Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Sunday, October 16, 2011

CelakaParty's TwtupDARAHCP 29 Okt 2011


dengan kerjasama Kembara Ukhuwah

"Papaku pulang dari kota,
Papaku pergi TwtupDARAH
Twtup darah party celaka
Bolehku berag di sekolah

Pon-pon-pon-pon-pon
Pon Ponn Pon Ponn,
Budak sekolah 
Tak elok tengok porn.

Daripada kita tengok porn
Baik kita pergi derma darah"

Sila ke sini untuk TWTUPDARAHCP
(sebuah program amal by celakaparty)

Friday, September 2, 2011

Limitless



Kepada semua yang dah muak dengan kueh dari tepung, serta malas nak ke mana-mana petang Jumaat yang berbahagia dan panas, bolehlah ringan-ringankan kepala pergi mendownload movie kita minggu ini atau mencarinya daripada toko-toko DVD haram yang berdekatan.

Movie kita kali ini takde la gempak mana. Ia sekadar cerita pasal pengembaraan hero kita ni Edward Morra sebagai penagih kepada sejenis dadah yang diperkenalkan kepadanya secara tak sengaja oleh adik iparnya. Cerita pasal penagihan dadah memang jarang berakhir dengan happy ending atau mempunyai mesej-mesej kemanusiaan. Tapi yang ini, aku rasa, ia adalah lebih kepada komunikasi antara si penagih dengan orang yang pernah atau sedang menagih.


Aku suka cara filem ni menggambarkan saat ketika efek dadah ini baru bermula. Lebih kurangla feelingnya macam orang yang first time ambik ganja, misalnya. Pemandangan jadi stereoskopik, kita lebih sensitif dan aware dengan segala details yang selama ini kita anggap tak penting, dan kita berupaya mengakses bahagian-bahagian otak kita yang selama ini dah bersawang ataupun yang kita tak sangka ia akan menjadi penting suatu hari nanti.
Movie ini menyaksikan bagaimana Eddie berubah dalam satu malam akibat dadah yang diambilnya serta berupaya menghasilkan novel masterpiece yang sedang terbantut pembikinannya. Dari sini, aku nak kongsikan kepada mereka yang menagih dadah di luar sana, bila korang dah high, cubalah hasilkan apa-apa produk semasa dah weng tu. Lukisan, lagu, tulisan, contengan, brainstoirm atau apa saja kecuali buat anak. Janganlah membuang masa doodling blankly at the ceiling.

Kebanyakan orang yang mengambil dadah adalah kerana tekanan hidup. Sepatutnya, masa korang dah weng tu, korang gunakan kewengan itu untuk memikirkan jalan keluar dari masalah korang. Buat brainstorming akan solusi-solusi yang boleh diambil. Pergi jumpa dan berbincang dengan orang-orang yang boleh membantu. Bukannya gali lubang yang lebih dalam lagi dengan pergi membuat benda-benda yang tak berpaedah macam merempit atau bungee jumping contohnya.
Kemudian part Eddie mendapat idea yang gempak pasal masterplannya setelah dia terjun dari curam. Ini pula adalah simbolik kepada situasi manusia di mana kita takkan dapat tahu potensi sebenar kita selagi kita tak cabar kepercayaan kita sendiri. Kepercayaaan yang aku maksudkan bukanlah kepercayaan beragama. Totok betulla korang ni. Kepercayaan yang aku maksudkan contohnya macam kita tak rasa hidup kita ni akan berubah lagi dah, atau kita rasa kita akan stuck dalam realm nobody ini selama-lamanya. Kepercayaan tentang hidup ini. Kadang-kadang kita perlu mencabar diri sendiri untuk dapatkan hasil yang baik dari diri sendiri. Manusia normal biasanya menunggu ajer last minute pressure tu sampai, barulah nak push diri.

Banyak lagi simbolik-simbolik yang boleh aku huraikan kat sini tapi takde gunanya jika korang tak download dan tengok movie ni. Hahaha. OK tak ayat closing aku? Hahaha

Thursday, April 14, 2011

Seremban dah ada Skate Park?

Antara pengguna awal sebelum park di launch

ada bowl weyhhh

Ada half pipe bagai!

Mengambil angin....
Seremban dah ada skatepark. Kat Tepian Gelanggang Paroi, Seremban. Tapi menurut skaters tempatan, simen yang digunakan adalah second grade dan sudut ramp serta halfpipe tidak standard. Ini mengakibatkan 2 rakan mereka terkorban (dan merempit sebab kepala lutut tercabut) baru-baru ini.

Pembangunan mendadak di pusat sukan famili ini bermula sejak awal tahun lepas. Sekarang, Tepian gelanggang dah ada gelanggang futsal, court tennis yang decent dan court basketball dan takraw yang baik.

Tapi menurut pengunjung tetap pusat sukan ini, sejak projek pembangunan selesai, mangkuk-mangkuk berbaju batik kat pejabat kat atas tu, dikatakan mengepau pengguna court basketball dan takraw (RM5 satu petang). Ini mengakibatkan kedua-dua gelanggang ini tidak digunakan dan semakin cam sial rupanya sejak musim hujan bebaru ini.

