaan bulan buat kali pertama seraya memacakkan bendera Malaysia sambil jari tunjuk finger 1Malaysia boleh.


Dengan hati hati pintu roket dibuka umpama satu scene ending sebuah movie balik raya di mana seorang anak menanti pintu depan dibuka oleh ibunya cuma si anak dalam situasi kita ini berpakaian lengkap seorang angkasawan siap ada bunyi nafas macam Darth Vader.


Setelah pintu roket terbuka, Abu dengan slow mo-nya melangkah turun dari tangga roket ke permukaan bulan. Takdelah se slow-mo yang disangkakannya sebab ketika nak turun tu, Abu tersungkur dan dahinya tersadung di pemegang tangga roket dalam halaju yang agak mencemaskan jugak. Sibbaik tak pecah helmet angkasawan dia. Kalau tak, buat malu negara, jer...


Abu melakukan rutin-rutin yang telah dirancang dan terus saja bertindak mengumpulkan segala jenis mineral untuk bahan permainan saintis bumi. Pastu Abu melakukan ritual wajib seorang warganegara Malaysia tatkala sampai di bumi asing, yakni mengibarkan bendera negara. Kalau bukan headset dia bersambung pada talian ke 5 negara, dah tentu dia azan serta iqomat sepam dua. Bukan apa, takut lepas azan kang, teruk pulak dia kena bahan sebab kat bumi pun, Abu bukan semayang sangat.


Bila Abu dah setel semua tugasnya, dia berpusing nak masuk semula ke roketnya. Masa on the way tu, sempat jugakla Abu buat lawak slow-mo dengan crew angkasawan yang lain dengan pura-pura terjatuh masa terlompat-lompat tu. Bila dah lebih kurang beberapa hasta nak dekat dengan roket, tetiba Abu berdiri tegak. Crew dalam roket sumer heran dan mewalkie talkie Abu, bertanyakan apahal?


Rupanya Abu sedang tahan kentut. Berkerut-kerut dahi dia disebalik topi keledar angkasawannya. Dan efek penahanan itu amatlah pelik rasanya kerana biasa tahan kentut dalam keadaan bergraviti. Rasa macam nak sendawa pun ada. Setelah kuntum Abu reinitialized, Abu pun nak mula terlompat-lompat nak kembali ke roketnya. Sempat jugak dia mengerling pada meter oksigennya yang menunjukkan suitnya ada stok oksigen untuk lagi 6 jam.


Abu angkat kepala dan mengalihkan pandangannya ke roket. Misi sempurna dan apa yang bermain di pikiran Abu sekarang ialah nak pulang ke bumi dan pekena teh tarik. Dia dah boleh bayangkan pangkat dato', sponsor-sponsor kopi 3 dalam satu, serta artis-artis wanita berpusu mengerumuninya setelah dia touchdown di KLIA nantik. Sedang Abu terlompat-lompat dalam angannya...


Roket Abu meletup depan matanya. Abu terhumban sejauh 10 meter dek ledakan letupan. Kelihatan juga dua crew roket yang terdiri dari warganegara Rusia dan China terhumban keluar dan mampos. Abu cuba mendapatkan mereka tapi memang nyata mereka dah mampos. Abu cuak. Dia pandang cebisan roket yang tinggal. Abu ushar bendera Malaysia yang dipacakkannya tadi. Abu blank. Dia panik. Sistem komunikasi suitnya tak berguna sebab pemancar sumer ada kat roket. Ni roket dah takde.


Abu menjerit sekuat hatinya namun suaranya cuma bergema dalam suitnya saja.


The End...


Published with Blogger-droid v2.0.1