Mula dari mula
Aku baru tersedar dari pengsanan aku. Dan aku masih dalam bilik lokap. Masih malam agaknya sebab semuanya masih gelap. Kepala aku berdengung sebab kena tempeleng/lempang dari abang polis otai? Damaa nya masih terasa...
Aku terduduk di sudut lokap. Segala apa yang berlaku setakat ini terimbau didalam memori ku...
Tak sangka. Rupanya housemate aku tu dah plan lama nak kena kan aku. Dia dah pernah buat laporan pasal aku sebelum ni. Aku jer yang sibuk melayan bisikan hatiku dari berprasangka....
Jemari kiriku mencapai pipi bontot kiri. Gatal pulak...
"Dah bangun?" datang suara dari sudut lokap yang satu lagi. Dadaku berdebar. Aku menyembunyikan tangan kiriku yang sedang syok menggaru.
"Aku dah nampak..." kata suara itu lagi. Aku mengamati kegelapan, cuba mencari punca suara. Tahtah mamat bermekap badut masih bersembunyi di mana-mana.
"Kau takkan nampak aku" katanya.
"Kau sapa? Apa kau nak dari aku?" tanyaku.
"Akulah kau. Aku taknak apa-apa dari kau. Tapi kau, mungkin memerlukan sesuatu dari aku" katanya. Debaran dadaku rasa tak tertahan. Aku bingkas bangun. Aku mengesat debu yang melekap di punggung. Mataku masih terpacak di sudut lokap yang satu lagi, mencari-cari sumber suara. Aku dah gila agaknya.
"Kau tak gila. Bahkan, kaulah yang paling waras" kata suara itu dalam nada yang menenangkan dari belakang pula. Tah kenapa, debaranku mulai surut. Angin kemesraan mula meniup wajahku yang masih berdama, kesan lempangan tadi...Aku tak berpaling mencari...
"Apa yang sedang berlaku, ni?" aku mula melayan suara itu. Aku tahu, ni semua mainan setan untuk orang yang tertekan cam aku ni. Aku pernah dengar pasal halusinasi sebegini dari TV. Apa nama penyakit tu? Skizo ke, apa...
"Hoi-Hoi-Hoi! Diam lah! Kang aku lempang lagi sekali kang!" jerit mamat polis dari luar. Aku menekap mulutku.
"Kau nak aku lempang dia?" tanya suara itu.
"Camana?" tanyaku. Hati aku mula rasa tak puas. OK jugak kalau mamat tu dilempang. Aku pun nak tengok adakah suara ini series dengan offernya.
"Adoi!" jerit mamat tu dari luar.
"Sapa yang lemp...Arghhh! Arghh! Jangannnnnnn!!!!!!!" jeritan suara mamat tu lagi. Aku mendekati pintu lokap nak ushar apa yang sedang berlaku. Kelihatan bayang-bayang seorang lelaki mencekik dirinya sendiri terprojek di dinding balai. Debaranku kembali semula.
"Arghhh! Arghhh!" jerit suara mamat polis tu lagi. Aku mula sangsi. Kemudian aku dengar bunyi macam orang jatuh ke lantai. Aku budget, mungkin suara tadi meng-apa-apakan mamat polis yang menegurku.
"Hahaha" kata suara itu, setelah semuanya kembali senyap sunyi.
"Apa yang kau dah buat kat polis tu?" tanyaku dalam hati.
"Dia dah mati" jawab suara itu pendek. Kemudian pintu lokap terbuka, dibuka oleh satu kuasa yang ghaib.
"Keluarlah" kata suara itu lagi. Aku yang panik, melangkah keluar dari lokap dengan berhati-hati. Aku menyusuri tepian dinding balai, hingga melalui tubuh polis otai yang sedang terbaring di lantai. Matanya terbeliak bagaikan rupa orang mati kena gantung. Lidahnya terjelir. Aku cemas, tapi aku tetap melangkah keluar.
Aku ushar kat depan balai. Kelihatan dua orang polis sedang duduk menyandar di kerusi. Sorag sedang mengantuk, terkuap-kuap menahan mengantuk. Sorang lagi mengadap komputer. Layan FB agaknya. Aku meniarap, bersembunyi di bawah aras kaunter. Perlahan-lahan aku menyelinap ke pintu keluar. Dari luar, kelihatan cahaya lampu kereta sedang masuk ke kawasan balai. Aku kena cepat sebelum orang dalam kereta itu masuk ke balai.
Aku berjaya keluar dari balai. Di luar kawasan balai, aku bersembunyi di celah lorong deretan kedai. Otakku berlari laju memikirkan apa tindakan aku selanjutnya. Apa yang terlintas, cuma pikiran nak kembali semula ke rumah sewa dan mengushar bekas housemate aku...
.
.
.
Dipendekkan cerita, aku pun sampai di kawasan rumah sewa. Kelihatan beberpa motor kapcai parking di depan rumah. Aku kenal semuanya. Semua itu adalah kengkawan housemate ku yang celaka itu. Mungkin mereka sedang sibuk mengupdate diri dengan kejadian yang telah terjadi...
Aku mendekati tingkap nako bilik housemate yang sebelah kiri. Belah ni hiddeen sikit. Takde orang yang nampak aku. Aku mencuri dengar:
"Tak sangka, ek? Dak Wan tu saiko sampai tahap nak bunuh kau" kata Ali budak Mass Comm. Aku kenal sangat dengan dia sebab kami dalam satu kumpulan usrah yang sama.
"Itulah. Tak sangka mamat yang berketayap pun ada gila jugak" kata sorang lagi. Yang ni aku tak cam.
"Aku suspek dia mesti layan syabu ni. Orang layan syabu jer yang saiko sampai nak bunuh-bunuh orang ni..." kata sorang lagi. Ni suara Amat.
"Aku dah banyak kali buat laporan polis pasal dia, tapi polis tak layan. Tapi harini tadi, aku suspek something lain kat dia" kata housemate celaka itu dalam nada sedih. Aku menumbuk senyap simen tempat aku menyangkung. Menyirap darah aku mendengar lakonannya.
"Kau ni main tuduh, jer orang isap syabu. Taulah kau tu anti syabu sebab kau isap ganja" kata Ali.
"Kau jangan main tuduh sembarangan" kata Amat menafikan.
"Kau OK tak ni? Dah pukul 3 dah ni, aku nka gerak dah. Besok ada paper" kata suara yang tak dikenali tadi.
"A'ah. Aku pun" kata Amat.
"Aku pun bla sekali, la" kata Ali pula. Kedengaran bunyi kerusi diselak, pintu dibuka dan motor di start. Aku masih menyangkung di belah kiri rumah sewaku. Naik sesemut dah paha aku ni...
Bila mereka semua dah beredar, kedengaran housemate aku menutup pintu biliknya. Kemudian...
Hahahaha...bersambung pulakkkkkk...