Memandangkan kami takde kabel dengan RTM3, maka terpaksalah kami meminta bantuan abang Scuba untuk melaporkan rungutan kami ini. Semoga pihak bertanggungjawab mengambil masa untuk turun padang dan main skate dengan mereka untuk merasai sendiri kecibaian projek yang telah mereka habiskan duit rakyat ini.




Saturday, February 26, 2011

Rekomendasi Movie minggu Ini

Movie kita minggu ini ialah Vexille.
Aku suka dengan gambar dia yang sharp.

Slow-Mo doa yang ala- The Matrix

Dan the whole concept of robo-Japan-android shit. Enjoy!

Wednesday, February 9, 2011

Kita semua adalah skizofrenik




Ketika seseorang dah menyakiti hati anda, dan anda tak dapat buat apa-apa nak membalasnya, pernahkah terlintas dalam kepala anda untuk melakukan sesuatu yang fizikal kepada mereka seperti melempang atau membunuh mereka dengan kejam?

Ketika anda di dalam kumpulan rakan anda, tetiba salah seorang membahan anda hingga seluruh rakan dalam kumpulan itu mengetawakan anda, pernahkah anda terlintas nak membalas dendam?

Pernahkah anda 'berbincang' (bukan sekadar bercakap kosong lagi dah) sensorang pasal sesuatu perkara yang urgent dan important dan tah camana dalam percakapan tu, keluar pulak idea nak menyelesaikan masalah sedangkan dah dekat 2 bulan anda mengkaji dan mencari jawapan kepada masalah tadi? Mana datangnya idea tu? 

Atau masa anda dah tulis diari dan anda terpegun bila membacanya semula. Mungkin pegun sebab gempak sangat, atau pegun sebab mangkuk sangat...Either way, anda pun tak ingat betul ke anda yang tulis semua benda tu.

Jika anda ada tanda-tanda tu sumer, anda bukanlah skizo. Normal lah tu. Bahkan mendengar suara ghaib atau nampak benda bukan-bukan pun bukanlah skizo. Skizo sebenar takde tahap. Orang itu sama ada skizo atau tak skizo. Para doktor mengklasifikasikannya kepada kelas-kelas tertentu sebab taknak kacau dengan trait of thinking yang dah jadi kepercayaan pesakit mereka. Takkan dia nak kata orang nak bagi dia duit tu sihat pulak, ye tak? Bukankah semuanya pasal duit?

Ada yang kata orang yang ada skizofrenia, dia completely dikuasai oleh identiti maya yang diciptanya itu. Ye. DICIPTANYA ITU. Identiti yang wujud dalam dirinya kononnya berpunca dari imaginasi sendiri. Kalau dia terpengaruh dengan Gaban, maka Gaban akan selalu terheret ke ruang angkasa setan. Jika dia terpengaruh dengan Wolverine, dia akan selalu dilihat cuba mengeluarkan adamantium claw dia. Tetapi ini semua salah. Kalau camtu, budak-budak over-excited lepas tengok cerita Ben10 tu skizoid lah, ye tak? Tak. Itu terpengaruh namanya.

Dalam kes skizofrenik sebenar, watak jahat yang menguasai biasanya adalah BERLAINAN dengan sifat sebenar empunya badan. Macam John Wayne Gacy contohnya, dia seorang tokoh masyarakat yang dihormati, businessman yang tak kenal penat lelah serta berjaya di mana saja dia berada walaupun di dalam penjara (mitos mengatakan beliau masih hidup dan berkhidmat untuk FBI untuk kes-kes psikotik killer). Tapi bila skizonya keluar, dia jadi orang lain yang takde perikemanusiaan dan BANGANG (orang cerdik cam Gacy ni akan tanam 20 mayat mangsa BAWAH RUMAH ke?).

Orang yang ada penyakit ni, NAMPAK dan SEDAR apa yang watak tu tengah buat tapi dia tak dapat nak buat apa-apa sebab watak tu dah take over badan. Tu sebab Gacy selamber jer tunjukkan tempat watak jahat tu tanam bebudak yang dia kidnap atau Mohd Rashidi MENGAKU yang dia bunuh uwan dan atoknya. Tapi diorang ni tak dapat buat apa-apa. Dan bila kenyataan sebegini dibawa melalui polygraph, mereka betul-betul tak tipu. Orang yang tak ingat apa yang dah berlaku tu bukan skizo. Itu temporary madness namanya. Tapi sebab diorang dah terpengaruh nak jadi Gaban, maka takkan doktor nak kata dia Ultraman pulak, ye tak? Nak jaga hati, dia cakaplah kita ni Gaban kelas ketiga....Ni semua taktik...Kan semuanya; duit?

Tu sebab kita yang kat dalam blog ni menyarankan agar anda semua BERHATI-HATI dengan semua orang. Sebab semua orang berpotensi menjadi skizofrenik. Hah? Terkejut? Mari kita check:

1) Pernah tak anda menipu seseorang sedangkan anda sendiri tak tau kenapa anda berkata bohong kepadanya? Adakah anda TAK SEDAR ketika anda menipu itu?

