Monday, December 20, 2010

Homophobia?


What's all the fuss about homosexuality?
akuskizo says:
BORING
 (we talked about it 20 years ago) 

But don't hate the gays or the lesbos or the tomboys or the pengkids! 
we are at war with something greater than those fags


So, we're homophobic?
Nope.
It's the other way around
YOU'RE PRO-SODOMY


Because one of basic human nature is TO BREED (no offense to those mandul by fate)
Promoting homosexuality is against this nature.


So, who's the fag now?

Snap from Schizo#2 (1996)

Aku tak ingat aku dah post ke belum benda-benda ni. But, layan je lahh
Dan macam biasa, klik untuk besarkan

Helmet Apolo yang skizo

"Ap-ap-ap-ap, Ap-ap-ap-ap, Ap pol-lo"


Aku dah lepak kat atas almari ni bertahun-tahun lamanya. Sejak dari tuan aku lepas lesen P, hinggalah dah nak habis bayar duit motor tu. Cuma aku ni tak berapa nak digunakannya. Hingga ke tahap aku mula mempersoalkan jadah kewujudanku.

Dulu-dulu masa baru beli motor baru, tuan aku selalu menggunakanku. Ke hulu-ke hilir, mesti pakai aku. Di mana ada dia, di situ ada aku. Aku juga dihiasi dengan sticker-sticker yang menunjukkan bahawa tuan aku ni seorang yang cool dan bawak motor laju. Tuan aku juga akan membacking aku jika ada kengkawannya yang mengutuk akan kemurahan aku. Mereka akan meracun tuan aku untuk mendapatkan helmet ARC, full face atau yang ada lubang oksigen tu. Aku terasa jugak kengkadang tu dan cuba membunuh diri beberapa kali dengan terjun dari genggamannya. Tapi hati aku terubat kembali bila tuan aku menampal scratch akibat terjunan tadi dengan sticker baru.

Malah masa tuan aku dapat awek pun, aku masih lagi menjadi teman karibnya. Kami akan menemani aweknya itu ke mana saja. Aku juga dapat teman yakni helmet yang disarungkan ke kepala aweknya itu. Banyak kali juga aku dicium oleh teman baruku itu bila tuan aku salahgunakan trik brek mengejut untuk merasai kelembutan payu dara aweknya. Hinggakan dah ada ketuat dah kat tempat teman aku tu berlaga dengan aku kat belakang aku ni. Tapi, semuanya berubah sejak ada dia.

Dia ialah full face ARC yang ada lubang oksigen. Tak sangka, racun yang disembur oleh rakan tuanku mula menunjukkan keberkesanannya. Sejak kehadiran ARC, aku mula dipinggirkan. Mula-mula aku diparkingkan di atas kabinet kasut di porch. Kemudian bapak dia gunakan aku untuk ke pekan. Tapi sejak ada kucing jiran beranak dalam aku, aku terus tak digunakan lagi. Bahkan nak bersihkan aku pun tidak. Darah nifas serta bebulu kucing yang beranak dalam aku dulu tu pun masih ada lagi. Tempat aku yang asalnya di atas kabinet, kemudian terbiar bergolek-golek di tepi longkang. Kengkadang aku terkena tempias hujan. Kengkadang naik rentung aku berjemur dek pancaran matahari. Aku mula down. Aku mula hina. Dan tiada siapa yang mempedulikan aku lagi, walhal diri aku sendiri.

Cuma ada sekali tu, masa nak raya, mak tuan aku membebel padanya agar meletakkan aku di tempat yang sesuai sebab dia nak kemas depan rumah. Sejak itulah aku mendiami atas almari yang berhabuk ni. Sekali dengan plastik dan Al-Quran yang lagi berhabuk dari aku. Takde sapa yang pedulikan kami.

Tapi mulai saat ini, aku dah ambik keputusan. Aku tak mahu berkesudahan hanya dengan berada di atas almari ini. Aku tak mahu berada dalam keadaan menunggu nasibku untuk diubah oleh tuanku. Aku dah nekad. Aku dah gilababi.

Dan tiba saat yang ditunggu, bahagian atas almari ini pun dikemaskan. Al-Quran dan plastik telah turun dulu. Aku menunggu saat aku pulak diturunkan. Dan bila aku diangkat, ketika kedudukanku sudah melepasi kawasan lemari dan terus ke lantai, aku meliuk hingga menyebabkan aku jatuh. Aku menghempaskan diriku dalam kekecewaan dengan sekuat hatiku. Dan aku pun retak. Walaupun aku sakit, aku puas hati. AKu harap, mesej aku pada tuanku sampai.

Memang sampai pun. Aku dibuang ke dalam lori sampah yang lalu, sekali dengan selipar croc haus dan bebaju buruk yang dah tak muat. Aku dibawa ke tempat pelupusan. Walaupun aku dah budget ini akan berlaku dan aku berdebar-debar dengan nasib aku lepas ni, aku puas hati. Lebih baik aku begini dari usang kat atas almari.

