Monday, August 8, 2011

#CelakaParty 101: The Celaka's part 3


Presiden Party sedang sibuk 


Peringkat awal party bermula dengan aktiviti mentroll sesiapa saja pada bila-bila masa saja tanpa rasa kesian. Si @akuskizo yang melayan isu #Bersih2.0 pada masa itu, ditroll oleh si @jantancelaka dengan isu simbah asid. Kepada yang berintelek tinggi dan sweet, pasti dapat menangkap bahawa #celakaparty pada masa itu menempelak pihak polis yang beria-ria buat roadblock nak tangkap orang yang pakai baju kuning daripada menangkap mamat yang simbah asid pada awek-awek cun sekitar KL pada masa itu juga. Banyak suratkabar dan berita yang korang kena update kalau nak paham perjuangan bebudak dua ekor ni pada masa itu. Sampaikan mereka berdua telah kehilangan ramai follower dan rakan niaga, sehingga mengganggu perjalanan rancangan si @jantancelaka yang pada masa itu bercita-cita ingin menjadi taiko sebuah empayar yang menguasai industri humantraficking dunia.

Mamat sorang ni memang bus junkie
Secara bergilir-gilir selama sebulan, mereka berdua menghiasai Timeline penuit-penuit Malaysia. Biasanya dimulakan dengan tweet berderet-deret si @akuskizo menjawab ucapan selamat pagi dari separuh dari rakyat Malaysia ni, hinggalah ke sumpah seranah dia masa dia on the way nak pegi kerja naik komuter. Si @jantancelaka mengambil alih dengan menuit tanpa batasan dalam waktu bekerja dan hilang sekali-sekala ajer masa kedua-dua tangannya digunakan untuk beristinjak selepas melabur. Kalau takde isu menarik dari @tm_insider atau @BreakingNews, mereka akan mula layan trending dengan menyelit tag #CelakaQuotes mereka, agar lebih ramai lagi tertarik dengan party.

Nampak harmless tapi

Taktik ini nampaknya membuahkan hasil bilamana party ini telah berjaya merekrut beberapa lagi insan kepoh tetapi caring seperti @mas_IFP @zsazsaN @arJUJUmand @Anisrich aka @JeliBumm @AizuBS @hidhir @WafiAbdul @Uncle_Lah @PAPASKIZO @Encik_Seed. Puak-puak ini, bila bertweet, pasti akan memention nama setiap ahli party bagi menarik perhatian mereka, lantas menyempitkan ruang nak bagi pesanan sebab tweet hadnya ialah 140 patah perkataan saja.

Dia ni tahaper masalah
Bagi menyelaraskan proses berpikir, serta memudahkan pendaftaran party ini dalam SSM, semua ahli dinasihatkan agar meletakkan tag #CelakaParty dalam bio twitter mereka dan guna tag ini tatkala mahu mengusulkan sesuatu tweet kepada ahli yang lain. Akibat dari polisi baru ini, dilaporkan semakin ramai orang yang ber twitter kat dalam Malaysia ini, mengaku bahawa mereka adalah sebahagian dari #CelakaParty dan berlakulah kacau bilau. Semua benda dipertanggungjawabkan kepada party ini sehingga inbox BlackBerry @JantanCelaka dipenuhi dengan tweet dari sesapa ntah yang di cc kan kepadanya. Sikit-sikit ngadu kat dia. Sikit-sikit ngadu kat dia. Perkara ini tidak disenangi oleh @cikayin aka Dewi Celaka yang pada masa yang sama sibuk mengimbangi kehidupannya yang semakin sibuk, sejak bakal menjadi orang rumah Presiden kepada party celaka yang sweet dan kuat makan itu.
Uncle Lah yang suka warna kuning

Kak Mas yang super caring

Juju, bahan pilihan ramai

Satu0satunya manusia waras dalam party: Uncle Seed
JeliBumm