2) Pernah tak anda bertindak fizikal terhadap sesuatu seperti kucing (ehhem), ahli keluarga atau diri sendiri dan anda TAK INGAT LANGSUNG pasalnya? Sedar-sedar dah mati atau dah berdarah jer pergelangan tangan anda. Adakah ingatan ketika perkara itu berlaku umpama imej gelap yang tak dapat anda nak recall?

3) Dah ada anak bini tapi masih menggatal mengurat dan untung-untung dapat beromen dengan orang lain. Tak mungkin anda tak sedar. Rugi woo kalau tak sedar...


4) Anda memang tak puas hati dengan seseorang dan bila ada chan nak bahan dia, anda kasi baek punya sampai orang tu rasa cam nak bunuh diri pulak. Adakah anda tak sedar dengan apa yang anda perkatakan? Anda sedar, cuma tak dapat kawal, jer kan?

atau;

5) Anda jadi setan di jalan raya setelah mamat tadi memotong kenderaan anda dan tunjuk fak kat muka anda masa dia lalu sebelah tadi.

Jika dalam keempat-empat kes di atas anda tak ingat apa-apa masa perkara berlaku, maka anda ada temporary madness. Baran. Orang mengamuk camni, lah.

Tapi orang skizo tak camni. Skizofrenik SEDAR apa yang dia buat dan dalam sesetengah kes, mereka SUKA dengan apa yang mereka sedang lakukan. Dan bukankah dalam keempat-empat kes, kita semua SEDAR apa yang kita lakukan? Tu sebab dalam agama, KITA (jasad dan roh) yang dihumban dalam neraka. Bukan setan yang menghasut. Bukan Gaban, ultraman, wolverine mahupun Ben10.


Takut? Wa dah lama takut sampai dah tak takut lagi dah. Dah macam lawak pun ada...


Tuesday, February 1, 2011

Happy See And Why Twenty Eleven



Is it a sin? Is it OK for me to say such a wish? Is it forbidden for me to read about what the fengshui masters has to say about what the year of the rabbit has to offer? What's all the fuss about this horrorscope and zodiac thingy anyway?
In a nutshell, the chinese calendar represents the cycle of 'luck' in one's life. The cycle rotates every twelve years. Don't ask me why. So every twelve years, a person's luck is rotating according to the stage they are in.

The gregorian calendar represents the cycle of which the moon completes its orbit around the earth. One cycle is called a month. Throughout this cycle we can observe the sun's reflection on the moon from crescent to full circle to crescent again. Famous gregorian theories about astrological power over human fate is explored in the zodiacs. Leo, Sagittaurus, symbolizes each person's characteristics based on the position of the moon when they were born into this earth. This knowledge is actually individualistic by nature like the Tajul Muluk or the Rahsia Tarikh Lahir Anda.

Same goes for the Indian, Aztec, Eqyptian, or even the mat pancing owned pocket-sized tide-calendar. Kids can access useful informations about their well being and fate daily by subscribing to some hororscope and daily jokes sites via the internet. Next thing we know we are voting from the leisure of our living room.

In Islam also have our own calendar and timeline and it fits well in every major calendars that I've analyzed.

It starts with akil baligh.
Then marriage life. Becoming a parent.
Becoming a mukmin.
Then dead.
Then barzakh.
Then mahsyar.
Then the Hisab.
Then the London Bridge is falling down

I'm still in stage 2.


So, happy see and why, to everybody! When ever or what ever we are.

Friday, January 28, 2011

FiFi GeFe Sefe Gefe?

Eszol, ni jawapan kepada soalan kau yang kat sini.


Sebenarnya, keberleluasaan slanga di kalangan remaja ialah normal. kalau dulu kita ada sefe-gefe,

pastu kita ada fifi-fufu-fafa-fofom.

Kejap bro-bro,
Kejap der-der,

SAmpaikan perkataan lepak, bohsia,. rempit atau lulz sekalipun dah ada dalam kamus dewan (lulz ada ke?)

In fact Jay-Z mempopularkan H to the Izo, I to the Izze...

Macam orang Freemason atau Illuminati ada secret handshake, budak-budak yang takder kejer selain melekat depan laptop pun create la slanga diorang macam:

komen la, wa kewl

gwa mencarut sukati gwa

atau gyahahaha.

Slanga-slanga ini ada asal-usulnya jadi kalau tak tau mana asal usulnya, maka bolehlah di jalanan kan kat sekolah atau kolej supaya nampak cam kita ni `in` the trend.

Ahhh..dah la tu. You get the idea...

gggg

Thursday, January 27, 2011

Kem yang skizo by TukangKomen


Ini contribution dari 'ubermench' gua. A very personal and recent one...

Aku heran. Selalu dia tak camni. Dia yang aku tau bukan camni. Lagipun, tulisan dia di blog adalah setiap hari. Dan dia kata dia update dari CC. Mesti dia ada duit nak bayar hutang aku...

Bukan aku perlu sangat pun duit tu. Tapi aku cuma harap agar setiap kali aku menalipon tu, angkatlah. Janganlah biarkan aku pulak yang skizo. Memanglah aku talipon nak tanya pasal apa plan kau dengan hutang kau pada aku, itu ajer. Kau pun tau aku takleh nak desak kau sangat sebab aku yang bodoh gi pinjamkan duit kat kau apasal? Aku takleh lah nak terasa lebihlebih pasal tu dan menyampakkan silaturrahim serta segala kenangan manis kita bersama sewaktu di U dulu semata-mata ketidak beringgita-an mu? Mungkin harini hari kau. Aku sudah pastinya takmau esok itu adalah hari aku pulak...