Sampai ditempat pelupusan sampah, aku dilambakkan ditengah padang. Dan aku berjemur di situ, menanti apakah nasibku seterusnya. Walaupun aku tak suka dengan tempat ini yang jauh lebih buruk dari berada di atas almari, aku pujuk hatiku dengan rasa kepuasan hati atas pilihanku. Aku lebih suka salah akibat pilihanku, daripada berada dalam kebetulan yang terbiar. Aku sukakan adventure. Akukan helmet.

Dalam aku sedang berkira-kira apa plan aku seterusnya, aku diangkat oleh seseorang. Seorang orang gila agaknya. Dia menyarungkanku di kepalanya. Aku rasa selesa. Dah lama aku tak berada di tempat yang sepatutnya. Aku melelapkan mataku melayan kesyahduan yang sementara itu. Mamat itu memakaiku sambil meneruskan aktiviti menyelongkar sampah-sarap yang bertimbun dikawasan pelupusan ni.
"Aku orang gilak"
Sejak dari itu, aku sentiasa dipakai oleh mamat itu. Memang betul mamat tu gila. Tapi aku rasa amat bahagia. Sebab aku ada dia. Dan padanya, aku ini amatlah berharga, disamping tin milo, plastik merah dan stokin bola yang menjadi jersey utama mamat gila ni bila dia meronda kawasan bandar. Aku puas hati. Aku bliss.

Hinggalah pada satu hari, ketika mamat tuan baru aku ni mundar-mandir di tepi highway, dia telah dilanggar oleh sebuah lori. Bumper depan lori tu tepat mengenai aku yang ketika itu berada di kepala tuan baru. Retak lamaku terbelah dan aku pun berkecai dua. Mamat tu pulak terpelanting ke tepi jalan. Yang syahdunya, walaupun mamat tu dalam keadaan lemah, benda pertama yang keluar dari mulutnya ialah: helmet aku- helmet aku. Dia hanya pengsan setelah aku didakapnya.

Ambulan pun sampai. Tuan baru berkeras nak nak bawak aku jugak naik ambulan. Mungkin sebab dia seorang gila, abang atendan ambulan tu layan ajer. Aku dipeluk oleh tuan baru sehinggalah kami tiba di wad. Walaupun badanku sakit-sakit, aku rasa amat selesa dalam pelukan tuan baruku yang berkeras taknak melepaskanku.

Dan kisah kemalangan tuan baru ku itu mendapat liputan luas. Tuan baruku cuma mengalami gegaran dikepala akibat hentakan dari bumper lori. Dia terselamat kerana memakai aku. Dan gambarku terpampang di dada akhbar dan aku dinobatkan sebagai hero.

Bila tuanku semakin pulih, kami ditempatkan di hospital gila. Sesampainya kami di sana, perkara pertama yang tuan aku buat ialah menyelotepkan aku semula menjadi satu. Kemudian aku dipakainya. Aku menemani tuan baruku itu sehinggalah ke akhir hayatnya. Bila dia dah ditanam, aku ditempatkan di dalam sebuah almari yang khas sebagai satu bahan kenang-kenangan. Lama jugak aku kat situ. Hinggalah kebosanan itu kembali. Aku pun mula terpikir nak buat trick yang pernah aku buat dengan tuan pertamaku. Kabinet ni dibersihkan secara rutinnya sekali seminggu. Dan setiap kali, aku akan diangkat dan dibersihkan dari habuk. Aku dah berkira-kira, aku akan melompat pada minggu akan datang. Aku sukakan adventure. Heck, akukan helmet.

Minggu depannya, tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Masa akak housekeeping tu angkat aku, aku meliukkan badanku dan aku pun terjatuh. Selotep yang memegangku terburai dan aku pecah dua. Aku diangkat, diselotepkan semula menjadi satu dan diletakkan semula di dalam kabinet. Siot betul.

Dua hari lepas tu, pengarah hospital datang untuk aktiviti turun padang bulanannya. Dia ialah pengarah baru. Pengarah dulu tu pompuan, dah bersara agaknya. Bila pengarah tu terpandang ajer aku yang berselotep-selotep kat dalam kabinet ni, dia mengarahkan orang untuk mengeluarkanku. Katanya, ini hospital gila, jangan kita jadi orang gila. Ada orang ambik aku dan menyumbatkanku ke dalam plastik hitam. Aku tak sedap hati.

Lama jugak aku dalam plastik hitam tu. Sedar-sedar, aku terasa macam bahagian bawahku panas. Kemudian cahaya menerobos masuk ke dalam plastik hitam pembungkusku dengan laju. Rupa-rupanya aku sedang dibakar. Aku menjerit-jerit kepanasan. Tapi takde siapa yang mendengar jeritanku. Dan lama kelamaan aku pun kalah. Aku pasrah. Dan semua yang dah berlaku sejak dari perenggan pertama, terflashback di kepalaku. Aku menangis. Dan air mataku hanyalah percikan yang berdesir-desir di dalam api yang sedang marak ini.

The End