Apa-apahel pun, aku doakan agar Allah selesaikan segala masalah kau dan mencurahkan limpah rahmat serta rezeki dunia akhirat kepada kita semua dan semoga itu semua menambahkan lagi takwa kita pada Nya.

Selagi kau bernyawa, aku harap kau bayar ler. Tapi bila kita semua dah mati nanti, aku HALALkan ajer.

yang benar,
014-tekan-tekan-tak-hangkat






ruangan henfon ditutup. tak puas hati jangan call. sms jer. nantik aku post.
out

Monday, January 10, 2011

ANA RAFALI,AJL25,youtube dan skizofrenia

(Korang pasti tahu apa yang sedang aku buat dengan post ni, kan? So shut up!)


Semalam Ana Rafali menang AJL25. Sungguh simbolik. Tak satupun karya Edry yang menang. Performance gila babi Faizal Tahir yang Selamat Malam pun kalah.

Aiseh Yunnnn..
Aku sokong Yuna sebenarnya. Tapi aku upset sebab Yuna tak bawak lagu Gadis Semasa. Dan nampak sangat Yuna dah sell out sebab pakai baju bling-bling.

Semalam juga menunjukkan kemunculan dunia underground ke atas permukaan. API, HUJAN, BUNKFACE, Meet uncle Husin. Semua OK kecuali Meet Uncle Husin yang dah sellout dengan pressure masa raptai. Bunkface naikkan semangat keunderground-an. Hujan bagitau apa misi muzik indie. API bagitau apa perasaan seorang mat indie. Dan Meet Uncle Husin bagitau warningnya bila dah terkenal dalam dunia hiburan.

Membawa mesej bawahtanah ke permukaan memanglah perjuangan ulung budak underground. Kalau satu masa dulu, idea band underground masuk bertanding dalam MuzikMuzik diketawakan sebab sell-out dan gila glam, sekarang, ia dah semakin dapat diterima. Bagus. Nampak macam dah semakin matang budak dalam scene. Kemenangan Meet Uncle Husin tu kira macam pengiktirafan akan kewujudan kuasa mereka dalam industri muzik Malaysia, lahhh..

Wildcard aku Black pulak tak menang apa-apa. Aku suka lagu Sofea Jane. Aku rasa patut namanya dikekalkan pada Kubur ajer dulu. Baru impak...Korang tak caya...


Kabarnya Ana ditemui oleh sorang komposer tu dalam youtube.
Aku pun nak upload klip aku syok sendiri main gitar pakai baju Melayu pulak, larr...

Friday, December 24, 2010

sedikit sesuatu untuk mereka yang buntu

Jika korang boring taktau apa nak buat hujung minggu ni, bolehlah layan 2 movie berikut:

Fantastic Mr. Fox by Roald Dahl



Untuk mengskizokan diri, korang bayangkan golongan Fox itu ialah orang Palestin (yang buat terowong) dan manusia ialah Yahudi...

Atau yang satu ni:

Paprika



Starting movie Parika ni memang aku suka. Sebijik macam apa yang aku bayangkan apa yang berlaku dalam  kritos experience

Aku rasa korang lagi tau nak download kat mana

Anyway, happy weekend and enjoy the movie

Wednesday, December 1, 2010

Keskizo-skizoan

Smoke weed and become a schizophrenic!

"Come here often?"
Is it a madness, or is somebody trying to reach us?

Monday, October 11, 2010

Influence Aku?


Memandangkan ramai jugak budak underground yang tanya aku apa influence aku, aku taruk video ni yang menjawab semuanya. Aku memang berjiwa rap. Aku mula berjinak dengan metal selepas Black Sabbath dan soundtrack Judgement Night.

So? Adakah aku less-underground sebab ni? Embrace diversity maaa

Tapi kalau kau tanya aku apa yang bermain di kepala aku sekarang, video ni jawapannya.

Wednesday, October 6, 2010

RTM3 follower aku?


Mula-mula aku cerita pasal schizophrenic (zine aku). Aku promokan ketibaan blog ini dengan mengaburi mata pembaca melalui isu penyakit schizophrenia. Tak lama lepas tu, RTM3 lapor ada 300 ribu rakyat Malaysia yang mengidap skizofrenia.

Aku layan balik dengan artikel pasal apa itu skizo. Minggu ni, diorang siap buat 2 episode report dalam Buletin Utama pasal split personality (kecelaruan personaliti). Siap cakap ada 3juta orang Malaysia yang disahkan ada penyakit split personality. Sama ada aku paranoid atau perasan, namun yang pasti; schizophrenia sudah sampai di Malaysia.

Semua orang tension. Semua orang nak cepat. Orang yang jalan slow dan menikmati alam sekitar ialah orang tua dan orang yang dah pencen. Yang lain, selagi ada kuderat, kita hayun untuk dapatkan duit. Duit-duit-duit. Gaya hidup era kapitalisme tanpa sempadan. Manusia hidup dalam satu perlumbaan di mana yang di kejar bukanlah kemenangan. Yang dikejar ialah populariti yang tahapajadahnya. Bukannya boleh kenyang pun.

Tapi schizophrenia di Malaysia bukanlah naik pasal benda tu ajer. Ia bukanlah seperti schizophrenia yang kita paham melalui kajian ilmiah doktor-doktor luar negara. Diorang buat thesis berdasarkan  data bukan rakyat Malaysia. Orang Malaysia ni pelik sikit. Dia macam gabungan orang Singapore dan Filipina. Nafsu cam orang Thailand. Dan masing-masing, berhidung pesek dan berambut keriting macam orang Indonesia. Jadi, skizo Malaysia kena tengok dari sudut Malaysia. Kenapa info ini penting sekarang?

Sebab kadar jenayah kat Malaysia semakin membimbangkan. Kerana desakan kewangan di Malaysia telah menghasilkan penjenayah nekad dan profesional. Malah ada yang dah tahap serial killer. Ibu-ibu pun dah jadi pembunuh. Dan semua ini ada kaitan dengan ilmu berkenaan schizophrenia. Tak paham? Bagus...


Teruskan mengikuti blog ini...Hahaha

Saturday, September 18, 2010

Schizophrenia dan aku

Satu masa dulu, masa aku jual zine dengan nama Schizophrenic kat satu gig tu, aku diketawakan sebab nama zine aku susah nak sebut atau dieja. Tu yang aku pendekkan jadi AKUSKIZO jer tu kat blog ni. Schizophrenia ialah sejenis penyakit mental. Sapa yang taktau. Kalau dalam issue#1 15 tahun dulu aku kata model skizo Malaysia ialah Mona Fendi, aku nak update blog aku dengan menukar nama itu dengan nama Rashidi. Simbolik sungguh. Beliau ialah mamat dari Gemas yang telah membunuh 4 orang ahli keluarganya pada satu malam atas arahan 'suara ghaib'. Dia ngaku laktu. Last time Mona Fandi ikut suara ghaib, dia mati.Tapi Rashidi lepas. Siap senyum lagi. Memang klasik. John Wayne Gacy pun kalah...
Mana Fendi?
Kau boleh selidik apa sebenarnya schizophrenic ni, tapi kat sini, aku nak bagitau kau orang schizophrenic dari segi Malaysia.

Schizophrenia ialah nama keadaan mental di mana alter ego kita mengambil alih badan kita. Alter ego itu lahir disebabkan oleh trauma, paranoia atau memang orang tu gila. Orang yang disahkan menghidap penyakit ni digelar secara pendek sebagai schizophrenic. Mereka tak dipanggil gila sebab mereka OK pada kebanyakan masa. Tambahan pula, golongan schizophrenic biasanya terdiri dari jenis yang baik dan berguna kepada masyarakat. Dan mereka punyai bakat kepemimpinan. Dan mereka hanya akan menggila bila dalam keadaan yang tertentu saja. Ada yang berada dalam keadaan schizo untuk sementara waktu. Ada yang berkala. Ada juga yang dah sampai tahap dah tak tahu apa yang real dengan yang halusinasi. Tapi kebanyakannya akan terskizo bila terdesak. Desakan yang paling popular di Malaysia kebelakangan ini ialah masalah kewangan, keagamaan dan sex. Maka pada masa tekanan itu memuncak, si pesakit akan berhalusinasi dengan mendengar atau melihat sesuatu yang tiada, atau terus berubah menjadi personaliti yang berbeza. Semua ini dari sudut psikologinya hanyalah sekadar reaksi refleks mekanisme pertahanan emosi si pesakit terhadap stimuli yang diberi.
Hero Skizo Terbaru: Rashidi

Kita kembali ke realiti. Dari pandangan skeptik, schizoprenic adalah golongan pemalas. Mereka dilihat sebagai golongan manusia yang tak tahu berkomunikasi dengan manusia lain, lantas melarikan diri ke dalam dunia mereka sendiri sebab nak elakkan emosi mereka atau orang yang mereka hubungi itu disakiti. Skeptik memandang schizophrenic tak lebih dari seorang penipu yang berlakon di dalam sebuah 'teater kebetulan' yang menakjubkan. Sebuah terma klinikal yang diwujudkan satu ketika dulu kerana nak melepaskan seseorang dari hukuman bunuh. Orang skizo dikatakan telah dikuasai oleh angan-angan mereka sendiri dan tidak dapat mengawal diri mereka dalam angan-angan tersebut, lantas secara tidak sengaja melakukan kesalahan jenayah. Seperti dadah atau mencuri, kegiatan kali pertama itu cemerlang dan terngiang-ngiang di kepala. Selepas yang pertama, kesedaran keagamaan atau lojik kemanusiaan akan mengambil alih dan mereka dorman untuk seketika. Sehinggalah timbul keinginan mahu melakukannya kembali. Dan setelah kali kedua dan ketiga juga cemerlang, kehidupan kedua ini semakin mengambil sebahagian besar dari masa dalam kehidupan seseorang. Lama-kelamaan, ia menjadi habit dan merubah perwatakan seseorang. Oleh kerana habit itu adalah sesuatu yang dirahsiakan selama ini dan ia diikuti memang atas sebab nafsu (ketagihan), seseorang akan cuba mencari hujah untuk menghalalkan perbuatan yang telah mereka lakukan atas alasan emosi seperti kesepian, tekanan, ketakutan atau trauma. Dan alasan sebegini memang popular di kalangan peguam bela. Doktor-doktor pun dah ramai yang nampak potensi akan kepakaran dalam bidang ini di Malaysia. Dah ramai yang menjadi PAKAR SKIZO atau SKIZO itu sendiri.
Hero Skizo pertama
Tambahan dengan tekanan gaya hidup dan desakan kewangan, semakin ramai orang yang berada dalam keadaan terdesak di Malaysia. Kadar jenayah dikatakan semakin menurun, tapi keganasan jenayah yang kadang-kadang berlaku tu semakin merunsingkan. Nilai nyawa dan jasad manusia hanyalah sekadar statistik. Siapa yang lemah dan tercedera, dibunuh dan ditanam. Hanya yang berdaya saing dan membantu dalam mencapai matlamat saja dibiarkan hidup sehingga kerjanya selesai. Bila dah selesai, kita selesaikan dia agar share dia pun kita dapat.

Kenapa kita menimbulkan isu ini sekarang? Aku malas nak cerita habis dalam artikel kalini. Cukuplah aku katakan: Ia telah disiratkan di perenggan pertama dengan code name: Rashidi.


Simbolik terlepasnya Rashidi dari hukuman bunuh ialah simbolik LAKUnya alasan schizophrenia dalam sistem kehakiman Malaysia, sebagai tiket untuk melepaskan diri dari hukuman setelah membunuh. Betapa hakim dan juri dah terpengaruh dengan movie dan cara pemikiran barat. Jika orang boleh membunuh dan lepas sebab skizo, maka orang patut boleh membunuh sebab mengantuk, lapar, jeles, perkauman atau apa saja yang menampakkan kenaikan tahap degupan jantung dan tekanan darah.

Simboliknya kisah hakim menolak pengakuan Rashidi membunuh semasa kali pertama Rashidi naik ke kandang adalah simbolik mudahnya skrip di mahkamah nantik. Watak mudah ialah watak menyesal. Kononnya tadi kita dah jadi HULK, maka kita hilang kawalan ke atas diri kita. Kita baik sebenarnya. Kalau nak hukum, hukumlah mamat yang satu lagi yang kat dalam ni yang tengah ketawa ni. Bila hakim dengar kita cakap macam ni dalam kandang, makin senanglah laluan kita sebab kita tak fit untuk dibicara. Kita lepak jer tengok drama dan luahan rasa pihak mangsa. Maka para peguam bela dah ada satu kajian kes yang boleh diguna sebagai rujukan untuk meningkatkan kebarangkalian untuk memenangi kes kat Malaysia. Kita kena ambik tahu nama hakim, peguam bela dan pendakwaraya yang terlibat dalam perbicaraan ini, manalah tau kotkot berguna nantik...

Simbolik penerimaan schizophrenia sebagai alasan membunuh ialah simbolik penerimaan fenomena halusinasi yang sebelum ini diragui kewujudannya. Ini bermakna orang PERCAYA bahawa Rashidi BETULBETUL NAMPAK tulisan atau DENGAR SUARA yang mengarahkan dia membunuh keluarganya. Zaman sekarang, seorang anak Malaysia hanya perlukan motif RM20 untuk membunuh sesiapa saja bahkan ibubapanya. Takyah nak susahsusah special effect macam dalam kes Rashidi. Maka lepas ni tak hairanlah jika seorang pemandu lori ternampak tulisan di awan yang mengarahkannya melanggar lampu merah dan memandu dalam keadaan mabuk semasa di jalan raya.

Simbolik terselamatnya Rashidi dari hukuman MEMBUNUH KELUARGAnya ialah simbolik penerimaan sistem kehakiman negara terhadap tahap keganasan dalam jenayah pesakit mental di Malaysia. Bunuh ialah jenayah paling berat dan membunuh ahli keluarga dan orang tua itu tahap terkutuk.

Simbolik NAMA RASHIDI pun memberi code kepada semua kawan-kawan di luar sana: Inilah JALAN nya.


Jadi mesejnya di sini ialah kepada semua rakyat Malaysia: Awas! Schizophrenia sudah sampai di Malaysia.

Friday, September 3, 2010

Feedback sempena adanya tab 'STAT' kat dalam dashboard.

Aku masih baru dalam dunia berblogging ni. Dulu aku tak tau apa bestnya berblogging. Tapi setelah melihat orang mem follow blog ini, yang memberi komen dan yang datang membuat iklan di chatbox, aku mula seronok. Dapatlak permainan dalam memanipulasikan graf ni memang kegemaranku, aku menjadi semakin ketagih. Dulu aku kena susah-susah pasang gadget untuk memantau tabiat pengunjung ke blog ini, tapi sejak semalam, aku baru perasan yang feature ini sudah sedia ada kat dashboard blogger. Aku taktaulah kat wordpress atau platform blogging yang lain ada camana, tapi feature 'stat' kat dalam dashboard itu memang berguna. Dengannya, aku dapat lebih memahami tabiat pembaca yang disayangi. Untuk penerangan ringkas tentangnya, aku linkkan ajer korang kepada info tersebut. Semoga mamat tu menge link aku di blognya. Aku juga ada beberapa saranan lain untuk lebih memudahkan aku. Semoga kita semua semakin memahami antara satu sama lain.

Bila dah ada feature ni, takyah nak pakai 3rd party punya gadget

1) Kalau boleh, ditunjukkan juga info IP address yang menge post setiap entry untuk blog kita tu. Ini kerana, kadangkala aku update blog aku ni dari CC. Jadi, senari unik visitor tu dah bercampur sekali dengan jumlah visit yang aku sendiri buat. Kalau dmenurut statistik untuk blog aku, 20% dari jumlah pageload untuk blog aku tu datangnya dari aku sendiri masa aku update dan promo entry-entry berkaitan di forum-forum. Aku lebih suka kalau jumlah unik visitor itu tak termasuk aku sekali. Aku harap, tab 'post' dalam 'stat' tu ada memaparkan IP address masa post itu dibuat. Dari situ aku boleh labelkan IP yang start dari 60.48.X.X.X itu adalah dari CC kat Seremban Jaya atau 201.3x.x.x itu adalah dari CC kat Ampangan. Dengan cara ini, aku boleh filter jumlah unik visitor untuk tunjukkan purely orang lain. Barulah data aku lebih solid.

2) Kalau boleh, ada graf yang menunjukkan jumlah pengunjung untuk setiap 30 min dalam sehari untuk setiap hari dalam seminggu, dan untuk setiap bulan dalam setahun. Ini untuk lebih memahami masa para pengunjung yang datang ke blog aku, supaya aku boleh pastikan aku dah update blog ni sebelum the next time returning visitor aku tu datang nak lepak-lepak, mengharapkan cerita baru. Cara ini akan membolehkan kita semua mengoptimakan penggunaan masa masing-masing di alam saiber.

3) Nak lagi gempak, aku boleh terus ping orang-orang yang sedang online dengan blog aku. Aku klik kat IP address orang yang sedang online dan chat direct dengan diorang.

Tu jelah kot. Semoga entry ini dibaca oleh mereka yang berkenaan

Wednesday, September 1, 2010

Raya datang lagi

Tak puas hati mai laaa!!
Seperti kebiasaan musim menyambut Syawal, orang Seremban akan gabra-gabra syahdu dalam menghadapi hari-hari sebelum sampainya 1 Syawal. Ini dapat dikesan dengan jelas dengan melihat kadar halaju dan tahap kelipan lampu brek kenderaan di jalan raya. Masing-masing nak cepat entah ke mana. Bila pagi-pagi, semua takbley sabar. Main potong que. Suka-suka himpit. Tak kira lagi pakcik makcik abang Pekida yang masuk keluar simpang tanpa signal. Bagaikan kita ni boleh membaca pikiran diorang. Atau cikkak-cikkak berkereta besar. Tangmentang lah keta aku kecik. Takpe, bersabar...


Kalau nak buat camni, pastikan anda tak mencarut

Bila petang pulak, lagi cibai. Yang bawak laju pagi tadi masih lagi dok mengelintin sibuk highbeam-higbeam. Tapi yang paling mangkuk adalah golongan bawak slow tengah-tengah jalan, layan syahdu lagu raya dalam radio. Atau suami-suami yang sengaja bawak perlahan nak timing masa arrival kat depan porch rumah tu, ngam-ngam waktu berbuka, jadi takyah nak tolong bini yang tak rehat dari pagi tu menyediakan makanan berbuka. Pergi singgah bazar Ramadhan, bukan main rajin.


Kat bazar Ramadhan satu hal lagi, orang berpusu-pusu macam nak beli sesuatu, tapi sama macam kita jugak, tawaf dua-tiga kali baru dapat buat keputusan nak beli apa buat berbuka. Itupun setelah terdesak dengan masa yang semakin suntuk, atau bekalan makanan yang semakin nak habis. Takkan nak beli yang leftovers ajer? Dah tu pulak, orang yang datang macam tak nampak orang lain. Semua main ikut kepala semasing, jalan perlahan nak mampus. Nak kata nak beli, berentilah ketepi hendaknya, ni dok berdiri tengah-tengah crowd ni buat apa? Bila kita ekskiusmi, usha kita macam kita ni terusik tetek atau kote dia ke apa.



Bila dah sampai rumah, muka toya macamlah baru balik dari kerja memasang awning 33' x 40' di tengah panas terik dengan hanya dibantu oleh budak hingusan yang suka termenung dan tertidur. Nak tolong bukakkan plastik juadah berbuka tadi pun malas. Terus mandi dan siap-siap nak mentekedarah jer. Duduk depan TV, main-main remote layan iklan Raya. Bila dah makan, main chow ajer. Konon nak cepat gi surau, nak tolong ikomat. Pinggan mangkuk cawan dan piring, sumer subcon ke anak bini. On the way jumpa sedara pulak. Elok-elok nak pergi teraweh, boleh terlajak sampai ke ngeteh.



Tanya mami; nak samosa ayam ke daging?
Sampailah saat ke hari nak Raya. Bukannya makin insaf atau sebagainya. Tapi semakin umpama artis bergaya. Janggut dah trim, rambut dah kaler. Baju dah gosok, dah asing, dari stokin sampailah ke spender. Malam nantik, kena cari kueh Raya. Dan beli jeans, sehelai dua. Ramadhan yang pergi tak dipedulikan lagi. Kerana Aidilfitri sudah kembali...

Saturday, July 3, 2010

Iklan

Salam. Asalnya blog akuskizo ni ialah dari blog payabesarpedas. Idea akuskizo ialah blog yang diinspirasikan oleh zine Schizophrenic yang menjadi side income aku masa aku kat U dulu. Ia cerita pasal life dan seni, dan promo alter-ego aku dalam rancangan aku untuk menjadi PM. Hahaha.
Ia bermula dengan cerita seorang budak nama Atan selepas SPM. Dia join underground. Dalam isu kedua, dia dah otai sikit dalam underground dan mula whining-whining.
Isu ketiga ialah komik "Abang Polis dan budak Hardcore", cerita pasal perjalanan dua mamat ni di Padang mahsyar. Plotnya pasal perbezaan pendapat antara abang polis tu ngan budak HC pada tahun-tahun hujung milenia lepas.
Isu keempat ialah ekspresi seni di mana 100% buatan tangan, padat dengan carut marut dan mesej-mesej subliminal pasal penyalahgunaan dadah dan life dan tahapahapantah. Dan dalam hitam putih (maklumlah, nak jual fotostettt).
Isu kelima ialah pengemasan kepada isu keempat. Gambar dan artikel lebih tersusun dan matang. Tapi unsur-unsur stoner rock tetap jelas dalam grafik-grafik penyendal. Tapi memandangkan pilihanraya dah semakin hampir, maka aku terpaksa pindahkan akuskizo ke blognya sendiri.
Payabesarpedas akan menjadi blog yang menceritakan pasal kampung aku tu. Ia macam cerita seorang budak Rembau yang banggo dongan tompek dio mombosa. Di mano bumi dihinjak, di hihu hangit dihunghung. Eh? Hapo lak kono eh tokoluar lak Rombau eh ni? Ehhem!


Kepada sesapa yang berminat untuk mengalami sendiri perasaan berskizofrenik, atau sesapa yang PAHAM lantas mengumpul koleksi-koleksi ekspresi seni rare macam zine fotostat aku ni, atau taktau what the hell is going on, anda bolehlah bank-in kan RM25 ke akaun Maybank awek aku atau sms je aku, cakap nama, berapa juta kau nak dan lain-lain. Cam bese. Hahaha.


Apa yang kau dapat?
Beberapa keping kertas fotostat yang aku panggil zine Schizophrenic dari isu #1 sampai #5. Benda-benda ni, bila dahabis baca, korang boleh letak dalam keta, kat ruang tamu rumah, atau sepah-sepahkan depan sekolah menengah atau di Central Market KL. Dan bila orang tanya apa benda sumer ni, kau cuba jawab seolah-olah kau dah tau segala-galanya pasal hidup ni. Jangan cuba terangkan apa zine ni pada mereka. Cuba terangkan apa maksud life pada kau pada masa itu. Kau tengok apa jadi lepas tu. Nak tau apa rasanya? Bank-in cepat!

Ataupun korang nak pdf? Kalau pdf, aku cuma boleh kasi isu nombor 1 sampai tiga je. Lagi dua isu tu (4 dan 5), kau kena baca atas kertas, barulah betul cara penghayatan yang aku harapkan.
Satu isu cas dia RM5. Adalah dalam 14-20 page berisi garisan hitam dan putih yang cuba menyampaikan sesuatu. So, total untuk 3 isu ialah RM 15. Kalau takat nak beli satu-satu, cari aku di gig-gig yang diiklankan di indiezine.net atau Malayapark.com.
Ayuh! Berbaloi-baloi! Kalau kat oversea, aku cas baek punya, tapi sebab korang ada IC, aku kasi diskaun la. Cepat! Kawan-kawan anda dah beli dan mereka sedang mengetawakan anda dari belakang! Anda kena baca zine ni dan belajar cara nak spot mereka! Hahaha. Saya sendiri pun mengetawakan anda. Hahaha.

Akuskizo: 017-3711659

Maybank: kau kena sms aku. Hahaha. Bese arrr...;p

Thursday, July 1, 2010

Mari guna Mozilla


Memandangkan ilmu blogging dan internet browser aku ni cetek, aku tak reti nak adjust2 size gambar2 yang aku letak ni. Jadi ada kalanya gambar tu terlalu besar (macam heading kat atas tu). Jadi untuk lebih menghargai blog ni, di sarankan anda menggunakan Mozilla sebab dia boleh zoom in atau out, jadi boleh tengok overview atau zoom dekat-dekat bagi orang rabun macam Azil. Korang cuba pakai Mozilla dan tekan butang ctrl dan + atau ctrl dan -. Try ar. Baru korang paham.